SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat isu mahkamah yang menyelubungi Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mempengaruhi kempen parti itu dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Penganalisis politik merangkap Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, kes mahkamah itu sedikit sebanyak pasti akan mencalar imejnya dan parti walaupun kes tersebut masih belum muktamad.
Katanya, isu tersebut dibimbangi akan menyebabkan pengundi muda melihat Syed Saddiq sebagai pemimpin yang turut dipalit isu rasuah.
“Syed Saddiq selama ini dilihat sentiasa membawa isu tadbir urus yang baik dan antirasuah, namun beliau juga dipanggil ke mahkamah berkenaan isu ini.
“Apapun rakyat dan pengundi perlu bersikap adil terhadap beliau kerana kes ini belum muktamad. Beliau masih ada peluang membersihkan imejnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Syed Saddiq yang juga penyandang Ahli Parlimen Muar diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan perkara itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, kes yang menimpa Syed Saddiq ini akan menjadi ‘peluru’ dan modal kempen kepada lawan politiknya.
“Isu ini akan menjadi beban kepada Syed Saddiq, Muda dan PH. Beliau adalah tokoh kepada orang muda dan platform kepada kemasalahan golongan ini.
“Jika seperti Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, beberapa pemimpin mengambil keputusan tidak bertanding kerana terlibat dengan kes di mahkamah. Tapi dalam isu Syed Saddiq ini, mungkin dia akan tetap bertanding,” katanya.
Kata Mujibu lagi, Syed Saddiq mungkin juga boleh menggunakan kes ini sebagai modal berkempen.
“Mungkin beliau akan menggunakan alas an ‘play victim’ (jadi mangsa), teraniaya dan macam-macam lagi untuk meraih simpati,” katanya.
Syed Saddiq, berdepan empat tuduhan, yang pertama didakwa bersubahat dengan Rafiq yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan berkenaan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020 dan dituduh mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang itu.
Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, di antara 8 hingga 21 April 2018 dan dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang, masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, hasil aktiviti haram.
Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru, pada 16 dan 19 Jun 2018 ~ SH
Syed Saddiq Akan Jadi Beban Kepada PH
byAnak Sungai Derhaka
-
5
TALKIN UNTUK TUN MAHATHIR DAN GTA
ReplyDeleteHari penamaan calon ada kira-kira seminggu lagi. Usaha GTA untuk bergabung dengan pakatan PH, PN semuanya temui jalan maut.
So Noww..
Marilah kita Baca Talkin untuk GTA dan Tun Mahathir Mohamad yang cobaan nya utk mencari rakan kerjasama bagi GTA gagal. Suma usaha GTA dan Tun nampak nya terus menemui jalan buntu dan jalan mati.
Wahai GTA dan Tun Mahathir Mohamad penegasan dari Mahiaddin tiada gabungan GTA dan PN semalam adalah benar.
Wahai Tun Mahathir dan GTA bahawa PN dan PH tidak akan bekerjasama dengan GTA adalah benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belako..
Wahai Tun Mahathir ahli politik toksik yang seharusnya dijauhi, bukannya didekati juga adalah benar. Ramai yang sudah lokos tubuh badan kena kencing PRU 14 dolu juga adalah benar benar belako..
Wahai Tun Mahathir dan GTA tidak memberi apa-apa nilai tambah, baik kepada PH mahu pun PN, sambil GTA menumpang kekuatan dua gabungan adalah juo benar benar belako..
Wahai Tun Mahathir dan GTA PRU 15 kali ini adalah Jalan mati menuju kubur besar sedang menanti mu wahai Tun Mahathir , Boboi dan Tun Daim serta semua anak cucu dan kroni kartel Mafia Kerala adalah benar benar belako..
Wahai Tun Mahathir Bin Mohamad, kematian GTA itu adalah benar, kematian boboi di kerusi Jerlun juga adalah benar, kematian kamu di kerusi Langkawi juga adalah benar malah tiada yang benar kecuali benar belakoo.
Wahai GTA dan Tun Mahathir Mohamad Jika datang Pengundi berdaftar SPR di hari pengundian PRU 15 nanti kepada kamu jangan lah kamu rasa takut dan gementar, mereka juga adalah makhluk Allah SWT belako..
Wahai Tun Mahathir Katakan dalam hati kamu dan pengundi yg mengundi dengan jujur dan berkata benar lah kerana mereka pengundi berdaftar SPR juga sedang menghumban kamu ke pintu pintu mahkamah lepas PRU 15 nanti juga adalah benar..
