'Langkah Kajang', Azmin Akhirnya Buka Mulut..

Gelaran pengkhianat yang diberikan Anwar Ibrahim kepada sekumpulan ahli politik PKR yang dipecat pada 2020 dilemparkan semula kepada presiden PKR itu ekoran dua “langkah” yang menggegarkan landskap politik negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali menyingkap semula Langkah Kajang yang dicatur oleh Rafizi Ramli pada 2014 bagi membolehkan Anwar Ibrahim menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

"Seorang individu masuk dalam pilihan raya secara demokratik dan diangkat menjadi wakil rakyat Kajang.

"Akhirnya diarahkan oleh individu yang rakus ini yang hendak bertanding, hendak menjadi menteri besar Selangor.

“Apakah ini bukan pengkhianat mandat rakyat?" katanya dalam ucapan perasmian perasmian bahagian dan pelancaran jentera pilihan raya Bersatu di Shah Alam, Selangor semalam.

Azmin merujuk kepada bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan secara mengejut pada Januari 2014, kurang setahun daripada tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013.

Peletakan jawatan itu memulakan Langkah Kajang yang penuh dengan kontroversi.

Anwar sepatutnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagaimanapun hilang kelayakan akibat didapati bersalah atas kesalahan liwat.

Sultan Selangor yang tidak memberi perkenan tindakan itu menarik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar.

Ia juga tidak mendapat persetujuan Pas yang akhirnya membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat.

PAS sendiri berpecah sehingga lahirnya parti serpihan, Amanah susulan perpecahan itu.

Anwar meletakkan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail namun pencalonan tidak diterima Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kemelut itu menyaksikan Azmin menjadi menteri besar Selangor setelah Khalid meletakkan jawatan.

Azmin mendedahkan, beliau menerima arahan daripada kepimpinan parti untuk memecat Ahmad Yunus Hairi yang ketika itu Adun Sijangkang dan exco kerajaan negeri.

Anwar dan Pakatan Harapan (PH) menggunakan istilah pengkhianat bagi menggambarkan kumpulan Azmin yang dipecat daripada PKR selepas Langkah Sheraton.

Selain Azmin, pemimpin lain yang terlibat ialah Zuraida Kamaruddin.

Azmin kekal menyatakan beliau dan rakan-rakan tidak melompat parti, sebaliknya dipecat oleh parti.

Dalam pada itu, Azmin turut menyelar Langkah Port Dickson yang dibuat juga kurang setahun daripada PRU14 pada 2018 lalu.

Langkah Port Dickson menyaksikan Anwar menjadi ahli Parlimen selepas penyandangnya, Danyal Balagopal Abdullah juga meletakkan jawatan.

"Dalam parti kami tidak setuju ada pilihan raya Port Dickson sebab dia (Danyal) menang. Tapi orang yang sama hendak bertanding, hendak jadi perdana menteri.

"Dalam kongres parti, kami dipaksa angkat plakad PM keenam. Tahun satu lagi angkat lagi, PM ketujuh," katanya.

Azmin yang bekas timbalan presiden PKR mendedahkan Anwar ketika perjumpaan Majlis Presiden PH yang berlangsung pada 21 Februari 2020 memaksa perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad menentukan tarikh peletakan jawatan yang menjurus kepada pertengkaran.

"Dia hendak Dr Mahathir letak jawatan selepas Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec). Saya bangun dan kata jangan paksa letak jawatan kerana saya tidak mahu Dr Mahathir menjadi 'lame duck prime minister'.

"Maka siapa yang khianat mandat rakyat?"soalnya lapor MalaysiaNow

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bila gila akan kuasa maka akan hancurlah sesebuah institusi tersebut.
    Langkah kajang bermulanya perpecahan pkr.
    Langkah sheraton bermulanya perpecahan ph.
    Semuanya kerana gila kan kuasa.

    Langkah kajang idea konco rapat anwar. Habis segala fitnah dimainkan demi menjatuhkan arwah tski.

    Langkah sheraton dikatakan angkara tm ingin melakukan semula kerajaan kuku besi angguk2 tapi gagal. Kerajaan yg dikuasai sepenuhnya atas arahan seorang diktator spt suatu ketika dahulu. Apabila idea tersebut gagal dan takut dituduh pengkhianat maka yidin diangkat sebagai pm.

    Semoga tiada lagi sebarang langkah2 bodoh slps pru15 nanti dan rakyat tidak dikencing oleh pencipta langkah2 bodoh dan sumbang yg gila akan kuasa dunia.

    ReplyDelete
  2. Gila kuasa punya angkara.
    Boleh simpan dalam sejarah negara.
    Rasanya rakyat dah boleh lihat siapa pemimpin yang gila kuasa khasnya dalam ph dan serpihan ph.
    Ramai yang konon merasakan diri terlalu hebat sehingga seronok menjatuhkan lawan samada secara terbuka mahupun secara tertutup.
    Jika ada ygbtirak sependapat akan dipulau atau disabotaj dalam parti.
    Tidak boleh ada yang lebih hebat atau menonjol berbanding watak-watak utama dalam ph.
    Apatah lagi kalau ada yang dah selalu dipuji sebagai 'bakal pm'.

    ReplyDelete
  3. langkah kajang dan sheraton bezanya macam langit dan bumi. orang bodoh saja yg gagal melihat. langkah kajang todak korban kan prinsip perjuangan cuma tukar MB yg lemah dan tersasar. rakyat kajang tak lihat pun langkah kajang sebagai pengkhianatan. Selangor tetap PH dengan agenda reformasi. Langkah sheraton menyebabkan kerajaan PILIHAN RAKYAT MALYSIA tumbang...itu terang2 KHIANAT!! teraju watak jahat utama si azmin dan zuraidah memang khianat giler dan paling gila kuasa. bakal di humban rakyat ke lubang jijik di pru15 nanti.....sekian .... pengundi tegar ampang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post