Tol Sungai Nyior Masih Di Situ.. Kini Dia Janji Nak Hapus Tol PLUS Pulak?

Suatu masa lalu.. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng disarankan supaya meneliti kembali kedudukan tol Sungai Nyior yang diterajui oleh kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, kata Ketua AMK Pulau Pinang, Fahmi Zainol.

Jelasnya lagi, dulu semasa menjadi pembangkang isu pemansuhan tol Sungai Nyior menjadi perdebatan hangat sehingga memberi kemenangan kepada PH dalam Pilihan Raya Umum ke 14.

Sehubungan itu katanya, janji untuk memansuhkan tol tersebut harus direalisasikan kerana ia berada dalam negeri Pulau Pinang.

“Rakyat senantiasa memerhatikan setiap tindakan kita sebagai kerajaan negeri maupun kerajaan pusat.

“Sehubungan itu sekiranya isu yang telah diperjuangkan sejak sekian lama terbukti mampu memberi dokongan dan keyakinan rakyat kepada PH, maka ianya mesti direalisasikan.

“Semasa menjadi oposisi dan Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini, Guan Eng acapkali memperjuangkan serta memperkatakan mengenai pemansuhan tol Sungai Nyior sekiranya kepimpinan berjaya berubah, maka ianya mesti dilaksanakan secepat mungkin,”ujarnya lapor MalaysiaDateline

Dan hingga sekarang Tol Sungai Nyior itu masih berdiri megah di situ.. Kini Guan Eng berjanji lagi.. dia nak hapuskan Tol PLUS pulakdah..

PETALING JAYA: Pengerusi DAP Lim Guan Eng berjanji tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) akan dimansuhkan jika Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

Pada majlis makan malam kempen sebelum PRU15 di Jelapang, Perak, semalam, Lim berkata, PH telah mengurangkan bayaran tol untuk lebuh raya itu sebanyak 18% semasa ia memerintah selama 22 bulan.

Menurut China Press, bekas menteri kewangan itu berkata, PH “boleh memansuhkan tol” di lebuh raya jika ia mendapat masa lima tahun lagi menjadi kerajaan.

Lim sebelum ini dipetik berjanji perkara yang sama pada 2017, sebelum kemenangan bersejarah PH pada 9 Mei 2018. Bagaimanapun, kerajaan PH digulingkan selepas hanya 22 bulan memerintah.

Pemansuhan tol di lebuh raya adalah antara janji gabungan itu untuk PRU 2018, dengan PH berkata, ia akan dilakukan “secara berperingkat”.

Pada 2020, kerajaan PH ketika itu melaksanakan pengurangan tol sebanyak 18% di lebuh raya itu, menyatakan ia selaras dengan manifestonya.

Lim turut menyebut pelbagai masalah yang melanda negara ketika ini, seperti kegawatan ekonomi dan skandal kapal tempur pesisir (LCS). Malaysia memerlukan kerajaan yang mampu menguruskan isu-isu ini, katanya.

Beliau menggesa pengundi menyokong PH supaya ia boleh membentuk kerajaan dan pengerusi gabungan itu, Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri seterusnya.

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mantan menteri ph antara yg paling bangang dan tongong.

    Rakyat dijanjikan hapus tolOL.
    Apa yg rakyat dpt adalah tolOL dilanjutkan sehingga berpuluh tahun lagi oleh phanceng.

    Ingat mudah nak hapus tolOL kalau perjanjiannya dah disambung semula oleh si kencing tongong?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tol tak boleh dihapuskan sebab PM masa tu ialah Tun M. Tun M nak jaga kroni2 dia. Sebab itu PH tak terima bergabung dgn Tun M kali ini. In Sya Allah jika dsai jadi PM kali ini, semua janji utk bantu rakyat boleh ditunaikan

      Delete
  2. "Hari ini menang..esok minyak turun" Turun kepala bapak kau le anwar

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post