Sokongan Melayu Kepada PH Kini Merosot?

Difahamkan, beberapa siri rundingan mengenai pilihan raya umum akan datang melibatkan pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) dilihat menemui jalan buntu, selepas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli tidak sehaluan dengan parti komponen mengenai idea "khemah besar" di sebalik tinjauan terbaru yang mendapati pengundi Melayu “kurang menyokong" gabungan itu.

Berikutan situasi tersebut, difahamkan PH tidak mempunyai pilihan selain berusaha untuk mendapatkan lebih banyak masa.

Pemimpin gabungan itu antara lain diberitahu supaya membangkitkan isu seperti kenaikan kadar inflasi dan bencana banjir yang dijangka berlaku dengan harapan ia dapat mengelak daripada sebarang langkah pembubaran Parlimen tahun ini.

Sekurang-kurangnya dua pemimpin yang menyertai program permukiman pemimpin baru-baru ini bercakap kepada MalaysiaNow tentang bagaimana Rafizi menolak strategi PH untuk membentuk khemah besar dengan parti saingannya dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno.

"Rafizi menolak sebarang percubaan untuk membincangkan strategi memperluaskan khemah besar dengan parti lain seperti Bersatu, walaupun tinjauan menunjukkan bekas parti komponen PH itu masih mendapat sokongan besar dalam kalangan orang Melayu yang tidak mahu mengundi Umno," kata satu sumber kanan Amanah berhubung program permukiman yang baru-baru ini dihadiri pemimpin PH bagi membincangkan isu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang sepatutnya diadakan pada pertengahan tahun depan selepas penggal berakhir.

Idea “khemah besar" PH merujuk kepada strategi pilihan raya bagi membentuk kerjasama dengan parti-parti bukan PH, di mana matlamat utamanya adalah untuk menghalang BN daripada kembali menguasai kerajaan persekutuan.

Bagi mencapai matlamat utama itu, mereka berpandangan pertembungan banyak penjuru di kawasan pilihan raya perlu dielakkan, memberi laluan pertandingan satu lawan satu bagi mengalahkan BN.

Gesaan supaya idea khemah besar kembali dibahaskan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Kedua-dua PRN itu menunjukkan bahawa undi Melayu sangat penting - di mana sebelum 2018 ia tidak menyebelahi PH sehingga 2018 - kerana diberikan kepada BN dan Bersatu.

Hampir semua analisis pasca pilihan raya bagi PRN Melaka dan Johor bersetuju bahawa Bersatu menguasai undi Melayu pembangkang, sehingga menyebabkan PKR diketepikan di kedua-dua negeri itu.

PKR dan Amanah adalah parti yang paling ketara mengalami kekalahan, di mana kebanyakan calonnya kalah di kerusi berbilang kaum yang didominasi Melayu, berbeza dengan DAP yang menang besar di kerusi selamat yang didominasi etnik Cina.

Ekoran itu, beberapa pemimpin PH dilihat mengambil pendirian berbeza dengan pendirian rasmi gabungan itu yang tidak mahu PN dimasukkan ke dalam "khemah besar".

Pemimpin PH termasuk Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menggesa rakan pemimpin pembangkang untuk memasukkan Bersatu dan PAS dalam perbincangan mereka bagi menjayakan khemah besar.

Namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pemimpin DAP dan Amanah lebih berhati-hati dalam menjawab spekulasi kerjasama dengan PN, terutama Bersatu, parti yang mereka anggap bertanggungjawab memulakan "Langkah Sheraton" sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan PH pada 2020.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, cuba menjelaskan bahawa "khemah besar" itu hanya untuk pembangkang, dan kerana itu ia tidak boleh memasukkan PN kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada gabungan kerajaan.

“Ini telah memberikan sedikit ruang untuk rundingan diadakan dengan PN khususnya Bersatu, kerana ia mempunyai peranan unik sebagai parti pembangkang dan musuh Umno, dan pada masa yang sama merupakan komponen utama kerajaan persekutuan yang dipimpin seorang perdana menteri Umno," kata sumber yang mengetahui tentang perbincangan yang diadakan sejak kebelakangan ini mengenai perkara itu.

Khemah besar juga menjadi antara isu utama yang dibincangkan pemimpin PH semasa program permukiman di Port Dickson baru-baru ini.

“Kunci utama mesyuarat itu, adalah perbincangan mengenai faedah bekerjasama dengan Bersatu bagi mendapatkan undi Melayu," kata seorang ahli Parlimen yang turut hadir dalam salah satu perbincangan.

Menurut satu sumber, beberapa badan pemikir yang ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan mengenai sentimen pengundi terhadap PH turut dijemput bagi membentangkan penemuan mereka pada program permukiman itu.

"Mereka membentangkan data daripada tinjauan yang berasingan, mengesahkan apa yang paling kami takuti: sokongan Melayu kepada PH berada pada tahap paling rendah."

Difahamkan, antara lain tinjauan tersebut turut mendapati PH tidak akan mendapat lebih daripada 15% undi Melayu pada PRU15.

PERALIHAN UNDI MELAYU

Sekiranya tinjauan itu benar, keputusan PRU15 tidak akan memihak kepada PH dan gabungan itu akan kalah disebabkan undi Melayu beralih.

Pada 2018, kemampuan Bersatu meraih undi dikatakan menyebabkan perubahan kecil 5% undi yang sangat kritikal di beberapa kawasan Umno tegar, terutama di kawasan luar bandar dan Felda, menyebabkan BN kalah mengejut selepas lebih enam dekad berkuasa.

