KERAJAAN Pulau Pinang mahu mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Anthony Loke.
Setiausaha agung DAP itu berkata perkara berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) esok.
“Kerajaan Pulau Pinang meminta untuk kaji semula keputusan tidak membubarkan DUN.
“Salah satu sebabnya ialah rakyat Pulau Pinang tidak mahu keluar dua kali untuk mengundi. Jadi, kita perlu dengar suara rakyat,” katanya selepas mesyuarat di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur malam ini.
Pada 5 Oktober, ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata tiga negeri pimpinan PH tidak membubarkan DUN masing-masing jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat.
Ini katanya bagi membolehkan pemimpin negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang menumpukan perhatian kepada persiapan menghadapi banjir dan membantu mangsa yang terlibat.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada Isnin selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ismail Sabri juga menggesa semua kerajaan negeri - kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor - untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya Parlimen.
Awal hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow membayangkan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan semula pendiriannya untuk mengadakan pilihan raya negeri kemudian.
“Kami sudah mencapai satu kata putus yang perlu merujuk kepada PH pusat sebelum membuat sebarang pengumuman,” katanya di George Town hari ini.
Chow berkata keputusan itu juga perlu dirujuk kepada jawatankuasa eksekutif pusat DAP. – 11 Oktober, 2022 ~ The Malaysian Insight
DAP Penang 'Langgar' Anwar?
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Dap relaks jer nak ikut serta pru15. Penyokong dap rasanya dah bosan dgn kekecohan selepas 22bulan kerajaan ph dibakar oleh atok. Dap yakin akan menang di semua kerusi mereka.
ReplyDeleteBerlainan dgn pkr, amanah, bersatu serta pejuang kerana jentera kempen mereka semakin mengecil. Apatah lagi pemimpin serpihan umno dan pas. Merekalah yg tak lena tidur sejak pm ismail sabri membubar parlimen. Merekalah sebenarnya pengkhianat mandat rakyat dan mandat parti. Pru15 nie rasanya mereka bakal dihukum oleh rakyat.
Semuanya gara-gara kesilapan percaturan atok yg ingin mewujudkan kerajaan perpaduan yg mengukuhkan pemerintahan kuku besinya spt eranya 22tahun. Mereka inilah yg terasa hangatnya pru15 nanti dan terasa bahangnya sampai melecur kulit telur mereka.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!