Agak-agaklaa Nak Buat Perbandingan Tu Sam Oiii...

PETALING JAYA: Pencalonan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin sebagai wakil Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Bagan Datuk menunjukkan beliau tidak gentar walaupun berdepan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, meskipun berdepan tanggapan calon luar, penyandang Parlimen Hang Tuah Jaya itu tidak menolak pengundi kawasan itu akan memberikan sokongan kepadanya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, ini kerana perkara itu bersandarkan penerimaan kerabat kesultanan Melaka, Sultan Mudzaffar Shah menjadi Sultan Perak yang pertama.

“Ramai kata saya giant killer (selepas menewaskan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam di PRU14), tetapi saya fikir perlawanan ini berbeza kera­na di Melaka tempat saya lahir dan belajar, manakala di Perak bukan tempat saya.

“Namun, dari segi sejarah menunjukkan Sultan Perak yang pertama adalah Sultan Mudzaffar Shah dari Melaka, jadi ada konteks sejarah (dengan) saya dari Melaka datang ke Perak.

“Cuma ini bukan perlawanan mudah, Presiden UMNO itu mempunyai banyak kelebihan, 27 tahun jadi Ahli Parlimen di sini, maka sudah pasti lebih arif (isu) tempatan di kawasan ini, tetapi saya lihat pertambahan pengundi muda sebanyak 13,000 tentu membantu kerana saya jauh lebih muda dan isu anak muda dekat dengan saya.

“Jadi, kita akan beri tumpuan sepenuhnya kepada pengundi muda kerana yakin kalau mereka keluar mengundi dengan ramai, segalanya mungkin di Bagan Datuk,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

PRU14 lalu, Ahmad Zahid menang Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti undi sebanyak 5,073 undi, dengan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu dimenangi BN dengan DUN Rungkup mendapat majoriti 3,069 undi, manakala DUN Hutan Melintang hanya memperoleh 741 undi.

PENGUNDI

Selain pertambahan pengundi muda, Parlimen Bagan Datuk pada PRU15 kali ini menyaksikan rakyat di kawasan itu merupakan pengundi campuran yang terdiri daripada 58 peratus pengundi Melayu dan 42 peratus pengundi bukan Melayu yang seimbang meliputi pemilih Cina dan India.

Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, pihaknya juga tidak menolak tetap mempunyai peluang untuk menawan Parlimen Bagan Datuk terutamanya dengan sokongan pengundi yang merasakan Ahmad Zahid sudah terlalu lama menjadi Ahli Parlimen, tetapi tidak melaksanakan banyak perubahan.

Katanya, ini kerana timbul keluhan sepanjang dua minggu di kawasan itu berkaitan isu-isu program yang sepatutnya dijalankan lebih rancak ketika Ahmad Zahid menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi pembangunan komprehensif itu didakwa tidak berlaku.

“Contohnya (program) bot pelancong kerana kerusi ini kawasan nelayan dan pelanco­ngan pantai. Malah, kebanyakan program-program pelancongan ini juga tidak menyeluruh, maka orang Melayu tidak dapat manfaat sepenuhnya sebab itu saya hairan kenapa tidak ada program khusus sedangkan (Ahmad Zahid) adalah Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO sebelum ini.

“Produk-produk pelancongan pembangunan ekonomi bumiputera juga nampak begitu laih, tidak seperti digambarkan ini merupakan kubu UMNO, masih jauh ketinggalan dari tempat pelancongan lain.

“Kita boleh buat perbandi­ngan Parlimen Hang Tuah Jaya dan kawasan ini…dua-dua kawasan pelancongan, tetapi seolah-olah Ahmad Zahid tidak begitu cakna sepanjang 27 tahun jadi Ahli Parlimen,” ujarnya.- UTUSAN

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post