PETALING JAYA – Bukan lagi cakap kosong, pengacara sensasi, Azwan Ali membuat pengesahan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) merebut kerusi Parlimen Gombak atas tiket calon Bebas.
Azwan ketika dihubungi Kosmo! Online, berkata, beliau tidak kisah dengan kritikan orang ramai menyifatkan penglibatannya kali ini sebagai ‘pengacau’ yang membawa kepada perpecahan undi.
“Saya tak hairan apa orang nak cakap tapi apa yang penting, saya berasa sangat bertanggungjawab untuk melakukan perubahan di negara ini.
“Buat para pengikut, saya tahu kalian mahukan saya bertanding. Tak kisahlah saya menang atau tidak, itu bukan sebab mengapa saya berani bertanding.
“Saya gemuruh sebab akan melawan dua personaliti iaitu penyandang, Azmin Ali dan Amiruddin Shari. Tapi, kalau tanya saya, sokongan saya ‘pergi’ kepada Amiruddin Shari. Mengapa? Saya akan beri penjelasan dan jawapan esok hari,” katanya.
Azwan atau mesra disapa dengan nama Diva AA bakal berdepan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini dilaporkan sedia mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.
Pengacara bermulut laser itu juga bakal menentang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).
Azwan berkata, andai tidak bernasib baik pada pada PRU15, beliau tidak kecil hati kerana mendapat sokongan ramai termasuk daripada Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua dan Ketua Cabang PKR Gombak.
Azwan, 56, berkata, beliau akan hadir ke Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak, esok.
Beliau sempat memberi peringatan kepada abangnya, Azmin untuk tidak terlalu mendongak ke atas dengan kejayaan yang bersifat sementara.
“Saya akan datang awal pada hari penamaan calon esok. Pukul 8 pagi saya akan terpacak di sana! Buat Azmin Ali, selamat maju jaya buat anda. Ingatlah asal usul kita.
“Saya minta dia hayatilah lagu lirik lagu Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Terbang Helang.
“Lagu itu saya tujukan buat Azmin. Dia boleh menang dan dia boleh terus terbang tinggi dengan labu-labunya, tapi ingat, suatu hari dia akan jatuh,” tuturnya.
Menurutnya lagi, kalau sebelum ini pada PRU14 dia berhabis puluhan ribu untuk bertanding kerusi DUN Bukit Antarabangsa, kali ingin beliau menganggarkan lebih RM50,000 untuk kerusi Parlimen.
“Saya keluar duit sendiri. Tiada orang sponsor atau taja. Saya tak kisah berhabis wang berpajak gadai demi melihat Malaysia yang maju dan ‘bersih’.
“Orang nak maki atau cemuh saya, silakan tapi saya tahu apa yang saya buat. Bukan hanya berpeluk tubuh jari jemari ligat atas papan kekunci telefon,” katanya lagi.
Terdahulu, Azwan yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU14 bagi DUN Bukit Antarabangsa mencuri perhatian netizen apabila memuat naik beberapa keping foto dirinya dengan solekan ala wanita.
Pada PRU14 empat tahun lalu, Azwan hanya meraih 90 undi sekali gus tewas di kawasan tersebut selepas menghabiskan berhabis puluhan ribu ringgit untuk berkempen. –
KOSMO! ONLINE
Kemajuan negara akan terbantut selagi ada politik cara Mahathir.
ReplyDeleteBarisan Nasional memerintah dibawah mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pecut membangun dan mendahului persaingan serantau.
Negara2 jiran sudah pecut kehadapan didalam pembangunan negara mereka.
Malaysia bukan lagi pesaing mereka kerana pelabur asing ‘by-pass’ Malaysia dan memilih negara jiran.
Malaysia mulakan keratapi laju HSR terlebih dulu, tapi rakyat Indoneisa siap lebih awal, sebab gangguan kerajaan Pakatan Harapan dan Mahathir.
Peruntukan untuk rakyat diambil secara berperingkat.
Elaun2 , peruntukan , semua dibatalkan dan dihentikan atau dikurangkan , pencen hampir dihapuskan.
Bantuan dkurangkan , dan kakitangan awam Melayu dipecat seramai berpuluh ribu orang.
Peruntukan untuk rakyat diambil secara berperingkat.
Elaun2 , peruntukan , semua dibatalkan dan dihentikan atau dikurangkan , pencen hampir dihapuskan.
Bantuan dkurangkan , dan kakitangan awam Melayu dipecat seramai berpuluh ribu orang.
Anwar Ibrahim mencuci najis peninggalan Mahathir dengan membuat janji PH 2.0 namun masih ada ‘tapi’ dan ‘bagaimana pun” pada janji manifesto itu.
Tak guna ada pemimpin popular di dunia barat jika pemimpin dikuatiri jadi tali barut pihak barat, Yahudi mossad dan agen asing..tak popolar tapi baik memimpin negara sudah mencukupi..!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!