Orang Melayu Jangan Diperbodoh Pemimpin Politik..

Masalah orang Melayu memang kerap dibincangkan dalam pelbagai peringkat, tetapi hingga kini masih belum menunjukkan sebarang perubahan signifikan.

Baik ketika atau selepas dijajah dan memperoleh kemerdekaan, isunya masih berputar pada perkara hampir sama, iaitu pendidikan, pekerjaan dan pegangan ekonomi.

Tidak sedikit pemimpin Melayu pernah mengupas masalah itu secara tuntas. Antaranya, Datuk Onn Jaafar yang amat kritis membahaskan isu orang Melayu ketika memimpin pelbagai penerbitan akhbar.

Namun, walaupun dilanda pelbagai masalah belum selesai, apa boleh dianggap sebagai penyelamat membolehkan orang Melayu masih bernafas lega adalah kuasa politik dan memerintah masih dalam genggaman orang Melayu.

Orang Melayu berpegang keyakinan kuasa memerintah akan kekal dan sukar digugat memandangkan negara ini majoritinya adalah mereka.

Ditambah Perlembagaan Persekutuan jelas dan tegas menyebut kedudukan atau keistimewaan orang Melayu, maka mereka tidak gusar terhadap risiko kehilangan kuasa politik untuk memerintah bagi tempoh lama.

Namun, pemikiran begini ada risiko dan implikasi buruk tersendiri. Rasa selesa menyebabkan orang Melayu cukup mudah percaturan dan mengambil enteng dengan kesalahan dilakukan.

Konsep politik naungan dipraktikkan UMNO menyaksikan bagaimana politik dan perniagaan menjadi saudara kembar hampir tidak mungkin dipisahkan.

Konsep ini mengukuhkan UMNO di persada kuasa sebagai kerajaan Persekutuan dalam tempoh enam dekad. Hampir sukar orang Melayu boleh menjadi peniaga berjaya jika tiada kaitan dengan UMNO.

Barangkali, disebabkan konsep politik beginilah, walaupun kerajaan melancarkan pelbagai program ekonomi bertujuan membantu rakyat, hasilnya hanya dinikmati pihak tertentu sahaja.

Adakah ini salah dari segi undang-undang atau tidak, ia terbuka dan perlu dibahaskan dalam kalangan cerdik pandai. Namun, hakikatnya selepas enam dekad, sukar kita menyatakan orang Melayu berada pada tahap membanggakan, sebaliknya muncul pelbagai masalah baharu menghambat orang Melayu.

Mungkin tidak ramai bersetuju, tetapi menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui orang Melayu masih dibelenggu dengan kemiskinan.

Malah menurut beliau, kemiskinan berpunca daripada banyak tanah terpaksa dijual kepada orang bukan Melayu.

RASUAH PUNCA KEMISKINAN TERUS MEREBAK

Namun, jika kita merujuk kepada titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 22 September lalu, baginda bertitah dengan tegas meletakkan rasuah sebagai punca kemiskinan terus merebak.

Selain menatijahkan kemiskinan, rasuah juga, titah baginda, menyebabkan kemunduran terus melanda, pertumbuhan ekonomi terbantut, menghilangkan minat pelaburan asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga.

Lebih memburukkan keadaan, hak rakyat menikmati perkhidmatan kerajaan seperti kesihatan dan pendidikan juga dinafikan.

Bukan sesuatu menghairankan apabila kita melihat sebuah negara atau negeri memiliki kekayaan khazanah, tetapi nasib penduduk tidak berubah, malah infrastruktur awam seperti jalan raya, sekolah dan jambatan seolah-olah berada pada zaman prakemerdekaan.

Mengubah sesuatu dianggap norma tentulah menuntut komitmen cukup besar. Begitu juga rasuah. Terpekik menolak rasuah sahaja tidak cukup untuk memastikan jenayah ini dihentikan.

Namun, harus diingatkan, sikap sambil lewa dan mengambil mudah terhadap jenayah rasuah akan menyebabkan bukan sahaja rakyat, bahkan negara berisiko musnah.

Demikian titah Sultan Nazrin menegaskan apabila tiada kesungguhan membanteras rasuah, perlakuan itu akan tumbuh melebar, subur membesar, lalu diterima sebagai norma dan akhirnya meresap menjadi budaya, akhirnya memusnahkan negara bangsa.

LAKSANA PROGRAM CELIK POLITIK

Justeru, langkah pemulihan wajar diambil segera. Sultan sudah bertitah, maka giliran rakyat menjunjung perintah. 

Bagi menghadapi situasi cukup meruncing ini, tentulah orang Melayu dalam dilema kerana mereka menganggap perubahan hanya boleh dilaksanakan pemimpin sahaja.

Malangnya, orang Melayu berpecah-belah kerana perbezaan parti politik pelbagai ideologi walaupun dipimpin mereka memiliki anutan agama dan bangsa sama.

Mendepani kesulitan dan krisis ini, cendekiawan perlu membantu rakyat membincangkan model kepemimpinan baharu mempunyai kualiti melakukan perubahan dan berwatak sebagai pendidik atau murabbi.

Watak guru atau pendidik tentunya inginkan golongan dididik menjadi manusia berguna dan bermaruah serta boleh diharapkan menjadi aset negara.

