Mengapa Azmin Ali Gelar PAS Parti Pak Lebai?


PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bukan beliau mencipta istilah ‘Pak Lebai’ yang didakwa merujuk kepada Pas, sebaliknya perkataan itu pernah dipopularkan oleh seorang pemimpin tinggi Perikatan Nasional (PN) sendiri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan pernah mempopularkan istilah itu yang merujuk kepada Pas pada 2017 sewaktu memegang jawatan Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR.

“Jadi seharusnya pemimpin Pas bertanya kepada Pengarah Pilihan Raya gabungan baharu mereka mengenai istilah `Pak Lebai’. Bagaimana beliau memperoleh ilham tersebut dan mengapa beliau ‘menobatkan’ Pas sebagai parti ‘Pak Lebai’?” soal Ahmad Zahid dalam Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika berucap pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran di Kedah menggunakan istilah Pak Lebai yang merujuk kepada Pas sehingga mendapat kritikan dalam kalangan parti itu.

“Jangan peduli ‘Pak Lebai’ bersama kita atau tidak, kita harus pergi (bertanding) atas nama BN untuk perintah negara dan negeri ini semula. ‘Pak Lebai’ petang cakap lain, malam cakap lain, esok cakap lain. Dirinya sahaja tak salah, dia kata kita ini durian mentah, belum masak sangat,” katanya dalam majlis itu.

Justeru, Presiden UMNO tersebut meminta agar Pas tidak terasa hati dengan istilah tersebut apabila parti berkenaan pernah memandang rendah kepada BN dengan gelaran haiwan.

“Kesimpulannya jangan kerap melabelkan pihak lain dengan gelaran negatif kerana berasa diri terlalu suci murni. Sehinggakan UMNO BN enggan memenuhi faedah dan manfaat mereka digelar sebagai haiwan dan seumpamanya,” ujarnya.

Beliau meminta Pas menggunakan politik untuk memperkuat agama, bukan menggunakan agama untuk memperkuat politik. – UTUSAN

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Harap parti lawan tak guna istilah sembu... masa pru15 nanti.
    Apa2 pon nak jadi ahli politik ni hati perlu kental dan bijak kencing.
    Setakat video sembur... 99.99% ori belum mampu melunyai hati manusia gila akan kuasa dunia nie.

    ReplyDelete
  2. Setakat tok lebai tak ada apa2 la.... Bos dia, pengerusi PN muhyidin panggil PAS parti ajaran sesat lagi seram. Video tu ada di merata platform media sosial. Macam mana dia boleh bekerjasama dgn parti ajaran sesat!!?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post