Game Dah Over La Muhyiddin.. Sudah-sudahlah Tu..

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mencabar Anwar Ibrahim mengemukakan jumlah sokongan dimiliki bagi mengabsahkan jumlah yang diperoleh bagi memegang jawatan perdana menteri.

Muhyiddin berkata, beliau yakin telah mendapat majoriti mencukupi untuk menjadi perdana menteri dengan mendapat sokongan 115 ahli parlimen.

"Pada jam 10.30 pagi 22 Nov 2022, setiausaha agung PN menghantar satu lagi surat akuan ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai perdana menteri menjadikan jumlah ahli parlimen yang menyokong saya adalah seramai 115.

"Iaitu melebihi majoriti mudah 112 orang untuk membolehkan saya dilantik sebagai perdana menteri.

"Hari ini, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar yang dikatakan mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai perdana menteri.

"Demi keyakinan rakyat akan keabsahsan Anwar sebagai perdana menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat," katanya dalam sidang media petang ini.

Muhyiddin mendakwa dia mendapat sokongan 73 ahli Parlimen PN; GPS (22); BN (10); GRS (6); Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat ataupun (KDN) (1) dan Bebas (2).

Sokongan itu katanya dikemukakan secara akuan bersumpah (SD) dan diserahkan kepada Istana Negara sebanyak dua kali iaitu pada 21 dan 22 Nov.

Ditanya sama ada dia mengenai dakwaan 10 ahli Parlimen BN menarik sokongan, Muhyiddin kata dia tidak mengetahui mengenai perkara itu, tetapi yakin telah mengemukakan jumlah mencukupi untuk menjadi perdana menteri.

Terdahulu hari ini, Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

"Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan," 

Dalam pada itu Muhyiddin ketika ditanya apa tindakannya selepas ini, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata dia mengambil pendekatan tunggu dan lihat selain memberi peluang kepada Anwar mengemukakan bukti.

"Kalau (ahli Parlimen) nak sokong kena dengan SD bukan surat dari langit. Kalau hari itu saya kata 115 (ahli Parlimen sokong) tapi orang berkaitan tak hantar SD itu boleh dipertikaikan," katanya.

Ditanya mengenai kerajaan perpaduan yang disarankan Yang di-Pertuan Agong susualan pelantikan presiden PKR sebagai perdana menteri.

Muhyiddin berkata kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara tidak menyentuh tentang kerajaan perpaduan sebaliknya hanya mengenai pelantikan Anwar sebagai perdana menteri.

"Kenyataan Istana Negara saya baca berkali-kali (ia) tiada kaitan dengan kerajaan perpaduan, hanya mengenai pelantikan Anwar sebagai perdana menteri," katanya lapor Malaysiakini.


hmm.. 10 Ahli Parlimen BN yang menrik balik sokongan tu bacalah kat SINI

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Muhyiddin ni jenis orang putih panggil ingrate. Sebelum PRU15, menyedari parti Bersatu lemah, dia bersungguh2 ingin bekerjasama dgn PH utk tumpang kekuatan PH bagi melawan BN. PH understandably tolak lamaran Muhyiddin kerana beliau pernah tumpang kekuatan PH pada PRU14 tetapi mengkhianati PH selepas PH menang besar. Akibatnya kerajaan PH tumbang. Selepas PRU15 dia merasa dirinya begitu kuat bila PN tanpa disangka memenangi bilangan kerusi yang banyak, tapi masih kurang drp bilangan kerusi PH. Maka muhyiddin mula menunjuk keangkuhan beliau kerana ingin membalas dendam kesumat dan sanggup menolak cadangan YDPA supaya bentuk kerjasama dgn PH. Tidak ada kena mengena dgn prinsip. Nak balas dendam semata2 . Inilah sifat pemimpin berjiwa kecil. Merayu2 bila terdesak dan mendabik dada bila rasa kuat sikit. Kita tidak mahu PM yang bersifat demikian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post