Enggan Bubar DUN Bukti PH Takut Hilang Kuasa – Zahid

KEENGGANAN pembangkang yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) membuktikan pihak berkenaan takut untuk kehilangan kuasa memerintah.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang enggan menyerahkan kembali hak dan mandat rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu kerana bimbang tidak dapat kekal sebagai kerajaan.

Jelas beliau, kem pembangkang juga dilihat mencipta naratif yang Barisan Nasional (BN) tamak kuasa apabila meminta Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

“‘Dalil’ baharu yang bertujuan mencipta persepsi jahat terhadap BN itu terpesong jauh daripada kebenaran mengenai tujuan sesebuah pilihan raya.

“Pertamanya, sesebuah pilihan raya termasuk PRU-15 bermaksud menyerahkan kembali hak dan mandat kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu.

“Pilihan raya umum, kecil mahupun negeri adalah sebuah proses demokrasi melalui peti undi yang boleh disertai mana-mana parti politik atau individu yang layak.

“PRU-15 bukan ‘upacara’ menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada BN tanpa ada pertandingan, sebaliknya sebuah proses undian rakyat yang menentukan.

“Justeru, dimanakah yang dikatakan BN tamak kuasa sedangkan yang berlaku pada PRU-15 adalah rakyat diberi mandat dan kuasa sepenuhnya untuk menentukan masa depan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pembangkang dilihat sanggup menyebabkan pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan gara-gara khuatir akan kehilangan kuasa.

Katanya, alasan risiko ‘banjir besar’ juga sudah tidak lagi relevan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRU-15 berlangsung sebelum pertengahan November depan.

Tambah beliau, rakyat perlu menolak gabungan tamak kuasa terbabit yang jelas tidak peduli masa depan rakyat dan negara kecuali kepentingan politik pembangkang ~ UtusanTV

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ada seorg ketua bahagian bersatu berjanji akan berbogel jika berani bubar sebelum tahun 2023.
    Dashyat sampai mental bab pembubaran ini.

    Dulu nak ambil kerajaan negeri tanpa peduli akan banjir apatah lagi pandemik yg melanda.
    Ada jer alasan yg WAJIB rakyst patuhi.

    Rakyat tak kesah bubar tahun ini atau tahun depan. Rakyat dah set pemikiran mereka sejak dikencing kuyup selepas pru14 siapa yg mereka pilih.

    Nak bogel tahun ini, tahun depan atau sepanjang tahun demi yidin gagal atau penyamun saka tua....silakan.

    Ada bukti video semburit pon saka tua kata itu rancangan jahat musuh politik. Peduli apa masalah maksiat laknatullah asal sokong saka tua dan yidin gagal. Boleh diampuni mahkamah saka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saka tua dan konconya.
      Harap mereka melingkup pru15 nanti.

      Delete
  2. Melayu sudah kenal siapa sebenarnya Mahathir...

    Mahathir ialah boneka dan seorang barua DAP@LeeKwanYew.

    Tun Mahathir telah membuat andaian orang Melayu menyokong UMNO kerana insentif, UMNO ada duit banyak dan senang dibeli itu lah naratif lapuk dan kuno yang masih menyangka orang melayu sebodoh era Mahathir menjadi Perdana Menteri 22 tahun.

    Kalau kau tak mampu tolong Melayu jangan hina maki hamun Melayu lagi..cukup cukup lah.. Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar siapa Mahathir kroni dan anak anak nya. Mengayakan kroni dan anak cucu sama seperti Suharto. Nasib anak cucu Surharto akan sama menimpa Tun Mahathir..!!

    Acah acah power Melayu Islamik itu lah yang dibebel 22 tahun 22 bulan. Anak cucu lisbo, COMANGO dan liberal. Terhegeh hegeh julang sepanduk Seksuality Merdeka anak beranak di Jalan TAR

    Mahathir adalah Suharto Malaysia..

    Mahathir kekal bebal dengan naratif kuno nya terhadap Melayu. Melayu tanpa Mahathir lebih berjaya dan berdikari.

    Klinik Swasta Melayu dah tawan klinik kaum Cina, klinik vetreniar sudah dikuasai Melayu peniaga jalanan pun dah guna e hailing untuk order makanan ini menyebabkan banyak kedai mamak melingkup tutup kedai. Order makanan Melayu lebih sedap besih dan lebih varity..

    Pemaju Melayu dah mula banyak tengok saja di Kg Baru 3 projek 3 ekar GDV hampir 1 billion sudah terjual...!! Pemimpin lain tak perlu jadi broker tanah Kg Baru. Melayu tak perlu kroni atau bailout spt bailout kedai roti oleh taikun Cina pula dapat 3 billion Projek Bandar Malaysia... macam sial celaka saja pemimpin mcm ni..!!

    Mahathir cuba menagih undi orang Melayu dengan agenda baru melalui Parti PUTRA dan PERKASA , goreng mamak umpan bodoh Mahathir tidak akan disambar lagi.

    Melayu telah lihat betapa ekonomi negara dijahanamkan kerajaan PH Mahathir dengan penjualan aset milik orang Melayu dan pembuangan hampir 17,000 kakitangan awam. Apabila ambil alih, PH dan Tun Mahathir pula yang menambahkan hutang dan bon.

    Kejayaan menjatuhkan Barisan Nasional dan mengambil alih menjadi kerajaan , PH, PN dan Tun Mahathir tidak mengambil kesempatan menunjuk kehebatan mentadbir negara dengan lebih baik dari kerajaan BN.

    Sebaliknya , terus berpolitik secara kebudak budakan , tidak matang dan penuh tipu daya dan dendam kesumat.

    Tun Mahathir menghadapi kes penggadaian Pulau Batu Puteh yang diserah kepada anak Lee Kwan Yew secara buat keputusan sendiri maka elok di cop barua DAP@LeeKwanYew

    Tun Mahathir pula sudah kehabisan modal , dan tiada lagi apa2 keburukan BN , Najib Razak untuk diceritakan , kerana semua sudah didedahkan dan terbongkar kisah rekayasa fitnah jijik terhadap Najib. Aura bossku tetap bersinar walau terpenjara angkara fitnah jijik ini.

    Banyak sangat kecacatan yang ada pada kerajaan 22 bulan dan 17 bulan untuk ahli UMNO jadikan bahan serangan. Terlalu banyak peluru untuk disasarkan kepada PH dan Tun Mahathir. Tembak saja pasti mengena..!!

    Ayoh kita serang..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita le pulak jasa baik dan buruk kerajaan 61 memerintah malaysia ni. Yang rakyat nampak dan baru tahu ialah pemerintahan selama 61 tahun telah membiakkan rasuah dan bodohkan melayu. Paling ketara bermula tahun 1981 hingga sekarang.

      Delete
    2. Bagi peluang 22bulan penuh kehancingan. Rasa macam 100tahun hancingnya.
      Bukan bawa perubahan malah membusuk dan hanceenggg!!!!

      Delete
  3. Kalau berani bubar parlimen Tahun depan,pasti ketakutan kau ke penjara,

    ReplyDelete
  4. informative news and this guy have to wear hiking shoe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post