Faisal Tehrani - 28 Sep 2022
Tahukah anda lebih 20% populasi negara kita akan berusia lebih 65 tahun menjelang 2056, naik mendadak 7% dari 2020. Hal ini dilaporkan Bank Dunia. Pada usia 65 tahun ke atas, ini bermakna generasi tua tidak lagi aktif secara ekonomi, justeru pandangan tradisionalnya adalah; akan terdapat beban besar buat kerajaan untuk menanggung mereka dan untuk itu, akan ada gangguan pada kepesatan ekonomi.
Begini, saya baru selesai menulis dua drama, dan mementaskan salah satunya di Panggung Eksperimen Aswara. Dalam drama berjudul “Ghaib” itu, seorang lelaki yang baru beroleh pekerjaan di Amerika Syarikat berada dalam keadaan dilema, sama ada untuk terus menempa nama dan kerjaya di luar negara, atau ‘menjadi anak yang baik’ secara tradisi di Asia, iaitu menjaga ibunya yang sudah tua dan mula menghidap Alzheimer. Ibunya ditempatkan di sebuah pusat jagaan milik negara, iaitu Institut Alzheimer Negara (semacam Institut Kanser Negara atau Institut Jantung Negara).
Dalam sebuah drama lain, Republik Orang Tua (diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Brigitte Bresson) yang saya tulis untuk Yayasan Hans Nefkens berpangkalan di Barcelona, Sepanyol, saya merenung pengalaman yang saya perolehi di sebuah negara tetangga.
Pengalaman itu ialah melihat bagaimana ramainya orang tua yang terketar-ketar terpaksa bekerja sebagai jurubersih di kantin, ruang makan awam dan taman bunga, lantaran simpanan mereka sudah habis, dan kadar sara hidup pula meningkat. Pengalaman melihat bagaimana mereka terabai di negara jiran ini mendorong saya menulis drama pendek tersebut.
Dalam bidang ekonomi, usaha untuk menjadikan penjagaan sebagai salah satu sumber dan cara untuk membajainya dinamai ekonomi perak (silver economy).
Untuk pemimpin dan kepimpinan negara yang berwawasan dan cekap, kewujudan dan peningkatan populasi orang tua tidak seharusnya dilihat sebagai satu beban, sebaliknya ia boleh menjadi sumber ekonomi yang sihat dan panjang.
Salah seorang pemimpin Pakatan Harapan (lebih tepat DAP) yang nampaknya mempunyai perancangan tersusun mengenai ekonomi perak ini (atau beliau namakan sebagai “care economy”/ekonomi penjagaan) adalah Howard Lee, ADUN Pasir Pinji yang saya harap akan diletakkan oleh DAP di peringkat Parlimen untuk PRU15 mendatang. Howard, bekas exco kerajaan Perak ketika pentadbiran PH adalah satu-satunya pemimpin politik yang saya lihat mempunyai pelan jelas mengenai ekonomi perak ini, di mana beliau mencadangkan “National Care Economy and Ageing Community Preparedness Plan” atau dalam bahasa Melayunya “Siaga Jaga”.
Di kala pemimpin-pemimpin Melayu-Islam sedang meratib untuk PRU meskipun dalam banjir, dan tidak sudah-sudah berzikir kuasa, kuasa, kuasa, atau nak jadi menteri, nak jadi menteri, nak jadi menteri; atau nak bertanding, nak bertanding, nak bertanding, tidak ada seorang pun yang saya lihat konsisten untuk memperjuangkan ekonomi perak ini. Padahal masanya sudah mendesak untuk kita bermula awal, supaya tidak mengalami masalah parah seperti negara sebelah.
Ekonomi perak ini sangat penting, nenek saya dan nenek kamu, pembaca mestilah didedahkan kepada masalah yang dihadapi sebuah negara jiran kita, di mana generasi tuanya tidak lagi punya simpanan (kerana usia lebih panjang daripada jumlah tabungan atau wang saraan) dan terpaksa melawan lesu atau sakit tua untuk terus bekerja.
Harus diingat, bukan semua daripada kita mempunyai anak-anak untuk menjaga kita di usia lanjut kelak. Dan harus diingat, kematian juga tidak datang menjemput yang tua, tetapi juga yang muda. Kita mungkin sebatang kara kelak.
