Kita Tak Ada PM Lagi Hari Ini Nampaknya...

Raja-Raja Melayu telah bersidang beberapa kali sejak tahun lalu berikutan kemelut politik dan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Pada 28 Februari 2020, satu mesyuarat khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara bagi membincangkan perkembangan politik semasa susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa berikutan Bersatu keluar daripada PH.

Lebih setahun selepas itu, situasi hampir sama berlaku lagi berikutan Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan Ahli Dewan Rakyat selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin beliau.

Esok..Yang di-Pertuan Agong dijangka mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara pada Khamis, dipercayai berkaitan pembentukan Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri ke-10.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong dijangka mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara pada Khamis, dipercayai berkaitan pembentukan Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri ke-10.

Memetik laporan The Star, mesyuarat khas berkenaan bagi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan.

Portal itu turut berkata, mesyuarat akan bermula pada pukul 10.30 pagi dan dijangka berlangsung sekurang-kurangnya tiga jam.

Sumber-sumber Istana, dipetik sebagai berkata mesyuarat khas itu disifatkan sebagai penting.

Hari ini, Istana Negara menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menghadap Yang di-Pertuan Agong bermula pukul 10.30 pagi ini.

Bagaimanapun, setakat ini hanya tiga wakil BN dan wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang hadir menghadap Seri Paduka Baginda.

Keputusan itu dibuat selepas tiada Ahli Dewan Rakyat memperoleh kepercayaan majoriti mudah 112 sokongan Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Istana Negara dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat lapor AstroAwani

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post