Isytihar Harta Satu Kebodohan - TG Haji Hadi

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang melihat syarat PKR supaya calonnya mengisytiharkan harta sebagai satu “kebodohan”.

Katanya, pendekatan itu seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.

“Isytihar harta ini kadang-kadang satu kebodohan. Nak tunjuk-tunjuk kepada orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas kuliah mingguan di Rusila, Marang, hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana parti itu akan turut sama mengikuti langkah PKR dalam pengisytiharan harta.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilapor berkata, setiap calon parti pada PRU15 perlu berbuat demikian bagi memastikan standard yang lebih tinggi untuk pilihan raya akan datang.

Langkah itu juga dikatakan akan menimbulkan keyakinan orang ramai terhadap pilihan raya dan institusi yang mereka berkhidmat sekiranya calon itu mula memegang jawatan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga penyandang serta calon PAS bagi kerusi parlimen Marang berkata tiada keperluan untuk mengisytihar harta ketika kempen PRU15 ini.

Sebaliknya, Abdul Hadi berkata ia sepatutnya dibuat bertahun lalu.

"Bukan masanya nak isytiharkan harta dalam tempoh dua minggu ini.

“Sepatutnya orang kena tahu bertahun-tahun (dulu) tentang harta kita itu dan masyarakat setempat lebih tahu calon-calon kita di tempat masing-masing dan tak ada guna kita nak bermuka-muka dengan orang," katanya.

Menurut Abdul Hadi lagi, baik pemimpin PAS mahupun calon-calon yang bertanding dalam PRU15 kali ini bukanlah dari kalangan mereka yang memiliki harta yang banyak.

“Harta kita tak banyak, orang lain (calon parti) semua sebut juta-juta tapi kita ratus ribu sahaja tak sampai juta. Tak perlu isytiharlah.

"Memang ada orang kita yang jutawan pun ada, tapi tak terlibat dengan politiklah. Terlibat dengan politik ini, meniaga pun kena sekat,” katanya.

Mengulas sama ada ia akan menjadi masalah sekiranya dimanipulasi pihak lawan, Abdul Hadi berkata ia tak akan berlaku.

Katanya, ini kerana tiada seorang pun pemimpinnya yang terpalit dengan dakwaan sedemikian.

"Dia tak boleh buat apa kepada pemimpin PAS, kerana orang PAS ini didapati tak ada salah laku dan tak terlibat.

"Kita perintah Kelantan, Terengganu, Kedah pun tidak ada seorang pun orang kita yang diheret dan dibicarakan di mahkamah.

"Tapi dalam PH ada, dalam BN pun ada," katanya.

Tambah Abdul Hadi, dia juga tidak bimbang sekiranya pihak lawan melabel kepimpinannya sebagai tidak telus.

Bagaimanapun, jelas Abdul Hadi tidak menjadi satu masalah jika ada pemimpin untuk isytihar harta.

“Tiada masalah untuk pemimpin isytihar harta, tapi janganlah sekadar nak menunjuk dekat orang semata-mata ketika PRU15.

“Janganlah nak isytihar harta pada PRU15 ini semata-mata nak tunjuk kita baik,” jelasnya.

Terdahulu, sebahagian besar daripada 72 calon PKR membuat pengisytiharan aset mereka sejak beberapa hari lalu ~ MalaysiaKini

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. #PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen.

    Kegilaan apakah banyak janji manis GTA ini..!? Awas.. Pengundi diabetes helok jangann pergi ceramah Tun Mahathir Mohamad..!!

    Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manis manifesto ini tidak boleh disangkal lagi.

    Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, KPN dan ketua SPRM di bawah kawalan parlimen.

    Kerana beliau komited untuk membersihkan Malaysia daripada unsur-unsur salah seperti salah guna kuasa, rasuah, penipuan pentadbiran, dan tidak amanah.

    Oleh kerana Tun akan melantik sendiri AG dia, berulang kali dia melanggar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dengan melantik hakim tertinggi dia sendiri, melantik penyokong setia dia sendiri sebagai Ketua Polis Negara walaupun pada hakikatnya dia sudah melepasi umur persaraan dan melantik ahli politik aktif daripada kalangan pemimpi parti gabungan sendiri sebagai ketua SPRM, TANPA sebarang pengawasan parlimen, sebaik sahaja dia menjadi PM pada PRU14.

