Psst.. Datuk Seri, Masa Mahathir Jadi PM.. Kak Wan TPM Laa

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ialah jawatan politik kedua tertinggi Kerajaan Malaysia. Asasnya perlembagaan tidak mempunyai peruntukan tentang Timbalan Perdana Menteri, tetapi mengikut amalan Malaysia selalunya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri yang telah dilantik daripada Kabinet.

Mengikut sejarah, jawatan ini diwujudkan asalnya khusus buat Tun Abdul Razak Hussien membantu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjalankan tugas-tugas mentadbir negara.

Tun Razak selepas itu meneruskan tradisi tersebut dengan melantik Tun Dr Ismail Abdul Rahman (yang meninggal dunia ketika dalam jawatan), selepas itu Tun Hussein Onn sebagai TPM dan Hussein, kemudian melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai TPM.

Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri paling lama dalam sejarah iaitu hampir 22 tahun meneruskan konvensyen ini dengan melantik Tun Musa Hitam sehinggalah Musa meletak jawatan dan kemudian diikuti Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah ketika menjadi Perdana Menteri meneruskan tradisi ini dengan melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai TPM dan Najib pula ketika menyandang kerusi Perdana Menteri, melantik Muhyiddin sebagai TPM, sebelum memecat Muhyiddin dan menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jika kita sedar dan perhatikan betul-betul, sebab itulah seorang TPM perlu pada masa yang sama menyandang satu jawatan menteri. Ini bagi membolehkan beliau secara sah menjadi anggota Jemaah Menteri dan menghadiri mesyuarat mingguan kabinet.

Jika beliau hanya menyandang jawatan TPM, beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat mingguan kabinet kerana jawatannya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan sekali gus tidak mengangkat sumpah sebagai menteri dan sumpah simpan rahsia.

Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri selaku Perdana Menteri buat kali ke-2, tahun 2018 dalam satu sidang media selepas mesyuarat khas berkaitan pembentukan Kabinet di Wisma Yayasan Selangor mengumumkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan, selepas ia memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pelantikan itu menjadikan Dr Wan Azizah, 65 tahun, sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di negara ini.

Jika Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah melantik Tun Abdul Razak Hussien sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk membantu tugas-tugasnya mentadbir negara, sudah tentu Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri juga untuk membantu tugas-tugas beliau.

Jadi.. wajarkah Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan kesalahan ke atas bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kegagalan PH mentadbir negara selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu seorang, sedangkan isterinya adalah Timbalan Perdana Menteri yang membantu tugas-tugas Mahathir ketika itu?

Laporan berkaitan..

BAYAN LEPAS - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan kesalahan ke atas bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kegagalan PH mentadbir negara selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Anwar yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, tiada perubahan yang dibawakan oleh Mahathir ketika pemerintahan PH selama 22 bulan menyebabkan rakyat mula muak dengan janji yang ditabur.

"Semasa PH memerintah dahulu, siapa ketua? Siapa Perdana Menteri kalau bukan Tun Mahathir. Tanpa pentadbiran dan pemerintahan yang baik, negara tidak boleh bangkit.

"Rakyat susah, harga barang naik. Selepas itu, ganti pula dengan Muhyiddin, lagi teruk. Rakyat nak makan pun tak cukup. Malah pada zaman beliau, kita pemegang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) paling lama. Dah tu, ganti dengan Ismail Sabri, dia pi tambah bilangan menteri pula.

"Mereka ini sebenarnya gagal ketika negara menjalani PKP. Bagaimanapun, bila mereka tidak boleh jawab (kenapa gagal), mereka bawa isu lain pula, tuduh Anwar, tuduh DAP, PH," katanya ketika hadir ke Program Ramah Mesra Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Belah, Sungai Batu di sini pada Ahad.

Tambah Anwar, negara perlu bangkit semula dengan meyakinkan pelabur luar untuk kembali melabur, sekali gus membaik pulih keadaan ekonomi Malaysia.

"Saya akan bawa Malaysia kembali menjadi kuasa ekonomi dunia. Saya yakin kita boleh bangkitkan ekonomi rakyat. Pemerintahan kerajaan yang baik, tidak curi duit akan membawa ekonomi negara kembali pulih.

