Najib Antara Calon Parlimen Pekan?

NAMA bekas perdana menteri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara, turut dimasukkan dalam senarai calon berpotensi untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Ketua Bahagian Umno Pekan Zamri Ramly yang mengesahkan perkara itu, berkata Najib antara lima nama yang dicalonkan oleh bahagian itu.

Zamri berkata mereka tidak mencalonkan mana-mana anak Najib sebagai calon di kawasan itu dan mendakwa Pekan akan dikembalikan kepada Najib jika beliau menerima pengampunan diraja.

“Tidak ada cadangan untuk meletakkan anak Najib bertanding di kerusi Pekan walaupun jika Najib tidak layak bertanding.

“Sebaliknya, siapa yang terpilih akan memulangkan kerusi itu kepada Najib jika beliau menerima pengampunan diraja,” kata Zamri dipetik daripada Utusan Malaysia.

Najib mempertahankan kerusi Parlimen Pekan selama 10 penggal.

Zamri bagaimanapun tidak mendedahkan empat lagi nama calon.

Walaupun anak Najib iaitu Nizar dan Nooryana Najwa tidak dicalonkan untuk Pekan, beliau berkta Nizar yang juga ketua Pemuda Umno Pekan, dicalonkan bagi kerusi DUN di Parlimen Pekan.

Terdapat empat kerusi DUN di Pekan iaitu Chini, Bebar, Peramu Jaya dan Pulau Manis.

Keluarga Najib memegang kerusi Pekan sejak 1959, kecuali bagi satu penggal dari 1982 hingga 1986 ketika Najib menteri besar.

Bapa Najib, Abdul Razak Hussein menang di Pekan dan menjadi ahli Parlimen di situ hingga kematiannya, dan kemudian diambil alih oleh Najib.

Najib pada masa ini menjalani hukuman penjara 12 tahun susulan sabitannya dalam kes SRC International dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.

Beliau memfailkan semakan untuk membatalkan sabitan itu dan memohon pengampunan diraja ~ The Malaysian Insight

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Rulez Of Law Kerala.

    Lepas PRU 15 suma musang, anjing, biawak, cipan dan lipan Tun Mahathir di semua agensi perlu dibersihkan.

    Agensi seperti SPRM, PDRM, AG, LHDN Gabenor BNM semua haiwan haiwan kartel mafia Kerala@Tun Mahathir perlu dibersihkan dalam agensi tersebut..!!

    Tan Sri Rohana binti Yusuf selaku Presiden Mahkamah Rayuan

    Perhatikan bahawa tiada syor untuk jawatan Hakim Besar Malaya kerana jawatan itu tidak kosong ketika itu kerana Ahmad bin Haji Maarop baru dilantik ke jawatan itu hampir setahun yang lalu pada April 2017.

    Tetapi pada 18 Jun 2018, Mahathir menulis semula bahawa beliau telah memutuskan pelantikan berikut:
    1. Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara
    2. Ahmad bin Haji Maarop sebagai Presiden Mahkamah Rayuan
    3. Zaharah binti Ibrahim sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya

    Mahathir benar-benar melanggar undang- undang dengan menukar sepenuhnya semua calon yang disyorkan oleh JAC pada 2018!

    Oleh itu, Ahmad bin Haji Maarop kemudiannya telah dinaikkan pangkat menjadi Presiden Mahkamah Rayuan seterusnya mengosongkan jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.

    Zaharah binti Ibrahim kemudiannya dilantik oleh Mahathir ke jawatan itu walaupun dia tidak pernah disyorkan oleh JAC dan mengangkat sumpah pada 17 Julai 2018 walaupun akan bersara mandatori dalam masa kira-kira 10 bulan.

    Pada Mei 2019, Zaharah bersara.

    Beliau kemudiannya dilantik oleh Guan Eng sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia - jawatan yang disandangnya selama 5 bulan sahaja sehingga beliau digantikan selepas kejatuhan kerajaan PH.

    Bagaimanapun, dua soalan yang ramai ingin tanya Zaharah ialah:

    1. Mengapakah anda menggantikan Hakim Sofian dengan Hakim Nazlan sebagai salah satu keputusan utama pertama anda selepas dilantik sebagai Hakim Besar Malaya? Atas dasar apakah keputusan ini dibuat?

    2. Adakah ini keputusan anda sendiri atau adakah anda ditanya oleh mana-mana orang lain termasuk PM baharu atau CJ baharu ketika itu?

    Lim Sian See

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post