PRU-14 pada tahun 2018 menyaksikan Faizal Azumu dari BERSATU yang bertanding atas tiket PH memperolehi 38,661 undi, UMNO yang calonnya Ahmad Husni mendapat 33,341 undi dan PAS hanya mendapat 14,948 undi.
Ahmad Faizal Azumu memenangi Kerusi Parlimen tersebut dengan majority 5,320 undi.
Semalam Pengerusi PH, Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan telah mengambil keputusan untuk bertanding kerusi parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Sambil mengucapkan “selamat tinggal Port Dickson”, Anwar membuat pengumuman itu pada Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Ipoh semalam.
Ia sekali gus mengesahkan spekulasi awal presiden PKR itu akan bertanding di kerusi parlimen di Perak.
"Saya tidak memilih kerusi mudah yang jamin majoriti besar. Saya mengepalai PH dan akan tawan Tambun dalam PRU15.
Sebelum itu.. bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Jamaie Hamil berkata, peluang untuk menang di Tambun adalah tipis kerana ia merupakan kubu kuat kerajaan, sekalipun Anwar yang diakui mempunyai pengaruh besar bertanding di kerusi itu.
Justeru, daripada mengambil risiko, kerusi paling selamat untuk Anwar ialah kekal bertanding kerusi sedia ada di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan atau kembali ke Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
“Kita kena tahu karakter Anwar ini hebat dari segi retoriknya dan dalam sains politik retorik itu memang dibenarkan. Tetapi, dalam sejarah pilihan raya, Tambun memang tidak sesuai untuk pembangkang mendabik dada dan menang lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang momentum itu tidak memihak pembangkang.
“Pengundi juga sudah mempunyai pilihan masing-masing di tangan mereka, jadi, kalau beliau memilih tempat itu saya, saya setuju beliau memilih ‘jalan mati’.
“Kemungkinan beliau akan kalah besar, termasuklah parti Bersatu jika bertanding di sana. Kalau Pakatan Harapan (PH) mahu bertanding juga atas alasan boleh menang, saya tidak rasa begitu,” katanya..
Spekulasi yang tersebar mendakwa kononnya Zahid Hamidi telah menggesa agar Perdana Menteri mempercepatkan tarikh PRU-15 untuk menyelematkan diri dari pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah.
Biarpun banjir dijangka melanda negara antara pertengahan November hingga Disember ini, namun Zahid tetap mendesak agar diadakan segera PRU-15 dalam tahun ini juga.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO itu nampaknya akur dengan kehendak Presiden UMNO.
Maka dengan itu Parlimen dimohon untuk dibubarkan.. dan Agong perkenankan untuk pembubaran, maka bubarlah Parlimen.
Untuk membolehkan cubaan Zahid untuk menyelamatkan dirinya dari pertuduhan di Mahkamah itu, kenapa tidak Anwar Ibrahim bertanding di Bagan Datuk?
Kalahkan Zahid Hamidi maka jalan untuk Zahid menjadi Perdana Menteri tidak ada lagi dan semua pertuduhan terhadapnya di Mahkamah kekal.
Dengan hanya memenangi majoriti lima ribu lebih sahaja sebelum ini, kehadiran Anwar di Bagan Datuk pastinya akan memberi cabaran sengit dan tidak ditolak boleh menumbangkan UMNO yang sejak sekian lama menguasai kawasan tersebut.
Jika Anwar berani bertanding di Port Dickson yang sebelum ini menjadi kerusi tradisi UMNO dan Barisan Nasional, masakan beliau tidak boleh mengulangi sekali lagi kemampuannya untuk bertanding di kerusi yang baharu.
Daripada satu sudut lain, pemilihan Bagan Datuk akan menunjukkan Anwar sebagai seorang ketua yang berani mengambil risiko bertanding di kerusi yang tidak selamat dan ia pastinya akan menyebabkan rakyat mempunyai rasa hormat kepadanya.
Tambah-tambah calon lawannya seorang yang berdepan puluhan pertuduhan kes mahkamah, jadi laungan integriti dan menolak budaya korup rasuah adalah signifikan sekiranya Anwar bertembung dengan lawan yang terpalit dengan salah laku dan penyelewengan.
Jika Anwar menang di Bagan Datuk, ianya juga dapat menghalang kemaraan Zahid untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU-15 untuk membebaskan dirinya dari pertuduhan di Mahkamah yang masih membelenggu diri Presiden UMNO itu.
Dalam Pilihanraya Umum yang ke-14 lalu, Parlimen Bagan Datuk (P075) telah dimenangi oleh Presiden UMNO kini iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau memperolehi 18,909 Undi menewaskan Calon dari PKR Pakhrurrazi Haji Arshad yang memperolehi 13,836 dan telah menyebabkan Calon dari PAS Ata Abdul Muneim Dato Hasan Adli kehilangan deposit setelah mendapat hanya 4,061 undi.
Majoriti yang diperolehi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meningkat dari 2,108 undi yang diperoleh pada PRU-13 kepada 5,073 pada PRU-14.
Soalnya sekarang kenapa Anwar memilih Tambun tidak Bagan Datuk?
Depa kata dia Fighter.. kalau Fighter lawan la Zahid tu..
Agak2 lah.. Knp tak cabar zahid tanding kat selangor
ReplyDeleteCabar ismail sabri ke penang ke. Ha ha ha
ReplyDeleteTambun ada menyimpan telur spare nuar.
ReplyDeleteKena gertak oleh jemin lalu hilang telurnya. Lawak.... Hihihi
ReplyDeleteJemin dgn anwar. Aduhhh jauhlah bandingnya.
ReplyDeleteJemin tu yg risau.. Apalah nasib aku setelah khianat
ReplyDeleteJemin ada komplot dgn pas. Mgkin mampu bertahan.
Deletekalau nak cabar itu dan ini..cerita budak2 laaa....mat sabu cabar hadi di marang.....zahid cabar anuar di PD....ni apa cerita
ReplyDeleteASD dah start merapu meroyan .... suka hati dia lah nak pilih Tanbun. elok pun lawan si pengkhinat mandat rakyat, kasi ajar sikit kat barua2 khianat ni.
ReplyDeleteSUDAHLAH....TENGOK PAS TU...BETUL SANGAT KA...AWAT TARIK BALIK KES, PI BAYAR PADA CLAIRE TU...KECUT..KES BAWAK ATAS...TERBONGKAR SEMUA CERITA..
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!