Pada 26 Jun 2019, Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem VLN.
Bagaimanapun, pada 31 Julai 2019, mahkamah membenarkan permohonan Ahmad Zahid bagi memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan bersama-sama 33 lagi pertuduhan rasuah membabitkan VLN.
Kesemua kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan bersama.
Ahmad Zahid, 69, didakwa terhadap 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada syarikat UKSB sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Beliau didakwa melakukan kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
23 September lalu Presiden UMNO itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Ahmad Zahid, 69, berkata keputusan itu sejajar dengan keyakinan bahawa dirinya tidak bersalah dan percaya pelaksanaan sistem perundangan negara telah diteliti dan diperincikan oleh hakim dengan seadil-adilnya ke atas semua pertuduhan dikenakan terhadap beliau.
“Bagaimanapun, saya harus reda dengan ujian ditimpakan ke atas saya...saya istiqamah dan amat yakin bahawa pertuduhan-pertuduhan itu tidak pernah saya lakukan serta amat yakin selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, ini adalah kejayaan perjuangan BN dan UMNO,” katanya.
“Saya telah diaibkan, dimalukan dan ‘ditelanjangkan’ dengan pelbagai tanggapan serta telah dihukum terlebih dahulu oleh ‘the court of public opinion’.
“Tetapi alhamdulilah, pada hari Jumaat ini penghulu segala hari, menyaksikan segalanya bahawa perundangan ditegakkan demi kebenaran,” katanya.
Anak perempuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah turut meluahkan kesyukuran berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan bapanya daripada 40 pertuduhan rasuah.
Tapi... kegembiraan Zahi itu hanya buat seketika nampaknya..
PIHAK pendakwaan dalam perbicaraan kes sistem visa luar negara (VLN) Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasannya, lapor The Edge hari ini.
Notis rayuan itu difailkan hari ini, sumber dari Jabatan Peguam Negara memberitahu theedgemarkets.com dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan bekas timbalan perdana menteri itu daripada semua 40 pertuduhan rasuah membabitkan VLN.
Hakim Yazid Mustafa memutuskan pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap presiden Umno itu.
Menurut hakim, saksi yang memberi keterangan terhadap ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak boleh dipercayai.
Beliau juga berkata tiada bukti mencukupi untuk membuktikan Zahid menerima wang seperti dicadangkan oleh pihak pendakwaan.
Yazid berkata pihak pendakwaan gagal mendapatkan sebarang rakaman kamera litar dekat (CCTV) yang menunjukkan wang tunai dihantar ke kediaman Zahid.
Menyentuh mengenai lejar peribadi yang menyimpan rekod pembayaran tunai yang dibuat kepada pelbagai ahli politik, kakitangan kerajaan dan Zahid, milik bekas pengurus pentadbiran syarikat itu yang dianugerahkan kontrak VLN, Yazid berkata lejar itu tidak boleh dipercayai dan tiada wajaran diberikan kepadanya.
Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong, dan B Thavani, manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik, Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh, mewakili Zahid.
Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional, mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta (RM43.68 juta) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri.
Beliau dikatakan melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta mengekalkan kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan sistem bersepadu VLN.
Bagi tujuh pertuduhan lain, beliau didakwa memperoleh wang tunai sebanyak SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 untuk dirinya sendiri daripada syarikat sama, yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasminya lapor The Malaysian Insight
Nampaknya... Zahid akan 'ditelanjangkan' sekali lagi...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!