Kasut Berharga RM5,500 Itu Kurniaan Sultan Johor - DSAI


PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan kasut berjenama mewah dipakainya seperti ditularkan di media sosial adalah kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dua tahun lalu.

Beliau berkata demikian sebagai membalas satu ciapan pengguna Twitter dengan nama “Naratif Rakyat” mengenai kasut itu pada Selasa.

“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” balas Anwar.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun memakai kasut itu ketika menerima kunjungan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan khas baginda ke Malaysia pada 28 Nov lalu.

Terdahulu, akaun Twitter itu membuat ciapan berbaur sindiran dengan menyatakan Anwar menolak menggunakan kenderaan jenis Mercedes-Benz S600 untuk urusan rasmi, namun beliau dilihat mengenakan kasut jenama mewah berharga kira-kira RM5,500.

“Pung pang pung pang tolak S600 Mercedes, pakai capal. Hari ni dah up gred ke kasut berharga lebih daripada RM5,500. Masyukk PM #KitaBoleh,” katanya.

Ahad lalu, Anwar memaklumkan beliau menolak menggunakan kereta itu yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebaliknya akan menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian.

Anwar berkata, langkah itu diambil kerana tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya - FMT

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post