Agong Kecewa Dengan Perkembangan Politik Semasa

Kuala Lumpur: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan tiada pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen. 

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataannya hari ini, Seri Paduka Baginda memperhalusi permintaan membubarkan Parlimen itu selepas berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Negara, semalam.

"Dalam sesi menghadap yang tidak berjadual bermula jam 12 tengah hari itu, Perdana Menteri mengemukakan sembah permintaan beliau untuk perkenan baginda bagi pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa, hari ini.

"Selepas memperhalusi permintaan itu, selaras dengan kuasa-kuasa baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong seperti mana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi pembubaran Parlimen ke-14," katanya dalam kenyataan, hari ini.


"Justeru, baginda menzahirkan harapan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh masa terdekat dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November ini.

"Baginda menegaskan bahawa negara yang kukuh adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi berterusan demi kesejahteraan negara dan rakyat secara keseluruhannya.

"Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah khususnya banjir," katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa televisyen tempatan pada 3 petang hari ini, selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ~ mStar



4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Pelabur turut kecewa dgn perkembangan politik selepas pru14.

    Batal projek, sambung balik projek.
    Kemudian batal balik, sambung balik.
    Bab gaduh kutuk sindir negara kuasa besar konon nak jadi harimau asia sehingga kuasa besar tarik import mereka betul2 bodoh.
    Tiada diplomatik langsung. Konon nak rakyat puji mcm dulu2. Bodoh!!!
    Yg sengsara rakyat. Saka kaya anak beranak peduli apa.
    Pulau yg ada dilelong.
    Harta dan aset negara dilelong. Mgkin cari modal buat kereta terbang.
    24/7 pula cerita negara dah bangkrap.
    Manifesto pula hanya hancenggg.
    Kes jenayah rasuah, semburit, rogol, fitnah dan salahguna kuasa ditarik balik oleh peguam tongong.

    Siapa tak kecewa.
    Pelabur pula jadi takut.

    ReplyDelete
  2. Mahkamah Amerika Syarikat sebut nama Zety, mahkamah Singapura pun sebut nama Zety, Mahkamah Malaysia kes SRC sebut nama Zety, Mahkamah Malaysia kes 1MDB sedang berlangsung sebut juga nama Zety.

    Bila pulak nak dakwa Taufik Ayman dan Zety kertas IP dah siap bila AG nak bertindak..!? Bila nak 'Jailing' Zety, Taufik Ayman dan Rahman Bin Abu Bakaq..!

    Di mana Zety berada disitu Tun Mahathir buat taik..!! Di mana Zety berada pasti ada rompakan di siang hari terjadi..Di mana ada Zety di situ Tun dan anak dan kroni buat taik..!

    Apa pula istimewa Taufik Ayman suami pada Zety di mata agensi kerajaan Malaysia. Susah sangat nak tangkap Zety elok kerajaan tangkap Taufik Ayman dan anak Zety.

    Taufik Ayman pun tak ada jasa pun pada negara dia hanyalah sekadar penyangak..!!

    Zety dan Taufik Ayman begitu sangat sangat istimewa di mata agensi kerajaan seperti SPRM PDRM dan AG.

    Tak tertangkap oleh pihak berkuasa betapa kebalnya suami Zety si Taufik dan anak beranak Zety hubung kait mereka dalam kes 1 MDB ini.

    Hebat sungguh kuda betina Tun ni. Apa apa pun si penyangak betina ini tak hebat cuma nampak hebat sebab kuasa Kartel Mafia Kerela.

    Hari ini bubar parlimen, esok kartel mafia kerala melingkup

    Saya ulangg..!!

    ReplyDelete
  3. Garispanduan calon PRU 15 : Orang Melayu diingatkan 'Pilih Calon Bukan Parti'.

    Garispanduan bagi orang Melayu untuk memilih dan undi calon2 PRU 15 nanti seperti bawah ini..

    1. Mana2 mana calon Melayu yang lawan dengan Melayu PKR.. tolak calon Melayu PKR yang berfahaman Gay LGBT dan Pluralisma Murtad

    2. Mana2 calon BN dari kaum Cina MCA lawan Calon Melayu bukan dari BN/UMNO .. tolak calon MCA dan undi calon Melayu tersebut.

    3. Mana2 calon BN dari kaum India MIC lawan Calon Melayu bukan dari BN/UMNO .. tolak calon MIC dan undi calon Melayu tersebut.

    4. Mana2 calon Melayu BN yang sokong ICERD, COMANGO, LGBT lawan calon Melayu yang pertahankan Islam tolak calon BN dan Undi Calon Melayu yang pertahankan Islam

    5. Mana2 calon yang Melayu bukan dari UMNO/BN dan keluarga nya menyokong LGBT, ICERD, COMANGO, SIS, Syiah seperti keluarga Boboi Mukhriz, Mat Sabu, Khalid Gereja, Azmin Blur, Zuraidah, Tun Mahathir wajib ditolak dan di simen terus..!!

    6. Mana2 mana calon bukan Melayu dari BN lawan calon Melayu liberal, pluralisma murtad dan spesies Pejuang GAY & liberal seperti Siti Kasim, Nurul, Anwar Ibrahim maka tiada pilihan lagi pada orang Melayu maka undi calon bukan Melayu atau buat undi rosak..!!

    Senarai calon yang di PRU 15 untuk diberi perhatian serius demi bangsa dan agama.

    1. Ampang (Local Council Election)
    2. Temerloh (ICERD Liberal)
    3. Port Dickson (Pluralisma Agama/LGBT)
    4. Kajang (Wakil Pluralist)
    5. Matang Pauh (Wakil Pluralist)
    6. PARIT BUNTAR (Barua DAP/Syiah)
    7. Kote Raja/Mat Sabu (Barua DAP/Syiah)
    8. Jerlun (Liberal/COMANGO gereja)
    9. Muar (Liberal/LGBT)
    10. Shah Alam (Barua DAP/ Liberal)
    11. Sepang(Barua DAP/Liberal)
    12. Ahli UMNO/semua PKR support liberal (sudah dikenalpasti)
    13. Langkawi (Acah2 Power Melayu Islamik)
    14. Gombak ( Mat Blur/LGBT..)
    15. Titiwangsa ( Lu fikir sendiri )

    Lingkupkan Boboi maka melingkup lah keturunan acah acah power islamik selama lamanya sambil dalam diam diam anak cucu jadi pejuang COMANGO Gereja dan liberal LGBTdan pluralisma murtad ini.

    Pemimpin akan datang perlu mesra Indonesia bukan Singapura. Pedulikan lupakan Singapura jiran yang suka membatu api adu domba pemimpin Melayu.

    Mana mana pemimpin yang mesra DAP mereka juga adalah Barua Lee Kwan Yew iaitu barua Singapura...!! Pemimpin yang mesra Singapura wajib dicurigai. Pulau Batu Putih sudah tergadai Tun Mahathir pada anak Lee Kwan Yew.

    ReplyDelete
  4. My name is Jerry Henry, and I'm a student. I'm currently reading a recently completed piece. Excellent Please accept my appreciation for your contribution. This post is titled Agong Disappointed With Current Political Developments. These facts will be beneficial to all students. I sincerely hope that these suggestions will be useful to you in the future. Excellent post with all the necessary information. However, I'm currently looking for nursing thesis topics services for my job. The website is, in my opinion, educational. Students, in my opinion, should use it as a resource. And right now, finish your assignment.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post