Namun untuk mengulangi sejarah yang sama, perunding dalam PH mesti terlebih dahulu menangani halangan kecil namun berbahaya dalam strategi mereka untuk memperoleh kemenangan.

Seorang ahli Parlimen Amanah memberitahu MalaysiaNow bahawa sikap keras kepala dan pendekatan "tahu semua benda” Rafizi dilihat sebagai masalah.

"Dengan Rafizi mewakili PKR dalam rundingan, mencapai kata sepakat akan menjadi jalan sukar bagi kami," kata ahli Parlimen Amanah itu dan menambah ramai yang masih mengingati peranan Rafizi yang menjadi antara punca Pakatan Rakyat (PR) pecah tidak lama selepas PRU pada 2013.

Rafizi adalah "pengarah strategi” yang mendalangi Langkah Kajang pada 2014, satu rancangan gagal sehingga mencetuskan perpecahan dalam gabungan PR yang ketika itu turut dianggotai PAS.

Ia turut diikuti dengan sabitan tuduhan liwat terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim dan penyingkirannya dari Parlimen.

Pemimpin Amanah itu turut mendakwa terdapat “masalah komunikasi yang serius" antara Rafizi dan seorang "pemimpin utama Amanah", namun enggan memberikan sebarang butiran.

Khemah besar adalah salah satu daripada beberapa isu di mana Rafizi didakwa cuba memaksa pandangannya diterima.

Di samping itu, Rafizi juga dikatakan berhasrat untuk memperkenalkan logo baru PH, sebagai langkah untuk tidak mengaitkannya dengan logo gabungan itu sebelum ini yang turut digunakan ketika Bersatu menjadi sebahagian daripada PH, kata sumber itu lagi.

“Sedangkan, pada hakikatnya ramai yang merasakan logo itu hanya masalah kecil. Masalah yang lebih besar ialah persepsi orang ramai, yang akan merugikan kami," tambah sumber itu.

Sementara itu, sama ada berlaku banjir atau tidak - di mana ia menjadi alasan mereka yang menentang PRU15 diadakan tahun ini - namun faktor lain kekal boleh menjadi sebab perpecahan dalam PH.

Ucapan Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu, di mana beliau menamakan Umno sebagai musuh utama PN juga sudah menimbulkan kebimbangan.

Pemerhati berpengalaman Ahmad Atory Hussain, yang mengkaji politik Melayu selama beberapa dekad, berkata sasaran Muhyiddin adalah jelas: ahli Umno dan pengundi Melayu atas pagar.

“Berdasarkan pengalaman Langkah Sheraton pimpinan Muhyiddin, dijangka beliau boleh dapat sokongan ahli-ahli Umno termasuk menteri Umno yang condong kepada Bersatu, di samping pengundi atas pagar yg sudah lama menunggu untuk sokong parti selain BN,” katanya kepada MalaysiaNow.

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kencing dan mengencing dalam khemah yg besar. Gerenti hancingnya akan memualkan tekak pengundi pada pru15 nanti.

    ReplyDelete
  2. Tun Mahathir masih seriau dan masih meneruskan misi pembunuhan karakter ‘Bossku’ walaupun Najib berada dalam tahanan. Tun Sukar Lenyapkan Aura ‘Bossku

    Jasa dan budi ‘Bossku’ tetap tersemat rapi dalam sanubari anggota masyarakat yang mula mengetahui kebenaran di sebalik kebenaran. Character assassination’ perlu memahami isu kod ‘merpati’ yang ketika ini sedang dimainkan oleh pembangkang.

    Bailout kedai roti The Loft ratus ribu tokey Cina Ekovest dapat Projek Bandar Malaysia 3 billion.... bila jadi barua Lee Kwan Yew bukan Pulau Putih digadai pada anak Lee Kwan Yew semua tergadai.

    https://kluangmanexpress.blogspot.com/2022/09/kenapa-perlu-undi-gta-pilihanraya-ogos.html?m=1

    Ekonomi merudum selepas Mahathir jadi PM ketujuh.

    Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa ekonomi negara mula merudum selepas beliau kembali menjadi Perdana Menteri pada 2018.

    Selepas setahun Pakatan Harapan (PH) memerintah, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadi lebih rendah yang mana banyak perniagaan ditutup sehingga menyebabkan ramai hilang pekerjaan.

    Menurut beliau, dana-dana seperti Petronas, Khazanah Nasional dan Lembaga Tabung Haji menyusut dengan indeks Bursa Malaysia pernah jatuh 300 mata ke bawah 1,600 manakala negara kembali bergantung terhadap rizab petroleum.

    Barua Lee Kwan Yew bukan Pulau Putih digadai pada anak Lee Kwan Yew akidah digadai pluralisma murtad, syiah COMANGO dan LGBT

    Aura “Bossku” masih kuat, rakyat masih menghargai sumbangan Najib dan orang ramai mulai mengetahui kebenarannya.

    “Mereka meramalkan pemenjaraan Najib Razak akan menamatkan aura ‘Bossku’ sekali gus melemahkan BN, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya di Facebook.

    “BN terus mara. Jasa dan budi ‘Bossku’ tetap tersemat rapi dalam sanubari anggota masyarakat yang mula mengetahui kebenaran di sebalik kebenaran.

    “Sekali gus melonjakkan lagi keyakinan dan kepercayaan majoriti rakyat untuk memberi kemenangan besar kepada BN dalam PRU15 akan datang.”

    ReplyDelete
  3. Bossku pencuri. Bini pun sakau. Melayu islam sokong pencuri. Tok guru mana yg ajar? Biar PH tak jadi kerajaan tapi boleh terus dedah pencuri. Nak harapkan lobai.....?!??

    ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post