Ekonomi penjagaan atau ekonomi perak ini memerlukan perancangan ultra rapi. Saya melihat Howard mempunyai itu, beliau sudah melihat bagaimana institusi pendidikan negara memerlukan subjek dan latihan untuk melahirkan penjaga secara profesional. Kerajaan perlu menabung dan menjana sekarang untuk melahirkan penjawat awam yang boleh berperanan sebagai penjaga orang tua. Bukan saja orang tua yang terlantar. Dalam hal ini, bukan saja orang tua bujang, ini merangkumi orang tua yang juga punya anak.
Bahkan ekonomi penjagaan ini mestilah mencakupi anak-anak yang terpaksa menjaga ibu atau bapa mereka yang sudah tua. Ada keadaan generasi muda terkesan oleh ketuaan generasi sebelumnya.
Saya pernah mempunyai seorang pelajar PhD yang asyik menangguh pengajian dan nyaris gagal, ekoran sering menangguhkan pengajian dek menjaga ibunya yang sakit. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, dia terpaksa menjaga bapanya pula. Dia berhenti kerja dan hanya menjual biskut kecil-kecilan untuk menampung sara hidup. Bapanya telah mengeluarkan sebahagian besar simpanan KWSP ketika pandemik dan kini bapanya disahkan menghidap kanser pula. Jika kerajaan ada pelan jelas, pelajar ini juga sewajarnya menerima elaun kerana tidak dapat berfungsi dalam masyarakat.
Akan tetapi, adakah kerajaan Melayu-Islam sekarang mempunyai pelan dan kecanggihan untuk melihat isu ini secara menyeluruh? Saya tidak nampak itu. Pemimpin kita malangnya sedang bercekcokan untuk merebut jawatan.
Adalah malang sekali bakat bekas pelajar saya ini yang boleh dimanfaatkan negara, kini telah terabai. Padahal bapanya, sang warga tua adalah juga rakyat. Howard nampaknya jelas apa yang ingin dicapai. Beliau malah menyarankan pembinaan pusat latihan penjagaan orang tua di Perak, iaitu di Tanjung Malim agar dapat melahirkan pekerja yang mempunyai pengetahuan cukup mengenai warga tua.
“Pelan National Care Economy and Ageing Community Preparedness” atau “Siaga Jaga” beliau ini bukan saja merancang untuk mengangkat sektor penjagaan ini, tetapi telah siap disusun rapi untuk mencapai kapasiti tersebut, melihat keperluan angka penjaga yang munasabah, pencukaian berkaitan dan insentif untuk majikan mengupah dan melatih warga tua yang masih sihat dan kuat kelak.
Maaf, saya belum melihat kesedaran dan kerapian begini dari mana-mana parti lain, kecuali dari DAP. Ada parti kerjanya menyamun wang negara, yang lain hanya layak melebai dan memegang tongkat masjid; kepekaan sebegini datangnya dari akal jernih dan pengalaman meluas yang canggih.
Anak-anak muda patut mengundi DAP dalam PRU mendatang, jika ini menjadi tawaran atau pelan pasca PRU15 gabungan parti PH. Ini kerana, menjelang 2056, mereka sendiri di ambang usia senja, manakala ibu bapa mereka, syukur akan panjang usia dan lebih terjaga. PRU15 ini, jangan perjudikan usia, nasib dan masa depan kalian.
Sudah tiba masanya nenek kita berhenti mengundi parti dan pemimpin yang tidak peduli pun mereka, atau hanya mempedulikan mereka ketika kempen pilihan raya dengan memberi sampul berisi RM200. Nenek kamu dan nenek saya perlu memilih parti dan pemimpin yang dapat menjaga mereka, dan diri kamu (kita) sendiri kelak.
Mengapa Nenek Anda Akan Undi DAP?
byAnak Sungai Derhaka
-
16
Minta maaf la bos. Orang melayu kena rasuah sikit atau kena tarbiah dgn ustaz di masjid /surau terus pilih melayu /islam tak kira betapa korup pun melayu islam itu. Dia tak paham pun apa yg bos tulis. Saya ada beberapa rakan yg macam ni. Pensyarah pun ada.
ReplyDeleteBoleh join dap, tak ada rasuah.
DeleteSebab itulah terowong mereka ghaib dan boleh minta 10% dari nilai projek.
Pendedahan demi pendedahan baru telah membuat Najib Razak mula dilihat sebagai hero dan semakiin disayangi. Sumpah laknat sedang mencari mangsa si fitnah jijik.