"Pilihan raya bukan untuk tukar parti sebenarnya tetapi niat besar kita adalah menyelamatkan Malaysia dan anak-anak kita. Cina, India, Kadazan, Melayu dan sebagainya, semua 'part of our family'," katanya.

Pada pilihan raya umum yang lalu, PH yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) meraih 113 kerusi diikuti BN dengan 79 kerusi.

Namun, pada Februari 2020, PH tidak lagi mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan pusat susulan keputusan Bersatu dan 11 ahli Parlimen PKR untuk keluar gagasan itu ~ SH

Persoalannya.. wajarkah Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan kesalahan ke atas bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kegagalan PH mentadbir negara selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu seorang, sedangkan isterinya adalah Timbalan Perdana Menteri yang dilantik bagi membantu tugas-tugas Mahathir ketika itu?

Macam menepuk air didulang saja ni..

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tpm kuasa jaga kementerian wanita.. Adackuasa ke.. Macamlah tak kenal tun mahathir

    ReplyDelete
  2. Apa kata bg komen.. Tak salah bg peluang dsai pm 10..tak betul pah 5 tahun. Tukar.. Jangan rampas separuh jalan.. Ada berani. Ke

    ReplyDelete
  3. Admin nie penyokong kuat Azmin sebab tu banyak timbulkan keraguan kepada DSAI..Admin nie patut concentrate bantu calon PN Shah Alam.Bekas boss admin.

    ReplyDelete
  4. Semalam 20.Nov.2022 Tun dan Daim akan 'demam' hari ini tarikh 20.Nov.2022 akan Brother Anwar Bin Ibrahim istihar coti pula...peerghhh

    Manifesto Perikatan Nasional (PN) yang diumumkan oleh Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) apa dia? Yang pertama cuti, yang nak umum cuti itu bukan Mahiuddin yang nak umum cuti itu saya Anwar Ibrahim..,” katanya turut disambut tepukan gemuruh penyokongya yang hadir pada program berkenaan.

    Sementara itu di blog mahacai walaun Tun siarkan gambau berkenaan insiden di Sabah kempen pilihanraya GTA bila Tun berucap pada kerusi kerusi kosong depan khemah. Tun kata " Tak dak orang datang mai dengaq ceramah bukan makna kata GTA tiada sukungan..!"

    Kikikiki... tak pa lah Tun hang pi ucap lah puas puas la nih..lepas 19.Nov.2022 elok lah Tun berucap pusa puas sambil soal jawab dengan peguam masing masing dalam mahkamah sama Tun Daim dan anak cucu skali yaa..!!

    Habis lah dan bakal melingkup lah Tun , Daim dan boboi lepas PRU 15.

    kikikiki..!!

    ReplyDelete
  5. Bersih, x da rasuah......tapi x cerdik perintah. Tak berguna langsung.

    Bayangkan satu negara jadi mcm Kelantan. Ataupun terus zaman pemerintahan Islam bersama penyamun

    Jalan rosak, parit x cukup, Banjir besar tiap2 tahun mcm x da otak nak kurangkan, air minum kotor....tapi duit federal DAPAT. Telur pun jadi masalah

    Agak2 zaman kegemilangan Islam dlu. Bandar Islam sama ke mcm Kelantan yg serba kekurangan skrng?

    Islam pun x suruh pemimpin wirid 24 jam tapi x pandai perintah dan ajak benci kaum lain.

    Cakap x serupa bikin. Asyik cari gaduh sama orang.

    Hari2 isu kecam maksiat. Sana sini ... nak tegak Islam... semangat Mat Kilau.

    Nak kembali ke zaman kegemilangan Islam... tapi bersama2 penyamun perasuah perintah negara.

    Hari2 berita... harga barang naik... barang x ada..... siapa naik turun pangkat.... siapa ada perjanjian ....sesama ahli kabinet dapur bergaduh...

    Ada berita positif utk rakyat?

    Pemimpin naik keta bru gaji buta rakyat merana

    Pilih p end = pilih b end

    Tolak p end dan b end. Sbb mereka akan bergabung semula lps pru bentuk kerejaan. Rakyat akan terus tertekan

    Pilih majoriti PH pru nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post