Perikatan Nasional (PN) menggesa Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menepati kenyataannya yang mahu bertanding di kerusi yang disandang "pengkhianat PKR" pada pilihan raya akan datang, menyifatkan sikap pemimpin pembangkang itu yang bertukar nada kerana takut ditolak pengundi Melayu.
Mansor Othman, setiausaha eksekutif jabatan pilihan raya PN, berkata Anwar mengelak selepas Mohamed Azmin Ali mengalu-alukan presiden PKR itu untuk bertanding kerusi Parlimen Gombak yang disandangnya.
“Alasan yang sebenarnya Anwar takut untuk menghadapi Azmin di Gombak adalah terang.
"Gombak terdiri daripada lebih 75% undi Melayu,” katanya sambil menambah Anwar dan Pakatan Harapan (PH) ditolak oleh golongan ini.
"Bagi menutupi kegagalan Anwar untuk menerima cabaran berani Azmin, pada 15 Oktober 2022, Anwar mendakwa kononnya menerima beberapa tawaran untuk bertanding di kerusi Parlimen di Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang dan ‘pening’ untuk memilih kerusi yang mana untuk bertanding.
“Pendek kata, Azmin Ali menyahut gertakan Anwar dan Anwar cabut lari."
Kenyataan itu dibuat sehari selepas Azmin mengkritik wakil rakyat yang sering bertukar kerusi dan bertanding di kawasan berbeza untuk memenuhi kepentingan peribadi mereka.
Katanya, tanggungjawab seorang pemimpin adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk menjadikan kerusi Parlimen sebagai tempat untuk berebut kuasa.
Beliau juga berkata adalah tidak wajar untuk bertanding di kawasan tertentu sahaja bagi menjatuhkan orang lain.
Dalam kenyataannya hari ini, Mansor berkata Anwar dan PKR menghabiskan masa sejak kejatuhan pentadbiran PH pada 2020 “untuk menyerang dan menghina Azmin dan rakan-rakannya.".
“Sekarang, apabila akhirnya Anwar diberi peluang untuk berdepan dengan Azmin di kotak undi, Anwar melarikan diri,” tambahnya.
Azmin memenangi kerusi Gombak dengan tiket PKR pada PRU14, menewaskan calon dari Umno dan PAS.
Ketika itu, Gombak mempunyai 141,112 pengundi berdaftar, di mana 85.4% daripadanya keluar mengundi.
Majoriti 75.8% di kerusi itu adalah pengundi Melayu manakala India (10.77%) dan Cina (10.67%).
Azmin kemudiannya menyertai Bersatu di mana beliau kini menjadi ahli Majlis Tertinggi parti itu.
Kerusi Gombak menjadi bahan spekulasi selepas Anwar membayangkan beliau mungkin bertanding di kerusi itu pada PRU15.
Namun sebaliknya, Media melaporkan presiden PKR itu mungkin akan bertanding di kerusi Bandar Tun Razak, di mana sumber PKR berkata pakar strategi parti sedar bahawa Gombak yang merupakan kerusi majoriti Melayu di Kuala Lumpur terdiri daripada pengundi pinggir dan pusat bandar adalah kubu kuat Azmin ~ MalaysiaNow
Anwar Takut Nak Menentang Azmin Di Gombak?.. Betoi Ka?
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Bila goreng mamak tak laku tekak rakyat dah naik kembang, atok arah goreng Tok Wan pulak.. alahaiii
ReplyDeleteAri ni isytihar bubar parlimen utk PRU 15, esok laki dia yang terkinja kinja umum pertahan kerusi Langkawi. Kalau dah tau laki kau mcm tu, elok mintak dia jangan bertanding PRU 15 lah bodoo...!!
Lama kelamaan selepas 22 tahun, badan dah tak kuat, mata tak nampak, nak berjalan pun kena berhati-hati takut jatuh, saya pun kena jaga kesihatan kalau nak jaga suami,” katanya.
Siti Hasmah Mohamad Ali menjelaskan tindakannya yang pernah menghalang orang ramai untuk mendekati tokoh itu adalah demi keselamatan suaminya.
Dr Siti Hasmah memaklumkan, keterujaan orang ramai yang mahu bergambar bersama suaminya menyebabkan Dr Mahathir hampir hilang imbangan badan dan mungkin terjatuh.
Kadang-kadang saya halang orang datang dekat (dengan Dr Mahathir), jangan bersalam, jangan peluk, jangan selfie. Jadi saya perlu merayu kepada rakyat, bantu saya untuk jaga suami saya sebab ramai masyarakat nampak Dr Mahathir (masih) gagah.
Dia letih ( bila buat fitnah jijik dia bersemangat kot..!!) mata dah kecil nak tidur, itu orang tak tahu. Dia mesti berehat (kalu buat fitnah Dia tak kenal penat kan), saya kena jaga, kalau saya ada terkasar sikit (kepada orang ramai), saya minta maaf,” kata Dr Asmah..!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!