UMNO Nak Bubar Parlimen Hari Ini?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang diadakan sebagai persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO dilihat memakai baju warna merah berlogo parti tiba pada pukul 2.40 petang dan diiringi beberapa pemimpin UMNO.

Berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), perjumpaan melibatkan 764 pemimpin sayap 191 bahagian yang terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO.

Dijangka pertemuan khas berkenaan akan membincangkan segala persediaan parti termasuk daripada segi calon dan jentera.

Turut hadir, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pada minggu lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum (PRU) pada tahun ini juga.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, susulan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Anak Sungai Derhaka" is a Malay novel written by the renowned author A. Samad Said. The novel explores themes of rebellion and betrayal among the characters, set against the backdrop of a river. It is considered a classic in Malay literature and is often studied for its rich narrative and social commentary.
    abogado inmobiliario
    big truck accident lawyer

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post