ReplyDeleteKenyataan saksi ke 39 kes 1MDB itu menyanggah 101% semua fitnah jijik paling celaka sial dari Tun Mahathir Mohamad menyatakan 'Arab Gila' saja yang derma 100 USD pada Najib. Link Arab Gila haah..!!
https://youtu.be/juV3aJMMH3I
So, Siapa Yang Pembohong? Najib Atau Dr Mahathir?
R Uma Devi Pengurus cawangan AmBank (M) Berhad Jalan Raja Chulan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah membuat pengeluaran tunai daripada dua akaun peribadi AmIslamic miliknya meskipun memiliki wang berbilion ringgit.
Namun, kini apabila kes 1MDB dibicarakan , pandangan rakyat sudah mula bertukar kepada pertanyaan , cemuhan dan sindiran kepada pihak pendakwa dan mahkamah.
Terkini , merata rata netizen bercerita berkenaan derma Arab yang selama ini diperlekeh dan diperbodohkan oleh sang fitnah jijik Tun Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan sebagai benar dan ujud , maka banyak ditularkan oleh netizen dan facebooker memaki hamun dan mencerca si fitnah jijik@Tun Mahathir Mohamad yang selama ini menipu mereka.
Atas mainan fitnah media PH yang melaporkan kenyataan fitnah Tun Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan yang suka bermain persepsi dan fitnah jijik.
“Trial and judge by media” gelaran 'penyamun' dan 'pencuri' dari awal lagi telah dimainkan oleh Tun Mahathir dan Pakatan Rakyat semaksimumnya lalu disambut oleh walaun fitnah jijik Tun Mahathir.
Saksi pendakwaan ke-37 itu bersetuju bahawa, tiada penyata pengeluaran tunai .
Pengurus AmBank (M) Berhad cawangan Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi, 43, yang mengesahkannya berdasarkan penyata bank berkata bekas perdana menteri itu juga tidak mengeluarkan sebarang cek atas namanya.
Pendedahan demi pendedahan menimbulkan banyak keraguan dan ubah persepsi awam terhadap kes Najib.
Kenyataan ini mengujudkan “uproar” dikalangan Masyarakat dan memberi kesan bahawa DSNR tidak pernah berbohong.
Kenyataan ini juga mengujudkan keraguan masyarakat terhadap barua paling renta Lee Kwan Yew iaitu Tun Mahathir dan kuda betina Tun iaitu Zeti Aziz.
Sayang ibubapa cerdik pandai Profesor DiRaja tapi anak beranak jadi Gabnor BNM sambil menyamun RM700 juta duit AMLA.
kah kah kah...surat pak arab puak jubori nak surat ori pulak dah... link bawah ni haah
ReplyDeletehttps://wrlr.blogspot.com/2022/10/surat-arab.html?m=0
No akaun nak Ori jugak ka...!?
Derma Pak Arab saksi ke 39 pegawai bank AmBank dah bagi tau Zety so urusan kira palsu ka...!?
Yang susah sangat nak angkut Zety dan Taufik ni apa pasal...!!???? Yang ni depa puak al juboori tak nak tanya ka...!?
Duit kuar masuk pakai tanda tangan palsu copy n paste hang tak mintak ori ka...
Guna otak bukan guna palo jubo bila nak bicara..
Penyamun dah dijatuh hukuman oleh mahkamah. Mat sakau(cekau) tetap lah penyamun. Tunggulah 12 tahun lagi. Kecuali orang melayu islam redho dgn penyamun. Dahlah kaki korup /rasuah depa pandang macam hero. Ajaran islam kitab mana yg melayu umno/pas/bersatu amal.
DeleteYang angkat atok penyamun sebagai pm selepas pru14 mungkin cukuuup redho kot.
DeleteDiambil pulak perasuah terowong ghaib sebagai penjaga wang negara mungkin org melayu islam dah insaf dan redho.
DeletePelaku lgbt nak diangkat sebagai pm rasanya puak melayu islam tu dah tak sedar kot.
DeleteKesian....pm tepi sampai mati rasanya.....
Ekonomi negara akan terus teruk jika pru tidak diadakan sekarang.
ReplyDeletePelabur tak yakin dgn dap/ph dlm mentadbir kerajaan.Tak stabil dan keputusan dibuat sering flip flop.
Ramai pelabur dikatakan masih menunggu selepas pru15 sebelum membuka langkah.