Wahai Tun Mahathir Jika pintu mahkamah sudah terbuka selepas PRU 15 jangan lah kamu takut dan gementar mereka juga makhluk Allah belakoo..
Wahai Tun Mahathir Jika pintu mahkamah sudah terbuka luas selepas PRU 15 jangan lah kamu takut dan gementar, jangan cuba lari kerana mereka juga makhluk Allah belako. Jawab lah dengan lidah bercabang mu dengan lancar dan fasih 'Saya tak tahu, bukan salah saya dan Melayu Mudah Lupe'
Wahai Tun Mahathir Kematian semua calon calon GTA dan hilang wang deposit juga benar.. tiada yang benar kecuali benar belakoo..
Wahai Tun Mahathir Bin Mohamad Jangan lah kamu rasa takot sebab mereka juga adalah makhlok Allah yang sanggup dikuda tunggangan kamu juo ado nyo... Mereka semuo adalah pengikut kamu yang buta tuli mato hati hendaknyo... Itu juga benar belako..
Wahai pengikut Tun Mahathir dan GTA bila mahkamah jatuh hukum dihari selepas persaksian pengundi PRU 15 nanti. ..Pesan juo pada mereko jawab lah dengan lidah bercabanh kelian dengan lancar lagi fasih 'Kami Tak Tahu, itu Bukan Salah Kami dan Kami Mudah Lupo'.
Wahai Tun Mahathir Bin Mohamad didepan kamu hanyalah jalan mati, serta laluan menuju ke “pusara kematian” semakin terbentang luas buat GTA selepas saja hari pengundian PRU 15 ini.
Wahai Tun Mahathir Bin Mohamad jika Zety, Taufik, Nik Faisal Jho Low Tommy Tomas sambil menari Twist dibawa ke mahkamah lepas PRU 15 jangan lah kamu rasa takajut, cemas, terdesak dan gelabah.
Depa suma hanya alat kamu memfitnah jijik musuh musuh mu, deme suma makhlok Allah belako...
Kami serahkan depa semua urusan deme semua kepada yang Maha pencipta yang lagi maha kuasa hingga ke hari pembalasan di mahkamah selepas PRU 15 nanti.
Kami ucapkan selamat tinggal pada GTA dan Tun Mahathir pada maha pencipta kamik serahkan pada Mu untuk deme semua berbondonh bondong di hari bangkitnya rakyat melihat kamu ke mahkamah selepas PRU 15 nnti hendaknya. Aminn
Patihah
Semoga legasi tamak haloba atok terkubur slps pru15.
DeleteSemoga sempat dia melihat kehinaan dirinya sblm nafas terakhir.
Hina atas rasuah dan salahguna kuasa.
Hina kerana menjatuhkan kawan dan lawan demi kuasa.
Hina kerana kencing mandat yg rakyat telah amanahkan.
Hina kerana menjadi munafikun.
Semoga Terkubur Terus Legasi Tamak Haloba Atok Yg Kucar kacirkan Negara bersama Konco2nya!!!!
Syed Sadiq oklah,tapi pemimpin yg muda2ni ,Masih hinggusan dalam politik,tak Tahu Arab tuju ,skrg ni mereka berebut jawatan ,ini belum menang lagi,sepatutnya jadi sayap pemuda plus ke utk pH ,bg 1 kerusi kat Syed Sadiq sudah la,itupun nak pertahan atok lagak hinggusan ya x nak beri kpd anuar take over..last2 jatuh ph
ReplyDeleteSiapa tak kenal atok. Mana dia nak dikudakan oleh sesiapa. Mahafiraun.
DeleteJatuhkan kerajaan ph dan bercita2 mewujudkan kerajaan perpaduan di mana dia berkuasa penuh mcm 22 tahun.
Kalau ikhlas kata tiada sokongan kenapa tak serah pada wan azizah.
Inilah dia bila gila sangat dengan kuasa dunia. Semuanya demi anak, waris, proksi dan kroni.
Selamatkan negara cuma retorik atok agar rakyat percaya. Disebaliknya makin hancur selama 22bulan.
Semoga legasi kaya dan tamak atok berkubur selepas pru15 nanti. Biar dia sedar harimau asia cuma harimau munafik yang berjuang demi kekayaan anak, waris proksi dan kroni.
Sadik tu bodoh dan poyo. Penjilat tegar atok. Berlakon suci macam atok. Berhujah jer hebat. Keja macam sial. Semua nak ditunjuk pada masyarakat. Nampak tak ikhlas.
ReplyDeleteDah ada kes mahkamah tu baik tak payah bertanding. Buat malu jadi perasuah parti.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!