Azmin Kurang Ajar Mukhriz Kata?

PETALING JAYA: Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir memanggil Azmin Ali sebagai “kurang ajar” kerana mendakwa Dr Mahathir Mohamed meletak jawatan perdana menteri kerana sikap “pelupanya”.

Mukhriz turut mempersoalkan kesahihan dakwaan Azmin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor yang kononnya beliau “bersembang selama dua jam dengan Mahathir untuk membincangkan episod Langkah Sheraton”, baru-baru ini.

“Azmin memang penipu besar. Dengan pemimpin penipu macam ini, rakyat wajib tolak,” tulis Ahli Parlimen Jerlun itu, di Instagram miliknya.

Hari ini, MalaysiaGazzette melaporkan, Azmin ketika melancarkan persidangan dan jentera pilihan raya Bersatu Selangor, mendakwa Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 2020 kerana sikap pelupanya.

Beliau dipetik berkata, perkara itu didedahkan selepas mengadakan pertemuan bersama negarawan negara itu, baru-baru ini.

“Tun Dr Mahathir pun pening, akhirnya dia letak jawatan. Dia panggil saya baru-baru ini, dia kata Azmin apa berlaku di Langkah Sheraton, saya kata tak ada langkah (Sheraton).

“Saya duduk dua jam bersama Tun dan saya kata tidak ada langkah cuma makan-makan sahaja.

“Tun letak jawatan kenapa? Itulah, entah saya lupa,” kata Azmin mengulangi percakapan Mahathir di hadapan lebih 3,000 ahli PN, pada majlis di Shah Alam.

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kenapa Azmin baru sekarang dedah kan isu ini... !? Azmin pelupa atau Tun yang dah lama pelupa ...!?

    Dah nak mati katak PRU 15 baru nak cakap...

    Mme nak melingkup dua ekor nihh

    ReplyDelete
  2. Siklon celah mana pula yang nak bertiup November hingga April... maaakk aaii lamo bona siklon bertiup nyer tuuuhh..

    MET berterus terang saja lagi katakan siklon akan bertiup kencang dari November hingga PRU 15. Kannnn senang..

    MET nak geli geli goreng mamak pulakkk... Alahai..

    Siklon Tropika di Laut Pasifik Selatan bermula 1 November ini hingga 30 April tahun depan boleh menyebabkan hujan lebat, ribut dan banjir.

    Di Malaysia, siklon tropika kebiasaannya disusuli bersama ribut hujan berterusan dan banjir di beberapa kawasan di negara ini termasuk Lembah Klang.

    Sebelum ini menurut Met Malaysia ( Jabatan Meteorologi Malaysia) meramalkan negara akan dilanda hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang berisiko menyebabkan bencana banjir besar.

    MET pun dah pandai goreng mamak.. Senang cakap macam ni ajer lah yerr.... MET berterus terang saja lagi katakan siklon akan bertiup kencang dari November hingga PRU 15. Kannnn senang.. kikikiki

    Alahaiiiii...!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post