    Itu bermakna dia mengakui kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir Mohamad:

    1. telah menyalahgunakan kuasanya

    2. korup

    3. melakukan penipuan pentadbiran

    4. tidak boleh dipercayai

    5. tidak mengamalkan pengasingan kuasa

    6. tidak mempunyai integriti.

    Dan kini dia ingin menyelesaikan masalah besar yang DIA sendiri buat.

    Hanya supaya dia boleh membalun Najib.

    Betul, Maharhir? Masa berjanji manis ini ada sebut nama Zety, Taufik Ayman dan keluarga penyamun ini tak..!?

    Tak serik lagi keww kena Bodoh dng Tun Mahathir Mohamad...!?

    ReplyDelete
  2. Oi hj hadi, kau tau apa yg lagi bodoh? Menteri Pas di KASA Tuan Ibrahim. Aku berangka

    ReplyDelete
  3. Aku bersangka baik bahawa Tuan Ibrahim bukan yg jenis sakai duit. Tapi malangnya dia tak cukup pengalaman mainan kotor umno sakai projek berbilion. Jadi mudah saja beliau kena makan oleh umno. Sampai pegawai kanan kerajaan pun dah meluat. Jadi harap Pas jangan nak bergaduh dgn rafizi kerana rafizi cuma nak dedah dan hentikan penyelewengan. Bukankah itu juga matlamat Pas.? Tak tau lah kalau Pas sekarang dah satu kepala dgn umno, sakau juga? Ingat masa arul kanda beri taklimat kpd Pas berkenaan 1mdn dan Pas berpuas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafizi hentak sikit dah meroyan...hahahaa

      Pakar langkah kajang yg membawa perpecahan pkr.

      Jangan ingat rafizi tahu semua benda. Dia manusia juga. Cuma hebatnya dia adalah bab spin dan menipu.

      Pernah dlm dewan rakyat sebelum pru14 dia bersumpah dgn nama Allah mangsa lhdn adalah seorg doktor. Mengadu dgn dia kena cukai tak munasabah. Spin hebat dan penuh keyakinan.
      Bila datuk johari timb menteri kewangan ketika iti minta butir peribadi mangsa utk tindakan selanjtnya akhirnya rafizi kata hanya seorang guru biasa. Hebat kan spin dan penipuan dia...

      Jadi pemimpin sebegini kalau ada yg bercita2 nak jadikan pemimpin...sedialah dikencing.
      Rm18juta aset dia...perghhhh

      Delete
  4. Kenapa rafizi tak pernah kalah kes saman fitnah di mahkamah manakala lebai Pas asyik kalah saja. Agaknya rafizi kuat spin dan menipu.....

    ReplyDelete
  5. Jangan pilih p end b end.

    Negara bawah b end, 60 tahun hilang harta Melayu bla bla bala... Terbukti gagal

    Negeri bawah p end....
    1. Banjir 60 tahun. Duit federal dapat tapi tak tahu nak selesaikan/kurangkan banjir yg makan nyawa.

    Klau urus baik, boleh cover duit perlu baiki prasarana rosak yg berjuta juga.

    Negara Belanda terletak bawah aras air laut, x dengar banjir besar tiap2 tahun.

    2. Air kotor. Sekarang Kedah pun sama masalah air. Masalah air ni perlu buat dr dlu sedikit demi sedikit kerana kos tinggi.

    3. Sampah bertaburan merata2.

    4. Jalan rosak merata2. Kedah pun sama nampaknya.

    5. Konsert dah boleh plak.

    6. Judi x da halangan di federal, negeri x bleh.. undang2 Islam apa ntah.

    8. Balak gondol. Salahkan penguatkuasaan.

    9. Rakyat x da keje kene hijrah cari kerja luar negeri. Saudara mara bleh keje jabatan kerejaan negeri.

    10. Rakyat susah pemimpin naik kete baru.

    11. Masalah sosial x kurang. Sama sj federal dan negeri. Melayu Islam juara.


    Adakah bandar2 dibawah kuasa Islam dlu serba kekurangan mcm negeri2 pass sekarang?

    Adakah pemimpin Islam dlu asyik salahkan orang lain/dap bila Islam gagal?

    Adakah pemimpin Islam dlu asyik wirid tanpa peduli soal ekonomi?

    Bukan fitnah. Tapi beri kesedaran.

    Perlu pemimpin ISLAM bijak dlm pass. Bukan ada agama sj tapi tak cerdik. Tukar pemimpin muktamar nanti. Kembalikan Islam zaman sederhana TGNA.

    Pilih PH 2/3 pru nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post