BAGAN DATUK: Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Bagan Datuk, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa dirinya dan jentera gabungan itu berdepan provokasi berbentuk ugutan ketika berkempen bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Tetapi, katanya, keadaan berjaya dikawal anggota keselamatan dan mereka tidak membuat laporan polis.
“Ada individu memberi amaran kepada saya, berjaga-jaga masuk kampung. Kami juga terima ugutan dan sebagainya, tetapi saya tidak melayan provokasi sedemikian dan kami ada anggota keselamatan yang mengawal keadaan,” katanya.
Selain provokasi berbentuk ugutan, beliau berkata, posternya juga dirosakkan.
“Dalam mesyuarat terakhir bersama wakil parti dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis, kita nyatakan kita tidak mahu ada insiden merosakkan harta benda, poster dan sebagainya.
“Kita harus hentikan sabotaj ini semua, suburkan budaya politik yang harmoni,” katanya mengulas insiden sabotaj poster PH baru-baru ini.
Parlimen Bagan Datuk menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Shamsul, calon Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi, calon Perikatan Nasional, Muhammad Faiz Na’aman serta calon bebas, Mohamed Tawfik Ismail.
Shamsul pernah diberi gelaran “Giant killer” selepas mengalahkan bekas ketua menteri Melaka di kerusi Parlimen Bukit Katil pada PRU 2013 dan berjaya mempertahankan kerusi itu pada 2018, ketika ia ditukar nama kepada Hang Tuah Jaya lapor FMT
Katanya Dia Diugut.. Tapi Tak Lapor Polis..
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Jangan pilih p end b end.
ReplyDeleteNegara bawah b end, 60 tahun hilang harta Melayu bla bla bala... Terbukti gagal
Negeri bawah p end....
1. Banjir 60 tahun. Duit federal dapat tapi tak tahu nak selesaikan/kurangkan banjir yg makan nyawa.
Klau urus baik, boleh cover duit perlu baiki prasarana rosak yg berjuta juga.
Negara Belanda terletak bawah aras air laut, x dengar banjir besar tiap2 tahun.
2. Air kotor. Sekarang Kedah pun sama masalah air. Masalah air ni perlu buat dr dlu sedikit demi sedikit kerana kos tinggi.
3. Sampah bertaburan merata2.
4. Jalan rosak merata2. Kedah pun sama nampaknya.
5. Konsert dah boleh plak.
6. Judi x da halangan di federal, negeri x bleh.. undang2 Islam apa ntah.
8. Balak gondol. Salahkan penguatkuasaan.
9. Rakyat x da keje kene hijrah cari kerja luar negeri. Saudara mara bleh keje jabatan kerejaan negeri.
10. Rakyat susah pemimpin naik kete baru.
11. Masalah sosial x kurang. Sama sj federal dan negeri. Melayu Islam juara.
Adakah bandar2 dibawah kuasa Islam dlu serba kekurangan mcm negeri2 pass sekarang?
Adakah pemimpin Islam dlu asyik salahkan orang lain/dap bila Islam gagal?
Adakah pemimpin Islam dlu asyik wirid tanpa peduli soal ekonomi?
Bukan fitnah. Tapi beri kesedaran.
Perlu pemimpin ISLAM bijak dlm pass. Bukan ada agama sj tapi tak cerdik. Tukar pemimpin muktamar nanti. Kembalikan Islam zaman sederhana TGNA.
Pilih PH 2/3 pru nanti.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!