Oleh itu, program celik politik perlu dilaksanakan untuk menyedarkan orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya agar memiliki keupayaan menilai serta memilih, sekali gus mengangkat pemimpin berwibawa dan bermaruah demi menyelamatkan masa depan negara.

Mohd Arif Juhani Abdul Rahman 
Ahli Sekretariat Inisiatif Melayu Bermaruah (IMB)

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mungkin tidak ramai bersetuju, tetapi menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui orang Melayu masih dibelenggu dengan kemiskinan.

    Malah menurut beliau, kemiskinan berpunca daripada banyak tanah terpaksa dijual kepada orang bukan Melayu.

    22 tahun 22 bulan ini itu lah masa orang tua celaka tu gadai tanah dan pulau... terkini pulau batu putih.

    Tak ke celaka sial nama nya tu

    ReplyDelete
  2. Brown Flesh Vibrator says: Kesedaran politik kesan apa yang di"dedahkan" oleh Allah swt ialah untuk rakyat pengundi memilih calon bebas. Wakil rakyat dari mana2 parti akan terikat jadual hidup harian dan tugas pada presiden, jawatankuasa tinggi dan parti. Setiap dasar dan keputusan mereka ini akan mengikat wakil rakyat hatta bertembung dengan kepentingan rakyat. Tengok YB Norliza di P.Pinang sbg contoh. Kesian dia. Apalagi arwah TS Khalid Ibrahim. Wakil rakyat selepas menang automatik menjadi pemalas culas dan engkar tugas. Menggunakan alasan:- jumpa presiden, mesyuarat parti, mesyuarat JKT, mesyuarat biro parti, ikot kempen, ikot presiden dan macam2 untuk tidak berada di kawasan dan pejabat. Berapa kali dalam setahun rakyat boleh jumpa adun ni? kalau jumpa pon secara terserempak di mana2 majlis terutama majlis serah bantuan, kalau tak, kematu muka kita jumpa setiausaha dia.

    Lagi satu, rakyat pengundi wajid memulaukan adun jika terserempak. Mereka ini hanya mencari mileage utk kemasyuran demi survival politik semata. Jangan dijulang disembah tak tentu hala. Buat macam negara Barat yang buat tak heran dan buat tak tau dengan adun2 ni. Adun2 ni perlukan kita, bukan sebaliknya. Dia patut hormat dan sanjung rakyat. Ini asas kepimpinan bermasyarakat dalam Islam. Say. Umar al Khattab sendiri balik ke Baitulmal pikul guni gandum masak dan suap makanan untuk anak-anak yang lapar itu. Malah, junjungan kita Rasulullah saw sendiri mengikat perut dengan batu dan dapur tidak berasap tiga hari kerana tidak ada makanan. Adun kita?

    Sudah tiba masa sistem pemerintahan kita wajib ditimbal balik iaitu PEMIMPIN WAJIB DENGAR SUARA / KELUHAN RAKYAT sekurang2nya sebulan sekali. Khalifah ar Rasyidin telah mengamalkan benda yang sama terutama Say Umar al Khattab. Itulah punca kenapa adun semakin bongkak semakin kaya semakin berlagak kerana seolah tiada kewajipan bagi mereka untuk berjumpa dan mendengar rakyat secara berkala dalam satu jadual khas, bukan rakyat yang terpaksa keluar duit ke pejabat adun tapi hanya jumpa p.a atau pegawai khas sahaja.

    Perjumpaan berkala berjadual ini juga penting untuk adun memastikan jentera p.b.t dan yang berkaitan melaksanakan tugas mereka. Yang amat penting ialah pejumpaan ini adalah untuk rakyat menegur adun dan ajensi berkaitan demi penambahbaikan dalam acuan Islam terutama sekali. Bantuan dapat disalur dengan tepat dan segera kepada golongan yang dikenal pasti samada bantuan jangka pendek dan panjang.

    Adun bukan tak tahu. Saje malas sebab lebih baik jumpa peniaga di lounge hotel atau lawatan k tapak projek atau tanah yg bakal dijual untuk menira berapa komisen yang patut dikenakan.

    Memang celaka bangsat keparat dan sial para pemimpin dan orang politik ni. Semoha Alla swt menarik segala keberkatan di dunia dan akhirat selagi mana mereka ini abai tugas tanggung jawab dan amanah.

    ReplyDelete

  3. Hi everyone As a student, I, Slade, also require assignment assistance. Whenever I do my uni assignment, I turn to the report help service to procure the greatest assignment from the best writer.

    ReplyDelete
  4. My name is Jerry Henry, and I am a student. I'm reading a just finished article. Excellent Please accept my thanks for your help. Political leaders should not deceive Malaysians, according to the title of this article. Knowing these details will assist all students. I sincerely hope that these suggestions are useful to you in the future. Excellent article with all of the essential information. However, I am currently looking for MA Education Dissertation Topics services for my job. The webpage is educational in my opinion. It should, in my opinion, be a resource for pupils. And now, finish your schoolwork.

    ReplyDelete
  5. I visit each day a few websites and blogs to read posts, however, this webpage offers quality-based writing and reviews. Thank you so much for sharing. tops nd and hnd admission forms out

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post