Parlimen Bubar Petang Ni?

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan pembubaran Parlimen petang ini.

Mengikut jadual hari ini, Ismail Sabri akan menghadiri Perhimpunan Agung MIC Di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada jam 2.30 petang.

Dan sudah tentu pengamal media masih menunggu sama ada pengumuman itu dibuat dalam majlis sama atau program berasingan.

Sinar Harian sebelum ini difahamkan, Ismail Sabri telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Ahad untuk memohon pembubaran Parlimen sejurus sebelum baginda berangkat ke London, pada malam Ahad.

Al-Sultan Abdullah dijadual membuat kunjungan hormat kepada Raja Britain, Raja Charles III dalam lawatan khas baginda ke London bermula esok hingga 16 Oktober ini.

Ismail Sabri dijangka mengadakan pertemuan dengan jemaah menteri dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi memaklumkan bahawa beliau sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sekali gus memberi laluan kepada PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Adalah difahamkan juga Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan Yang di-Pertuan Agong berkenan membenarkan Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Jika pengumuman pembubaran Parlimen dibuat petang ini maka senario ini lebih kurang sama dengan situasi pada 1999.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran Parlimen sekitar 10 November, selepas bajet dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober.

Secara logik, beberapa petunjuk yang memberi bayangan bahawa PRU15 tetap akan diadakan dalam masa terdekat sebenarnya secara tidak langsung telah jelas kelihatan.

Contoh pertama, Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, telah berkuat kuasa bermula 5 Oktober lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Akta A1663 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan pada 6 September lalu.

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hanya Melayu boleh tolong Melayu

    Pemimpin Acah Acah Power Melayu Islamik menguasai negara hampir 22 tahun 22 bulan. Tak ada kuasa terpekik terlolong cari Melayu. Bila tak ada kuasa cari Melayu hasut Melayu tangkap Jho Low, bila ada kuasa nak cari Cina Jho Low buat buat bodoh. Macam sial..!!

    Bila ada kuasa maki hamun dan sindir sindir bangsa Melayu. Bila berkuasa kroni kaum Cina dia bela. Bole bagi Pulau pada anak Lee Kwan Yew. Celaka sungguh punya pemimpin..!!

    Melayu tahu bahawa selama ini tangan-tangan Melayu yang merosakkan Melayu dan apa jua berkaitan dengannya, meskipun keistimewaan tersebut ada dalam Perlembagaan.

    Ultra kiasu hanya mengambil kesempatan. Melayu sendiri yang merosakkan agama, bangsa dan negaranya sendiri.

    Kita menyeru, Melayu menjaga apa jua perkara berkaitan dengannya seperti agama, bangsa, bahasa dan negaranya. Perkara tersebut tidak berlaku.

    Kita tak perlu pada pemimpin jenis Melayu celaka acah acah power Islamik. Pemimpin Acah acah PowerPoint Melayu Islamik dalam diam jadi penyokong Gay , LGBT, Pluralisma Murtad Syiah dan COMANGO Liberal. Ini semua Melayu tak guna pemimpin yang perlu dijauhkan. PRU 15 ini lah masa hapuskan semua pemimpin macam ini.

    PRU 15 adalah pengakhiran pada pemimpin celaka species jenis ini..

    ReplyDelete
  2. My name is Jerry Henry, and I'm a student. I'm now reading a newly completed work. Excellent Please accept my gratitude for your generosity. Is Parliament going to be dissolved this evening? The title of this post is These data will assist all students. I genuinely hope you find these recommendations beneficial in the future. Excellent post with all of the necessary information. However, I am now looking for MA Education Dissertation Topics help with a job. The webpage, in my opinion, is educational. Students, in my opinion, should use it as a resource. And for the time being, finish your schoolwork.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post