81% Pencarum KWSP Miliki Kurang RM1,000

PETALING JAYA: Sebanyak 81 peratus atau 2.58 juta daripada 3.2 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bumiputera yang berumur 55 tahun ke bawah memiliki simpanan yang ‘amat kritikal’ iaitu kurang RM1,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Datuk Md. Silmi Abd. Rahman berkata, data yang diperoleh daripada KWSP itu jelas menunjukkan penyusutan ketara penyertaan ekonomi bumiputera sejak pandemik Covid-19 melanda.

“81 peratus iaitu 2.58 juta ahli daripada 3.2 juta ahli bumiputera berumur di bawah 55 tahun berada pada tahap simpanan yang amat kritikal iaitu kurang daripada RM1,000.

“Pada masa sama, 75 peratus atau 4.99 juta ahli adalah ahli daripada golongan bumiputera mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pengeluaran khas seperti 1-Citra yang dibenarkan oleh KWSP ketika tempoh pandemik sebelum ini turut menyebabkan simpanan pencarum dalam tabung simpangan itu merosot.

Md. Silmi berkata, peningkatan jumlah graduan yang terpaksa bekerja dalam pekerjaan separa mahir sementara menunggu proses pemulihan ekonomi juga menjadi indikator penting yang boleh menjejaskan keupayaan bumiputera meningkatkan sosioekonomi.

“Pada tahun 2019, dianggarkan sebanyak 40 peratus graduan bumiputera mampu memenuhi peluang pekerjaan dan peratusan ini menurun kepada 27 peratus bagi tahun 2020. Ini menyebabkan lebih ramai graduan terpaksa bekerja dalam pekerjaan separa mahir sementara menunggu proses pemulihan ekonomi.

“Semua faktor-faktor di atas adalah indikator penting yang boleh menjejaskan keupayaan bumiputera meningkatkan sosioekonomi mereka terutama di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, yang berkait rapat dengan isu pemilikan ekuiti korporat bumiputera,” katanya.

Justeru, tegas beliau, Teraju telah membangunkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) yang merupakan pelan hala tuju 10 tahun bertujuan memperkasa ekonomi dan sosioekonomi bumiputera.

“TPB2030 ini dilaksanakan dengan penglibatan bersama pemain utama industri dengan memberi fokus kepada Tujuh Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) yang disokong oleh tujuh bidang keutamaan.

“Terdapat 142 program dan inisiatif yang telah dikenal pasti di bawah TPB2030 dan bagi merealisasikan keberhasilan yang disasarkan, syarikat Bumiputera bertanggungjawab bagi mencari pendanaan swasta.

“Namun adalah dicadangkan agar kerajaan dapat memperuntukkan dana awam sebanyak RM14.8 bilion bagi tempoh 10 tahun pelaksanaan dari tahun 2021-2030 di mana pada tahun 2023 ini kita memerlukan dana awam sebanyak RM4.8 bilion bagi melaksanakan program dan inisiatif TPB2030,” katanya. – UTUSAN

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. USA si Biden pulak goreng mamak Kerala. Siklon celah mana pula yang nak bertiup November hingga April... maaakk aaii lamo bona siklon bertiup nyer tuuuhh..

    Peerghhh Kedutaan Amerika Mat Biden si halusinasasi pun dah pandai goreng mamak ... bila MET goreng mamak rakyat Malaysia skeptikal.. Mat Biden dari USA pulak nak goreng mamak... Peergghh dasattt pengaruh atok kita nih ..!!

    Mungkin kedudukan strategik Malaysia dan Selat Melaka maka negara ini jadi rebutan Negara China dan USA Si Biden tuhh..!? Si Biden USA mme ada senjata ubah suhu dan cuaca donia skh teknologi HAARP yang bole cipta gempa bomi, hujan dan kemarau..!!

    Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Selasa lalu, rakyat negara itu diingatkan untuk bersiap sedia berdepan Musim Siklon Tropika di Laut Pasifik Selatan bermula 1 November ini hingga 30 April tahun depan.

    https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1007368/kedutaan-keluar-amaran-cuaca-buruk-di-malaysia

    Menurut amaran itu, Malaysia berisiko dilanda hujan ribut berpanjangan dan bencana banjir sepanjang Musim Siklon Tropika yang boleh menyebabkan bekalan utiliti terputus selama beberapa hari.

    Adakah ini konspirasi atau teori konspirasi bila USA Mat Biden pun dah mula goreng mamak..!? Atau apakah USA berusaha untuk kekalkan Tun sebagai barua Lee Kwan Yew PRU 15 nanti yang dari dulu Singapura wakil Yahudi Israel Asia Tenggara..!?

    MET dan Biden elok saja berterus terang saja lagi katakan siklon akan bertiup kencang dari November hingga PRU 15. Kannnn senang..

    MET dan Mat Biden dari USA pun nak geli geli goreng mamak jugakkk.. Alahai..

    Siklon Tropika di Laut Pasifik Selatan bermula 1 November ini hingga 30 April tahun depan boleh menyebabkan hujan lebat, ribut dan banjir.

    Di Malaysia, siklon tropika kebiasaannya disusuli bersama ribut hujan berterusan dan banjir di beberapa kawasan di negara ini termasuk Lembah Klang.

    Sebelum ini menurut Met Malaysia ( Jabatan Meteorologi Malaysia) meramalkan negara akan dilanda hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang berisiko menyebabkan bencana banjir besar.

    Bukan MET ajer dah pandai goreng mamak.. Si Biden dari USA pun dah pandai goreng mamak..

    Senang cakap macam ni ajer lah yerr.... MET dan USA berterus terang saja lagi katakan siklon akan bertiup kencang dari November hingga PRU 15. Kannnn senang.. kikikiki

    Alahaiiiii...!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post