KJ Dalam 'Line Of Throne', Tetapi...

SEJAK menginjak usia 30 tahun, nama figura Khairy Jamaluddin atau mesra disapa KJ mula meniti di bibir ahli politik dan rakyat Malaysia.

Tetapi pada ketika itu, dikenali sebagai menantu kepada Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, nama Khairy dikaitkan sebagai budak tingkat 4.

Bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin yang pernah mengkritik KJ dan geng budak tingkat 4.

Tetapi apabila Khairy secara rasmi mula menjejakkan kaki dalam politik menerusi sayap Pemuda UMNO, KJ membuktikan graduan Universiti Oxford dan Kolej Universiti London (UCL) di United Kingdom itu adalah 'budak' yang perlu diambil serius.

Bermula dengan Naib Ketua Pemuda UMNO kemudian Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, dan seterusnya pada tahun 2008, Khairy mendapat peluang untuk bertanding kerusi Parlimen Rembau.

Cuma menang dengan majoriti 5,746 undi, namun ia merupakan langkah kanan Khairy dalam politik, walaupun ketika itu prestasi BN merosot teruk dengan kehilangan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain gagal menawan Kelantan.

Selepas itu, perjalanan karier politik KJ ibarat satu pendakian ke puncak apabila menang sewaktu perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO menentang Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menang lagi di Parlimen Rembau pada PRU13 (majoriti 18,357) dan mula memasuki Kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Terkenal dengan tagline ‘Tall, Dark and Handsome’, KJ membina imej dan aura yang digemari ramai terutamanya anak muda dan wanita. Petah berkata-kata, beliau turut muncul menghiasi muka depan beberapa majalah dalam dan luar negara.

Namun, tsunami politik kali kedua membadai BN pada 2018 menyaksikan BN bukan hanya hilang Putrajaya, malah ia turut menggoncang struktur dalaman UMNO.

Hanya sebulan selepas kapal BN 'pecah' pada PRU14, KJ mencuba nasib untuk menjadi nakhoda baharu dalam pemilihan UMNO.

Namun, ternyata ia bukan sahaja langkah kiri buat KJ, malah memberi kesan yang sangat besar dalam karier politiknya.

Ini kerana KJ mencabar 'warlord' senior UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diketahui sangat akrab dengan bekas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengaruh kedua-dua tokoh politik ini sangat kuat dalam kalangan ketua-ketua bahagian UMNO, sehingga sukar untuk mana-mana pemimpin dalam parti memberi cabaran dalam pemilihan dan perhimpunan parti.

Dan natijah yang paling ketara diterima KJ kerana mencabar dan sering dilihat tidak sehaluan dengan Presiden tidak lain tidak bukan, namanya hampir tercicir daripada calon BN PRU15.

Ia diceritakan sendiri KJ dalam ceramah politiknya, apabila beliau mendakwa menjadi calon BN di Sungai Buloh atas inisiatifnya sendiri mencari kerusi dengan bantuan beberapa pemimpin antaranya Tan Sri Noh Omar dan Tan Sri S A Vigneswaran. Malang untuk Noh Omar, dalam bantuan terhadap KJ, nama beliau sendiri rupa-rupanya tercicir sebagai calon PRU15.

Pendedahan KJ minggu lalu, diiringi dengan keyakinan bahawa beliau adalah pemimpin masa depan UMNO dengan hasrat menjadi Perdana Menteri satu hari nanti, mendapat sorakan hebat penyokong sewaktu ceramahnya minggu lalu.

Namun, perbuatan KJ nampaknya tidak menggembirakan Ahmad Zahid yang mendakwa KJ sendiri meminta kerusi Sungai Buloh selepas beliau menyerahkan kerusi selamat Rembau kepada Datuk Seri Mohamad Hasan.

Siapa betul, siapa salah hanya mereka berdua yang tahu.

PELUANG KJ UNTUK MENYERLAH DALAM UMNO MASIH ADA

Namun pendedahan dan pengakuan KJ menimbulkan persoalan kenapa di saat ramai rakyat memuji prestasinya terutama dalam Kementerian Kesihatan Malaysia, namun beliau tidak mendapat tempat dan diberi perhatian parti sendiri.

Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berpandangan, konfrontasi KJ dengan Ahmad Zahid tidak sewajarnya menggugat kedudukan mantan Ketua Pemuda itu di dalam parti.

“Walaupun insiden itu seakan mencabar kepimpinan UMNO namun selagi tindakan beliau tidak bertentangan falsafah perjuangan parti maka tiada sebab untuk menolak KJ.

“Peluang untuk menyerlah dalam parti masih ada, malah sekiranya pemilihan Agung UMNO diadakan, KJ akan tetap mendapat perhatian dan sokongan daripada perwakilan terutama sayap pemuda dan wanita,” ujarnya kepada Sinar Premium.

Tambahnya, kuasa mutlak Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO juga tidak harus dijadikan alasan untuk bersikap 'double standard' kerana ia boleh mematikan demokrasi yang sepatutnya diwujudkan dalam parti.

“UMNO akan jadi lemah jika pemimpin muda yang memiliki bakat kepimpinan baik dan idea bernas seperti KJ dimatikan karier politiknya demi kepentingan dan kekuasaan pihak tertentu.

“Pada masa sama, ia juga akan merobohkan identiti kepimpinan parti itu yang seharusnya mengetengahkan calon berwibawa untuk terus maju dan mendapat kepercayaan rakyat,” katanya lagi.

Hussain tidak menafikan dengan pengaruh dan ketokohan yang bukan sahaja disukai oleh warga UMNO malah diakui pihak lawan ditambah legitimasi KJ dalam berpolitik, tidak mustahil beliau mampu merampas Sungai Buloh daripada pihak lawan.

Pada masa sama, UMNO harus mempergunakan kekuatan personaliti KJ sebagai seorang pemimpin bebas salah laku jenayah dan rasuah untuk meluaskan pengaruh parti itu terutama dalam kalangan generasi muda demi kelangsungan masa depan.

SUNGAI BULOH KUNCI KJ KEKAL RELEVAN 

Bagi Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi, kunci untuk KJ kekal relevan dalam parti terbesar di Malaysia itu adalah dengan memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh. 

“Peluang KJ untuk terus relevan dalam parti banyak bergantung pada keputusan PRU15 ini. 

Beliau perlu fokus untuk merampas kerusi Sungai Buloh dalm tempoh dua hari ini dan pastinya ruang akan terbuka luas untuk melebarkan sayap politik dalam parti,” ujar beliau.

Menariknya, kempen KJ dilihat sebagai antara kempen paling berjaya mencuri tumpuan ramai, malah antara hasil kaji selidik bertajuk Suara Rakyat Malaysia menuju PRU15 baru-baru ini, mendapati 24 peratus dalam kalangan responden muda menamakan KJ sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

Menurut Anis Anwar, walaupun UMNO dibarisi ramai kepimpinan berbakat sekali gus menjadikan saingan untuk menyerlah dalam parti lebih sengit, namun KJ hanya perlu menunggu masa sahaja untuk menerajui parti.

“KJ berada dalam 'line of throne' yang tepat dan hanya perlu menunggu masa sesuai apatah lagi dengan prestasi cemerlang kepimpinan KJ sejak berada di Kementerian Belia dan Sukan yang telah mencipta banyak pencapaian sukan antara yang terbaik dalam sejarah negara. 

“Manakala selaku Menteri Kesihatan, kadar imunisasi Malaysia melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) antara yang pantas di dunia,” katanya lagi - Sinar Harian Premium

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. 70 PROFESSOR MELAYU VS JHO LOW.. SIAPA LEBIH CERDIK..!!

    G70 terdiri daripada 70 Professor Melayu intelektual dari berbagai bidang dan displin ilmu. Antara yang bernaung di bawah G70, adalah:

    Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar | Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd. Yusof Othman | Profesor Emeritus Sasterawan Negara Dr. Muhammad Haji Salleh | Profesor Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam | Profesor Emeritus Dato’ Wira Dr. Jamil Osman | Profesor Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain

    | Profesor Emeritus Dr. Ismawi Zen | Profesor Emeritus Dato’ Dr. Md. Tahir Md. Azhar | Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ir. Hassan Basri | Profesor Emeritus Dr. Md. Nordin Lajis | Profesor Emeritus Dr. Abdul Aziz Jemain | Profesor Ustaz Dato’ Dr. Mohd. Nor Manuty | Profesor Ustaz Dr. Razali Nawawi |

