PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini (Sabtu) sebagai hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ia turut meliputi pilihan raya serentak bagi mengisi kekosongan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, 15 kerusi DUN Perlis dan 59 kerusi DUN Perak serta DUN Bugaya, Sabah.
Sementara itu, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November ini (Sabtu).
Bagi pengundian awal pula, tarikh 15 November dipilih dan tempoh berkempen bagi PRU15 adalah 14 hari.
Sebelum ini, tempoh berkempen pada PRU14 adalah 11 hari manakalah PRU13 pula adalah 15 hari.
Ketika mengumumkan tarikh tersebut di Pejabat SPR di sini hari ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menyatakan seramai 21,173,638 juta pengundi layak mengundi berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada pilihan raya umum kali ini, melibatkan kali pertama undi 18 tahun dan pengundi baharu automatik. – UTUSAN
Aura DSNR masih “power”.. 4.6 juta follower
ReplyDeleteKenyataan dari laman facebook DSNR boleh naik kan atau “damage’ kan reputasi seseorang dalam 1 jam kerana pengaruh entri di fb nya yang meluas.
Tun Mahathir sendiri hanya 350 ribu follower yang bebas kesana kemari juga tidak mendapat sebanyak seperti yang didapati oleh DSNR.
Selain itu ada yang sudah berdurasi lebih 5 jam ada yang mencecah 8,000 ‘like’.
Penjarakan Najib Razak atas dakwaan yang direka dan di ‘design’ untuk pekenakan nya tidak lansung memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap “Bossku”
Malah , dikatakan Najib Razak tetap menjadi rujukan rakyat dan tempat berlindung dari tipu daya parti2 musuh UMNO dan orang Melayu.
Dapatan kami di My News Online melihat dan menilai laman facebook DSNR terus popular.
Najib akan bebas kerana kes terlalu lemah, bukan kerana UMNO menang PRU15 seperti fitnah jijik dan andaian Tun Mahathir.
Atok tak nyanyuk...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!