Ko ni hisap apa eh? Kerajaan skrg bukan kerajaan PH sebaliknya umno/pn. Berapa sen agaknya cytro umno/pn ni dibayar. Masih berkhayal nampaknya..... ha ha ha ha
DeleteMemang benar. Tapi sisa2 org ph masih menguasai jentera utama dlm pn. Pm ismail sabri kata lain, mantan menteri ph kata lain. Mcm mana pelabur takut nak melabur.
DeleteSama mcm era ph...atok kata lain, gone end kata lain. 24/7 bicara negara bangkrap. Akhirnya tercapai hajat atok dan dap/ph.
Anon 3:19 dan 3:22. Beza antara PH dan BN. PH sedar mereka dah tersilap BESAR bawa masuk Atok ke dalam PH. Atoklah punca utama kerajaan PH tak berfungsi sebg kerajaan PH. Sebaliknya dah jadi kerajaan Atok dan personnel PH sbg pak turut. Sebagai contoh, pengendalian program Maruah Melayu oleh Atok bukan kehendak PH tetapi kemahuan Atok semata2. Tetapi ahli politaik PH terlalu lemah utk menentang. Kesilapan BESAR itu telah diperbetulkan. Sekarang Atok direject habis2 oleh PH. Sebaliknya Bn selepas Najib diputuskan bersalah oleh mahkamah persekutuan terus bergantung kpd banduan mat sakau tak sanggup melepaskan talian hayatnya.
ReplyDeleteKedua, 'perasuah terowong' sehingga sekarang BELUM didapati bersalah oleh mana2 mahkamah. Jangan terlalu beremosi, gunalah akal fikiran anugerah Allah!
Dap dan ph. Dap nak khemah besar. Sotong kata tidak ada khemah besar. So nak bergantung pada siapa?
DeleteNajib dah diputuskan bersalah walaupun pendakwaan nampak berat sebelah. Rakyat tak bodoh.
Yg takut dgn najib mungkin dah lega kerans dia dipenjara tapi masih hilang tulur dgn pembubaran parlimen.
Sebenarnya bukan najib yg jadi masalah kpd ph tapi ketongongan ph sebaik menjadi KERAjaan masih menghantui ph.
Pantang diberi kuasa bagai beruk dapat bunga.
Menang pru14 pon kerana aura atok. Nak harapkan sotong kaki fitnah dan nuar mahupun perasush terowong, rasanya sukar.
Mungkin perlu minum banyak minyak sawit baru ada kekuatan baru.
slot deposit dana, slot deposit dana tanpa potongan, slot dana, slot depsoit dana 10000, slot online, slot, slot deposit dana gampang menang, slot deposit dana 2022, slot depsoit dana hari ini, link slot deposit dana.
ReplyDeleteGoreng mamak Kerala sampai ke Peranchis. Jangan malukan dan salahkan Polis Peranchis kalau PDRM yg tido.. bodoh tak bole diajar.. pandai lansung tak ado..
ReplyDeleteKhairuddin Hasan balaci Atok kenyataan wartawan luar negara Tom Wright dan Bradley Hope tidak tepat serta tidak berasas sama sekali.
https://www.thethirdforce.net/wartawan-sah-berbohong-saya-sendiri-hadir-buat-laporan-di-ibu-pejabat-fbi-perancis-minta-jejak-jho-low/
Kidin Asan balaci kuda tua Tun Mahathir dakwa dia sendiri telah pergi membuat laporan ke Ibu Pejabat FBI di Leon, Perancis serta merekodkan laporan bertulis kepada pihak CIA di New York, Amerika Syarikat untuk meminta pihak penguatkuasa undang-undang ini menyiasat kes skandal 1MDB seterusnya menjejaki penyangak Jho Low untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu iaitui Tun Dr Mahathir Mohamad, saya terbang buat kali kedua ke Ibu Pejabat FBI di Peranchis dan Ibu Pejabat CIA di New York untuk terus berusaha menjejaki Penyangak Jho Low untuj cuba sedaya-upaya membawa beliau pulang ke Malaysia..
Masa Tun jadi PM ex IGP lantikan Tun Amit Bedul kata Jho Low jadi beruanggg..puiiii
Goreng mamak Kerala sampai ke Perancis Llon nak tangkap Jho Low...!!
Agak agak sikit lah kau nak goreng mamak ni.. PDRM ya tido takkan nak malukan dan salahkan Polis Perancis pulakkk...!! Alahaiiii
Goreng mamak dah tak laku dah tekak rakyat dah kembang meluat nak muntah..!!
Orang bodo walaun Tun saja yang percaya goreng mamak ni..
#gorengmamaksmpiperanchispuiii
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!