    Profesor Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff | Profesor Dato’ Dr. Ir. Wan Ramli Wan Daud | Profesor Dato’ Dr. Mohd. Redzuan Othman | Profesor Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid | Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar | Profesor Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom | Profesor Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj | Profesor Dato’ Dr. Kamarulazizi Ibrahim | Profesor Datuk Dr. Nik Mohd Zain Nik Yusof |



    | Profesor Dr. Mohamed Aslam Haneef | Profesor Dr. Zarinah Abdul Hamid | Profesor Dr. Rosnani Hashim | Profesor Dr. Ida Madieha Abd Ghani Azmi | Profesor Dr. Nora Abdul Hak | Profesor Dr. Najibah Md Zin | Profesor Dr. Nor Zuraida Zainal | Profesor Dr. Noor Hassim Ismail | Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil | Profesor Dr. Hatta Sidi | Profesor Dr. Mohd. Shukri Othman | Profesor Dr. Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan | Profesor Dr. Mohd. Tajuddin Mohd. Rashdi | Profesor Dr. Abdul Latif Samian

    | Profesor Dr Rogayah Mohamed | Profesor Dr. Ishak Yusoff | Profesor Dr. Norhayah Zulkifli | Profesor Dr. Arsiah Bahron | Profesor Dr. Md. Sidin Ahmad Ishak | Profesor Dr. Noriah Mohamed | Profesor Dr. Nor Faridah Abdul Manaf | Profesor Dr. Ahmad Rahman Songip | Profesor Dr. Ir. Shuib Sahudin | Profesor Dr. Norsheila Fisal | Profesor Dr. Mohd. Roji Sarmidi | Profesor Dr. Amiruddin Ismail | Profesor Datin Dr Roslina Othman | Profesor Dr. Azami Zaharim | Profesor Dr. Abu Bakar Mohamad dikutip dari blog

    http://msomelayu.blogspot.com/2022/11/g7p-pilih-anwar-sebagai-perdana-menteri.html?m=1

    VS

    ( Professor.!? ) Jho Low

    Ajommm kita jawab secara analogi udah ler Yeop ooii..!! jawab sambil santai sentap udah lerr..

    Ambil contoh mudah Professor Diraja Ungku Aziz dan keluarganya cukup lah...

    Walau pun dia digelar Professor Diraja tapi keturunan nya semua pencuri dan penyamun kes AMLA dlm 1MDB bersama Jho Low menyakau sebanyak RM700.00 jota bersama Zety dan suaminya Taufik serta anak beranak jantan nya semua taraf penyamun pencuri...fakta nya di sebut dimahkamah

    Akhirnya Jho Low bersama kaum nya yang tak Professor tepok tangan terbahak tengok semua orang Melayu taraf Profesor pun terkait sekali kena bodoh bangangkan dan berantakan bersama dng Pemimpin Melayu bercakaran sesama sendiri...

    Jho Low lesap sampai skg enjoyyy jolii di Macau, Shanghai dan Eropah...

    sambil Jho Low berkata,

    'Lu Olang Bergadoh Lah Sesama Sendili, Kasi Bunuh Sesama Sendili.. Gua Mau Enjoyyy Sama Palis Hilton Maaa..!! Hayaaa Asik Gadoh Sana Gadoh Sini Olang Nak Tido Sama Palis Hilton Pun Tak Sinang Wooo.. Nang Butinang Kui Butikui Gua Tido Sama Palis Hilton Lu Olang Melayu Gado Lah Sampai Mampuihh mati..!!

    Bodwo punya olang..!!

    Wooiii Siapa yang cerdik sebenarnya nih..!!

    Cerdik apak tak diwarisi oleh anak begitulah sebaliknya.. Yang pelik walaun walaun Bang Non suma terkinja kinja bila 70 Professor Kangkung sebelahi mereka jadi barua DAP@LeeKwanYew macam pepatah baru..

    "Bodo sama di jinjing Bangang Sama Di Pikul" ... kikikiki

    Renung renungkan dan selamat beramal..

    Undi Calon Bukan Parti

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post