BALIK PULAU - Pakatan Harapan (PH) yakin akan memperoleh 100 kerusi Parlimen dengan berbaki empat hari sebelum hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, PH akan mengekalkan kemenangan di semua kerusi kubu kuatnya iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Menurutnya, PH juga dilihat bakal menawan Perak selain akan mengekalkan kerusi yang dimenangi di Melaka dan Johor.
"Kita kini telah melepasi 90 kerusi dan dengan berbaki empat hari lagi, jika tidak banjir, ribut dan UMNO tidak bergaduh sesama sendiri, insya-ALLAH kita akan melepasi 100 kerusi, sekali gus akan membentuk kerajaan di Putrajaya selepas 19 November kelak.
"UMNO tahu mereka tidak akan dapat lebih daripada 40 kerusi pun berbanding PH yang menghampiri 100 kerusi," katanya dalam ceramah PH di Pekan Balik Pulau di sini pada Isnin.
Kata beliau lagi, rakyat kini semakin bijak untuk membuat memilih kerajaan baharu yang akan mentadbir negara kelak.
"UMNO dan BN kata mereka akan membentuk kerajaan tetapi rakyat boleh nampak, yang berpecah-belah adalah UMNO, sesama mereka pun bergaduh. Bagaimana sebuah parti yang bergaduh sesama sendiri nak bentuk kerajaan?
"Saya setuju rakyat tahu UMNO telah rosak sepenuhnya kerana ia perkara paling baik kepada UMNO. Biar UMNO kalah dalam pilihan raya ini, buang yang lama-lama ini, yang banyak sakau duit. Apabila UMNO sudah insaf, insya-ALLAH rakyat akan kembali kepada UMNO," katanya.
Mengambil contoh dua Pilihan Raya Kecil (PRN) Johor dan Melaka, Rafizi berkata, PH mengambil pengajaran ke atas penolakan rakyat terhadap PH dengan memperbaiki kelemahan dengan kembali ke landasan sebenar iaitu membela rakyat.
"Selepas isyarat diberikan rakyat terhadap PH, rakyat mahu kita kembali ke landasan iaitu bantu dan bela rakyat. Kita tidak menegakkan benang yang basah.
"Kita tolak tepi soal siapa nak jadi perdana menteri dan jangan bincang dengan kumpulan yang khianat kita," katanya.
Dalam pada itu, calon Parlimen Pandan itu berkata, fatwa Pas sering bertukar-tukar mengikut jalan yang paling singkat untuk ke Putrajaya.
"Jika kita tengok, fatwa Pas ini sering bertukar-tukar. Bukan soal Islam Melayu, tetapi mereka menukar fatwa mereka mengikut jalan pendek untuk ke Putrajaya. Jika mereka nampak DAP boleh ke Putrajaya, percaya lah, mereka akan kata DAP orang Islam yang paling baik.
"Dulu baik dengan UMNO, sekarang dengan Bersatu pula. Mereka kata Bersatu paling baik sedangkan dalam Bersatu paling banyak sakau duit. Mereka ini akan baik dengan yang mana jalan paling singkat untuk ke Putrajaya," katanya.
Kata beliau lagi, tiada guna negara mempunyai bangunan besar dan pertumbuhan ekonomi paling hebat sekiranya masalah gaji rakyat yang rendah tidak ditangani.
"Jika tidak dapat menyelesaikan masalah gaji rakyat, maka kerajaan itu telah gagal. Jika boleh naikkan gaji rakyat, baru boleh kerajaan mendabik dada. Bangunan tinggi, ekonomi baik, itu bukan ukuran.
"Jika gaji naik, maka kita boleh selesaikan masalah kos sara hidup. Jika gaji tinggi, akan ada lebihan pendapatan sekali gus dapat menangani masalah kos sara hidup," katanya.
Dalam masa sama, Rafizi turut meramalkan kesemua kerusi yang ditandingi calon-calon 'katak' seperti Datuk Seri Mohamad Azmin Ali di Parlimen Gombak; Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang); Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal) dan Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat) akan tewas pada PRU15.
Tambah Rafizi, beliau menyedari ada sesetengah pihak tidak dapat menerima ramalan beliau berhubung kemenangan PH itu dan beranggapan beliau hanya 'sembang kosong'.
Namun, Rafizi menarik perhatian bagaimana beliau turut meramalkan kemenangan PH pada PRU14 disebabkan persaingan tiga penjuru dengan BN dan Pas yang turut dinafikan banyak pihak ketika itu, namun benar-benar berlaku - Sinar Harian
Rafizi Yakin PH Akan Peroleh Hampir 100 Kerusi
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Walaun siapa yang curi duit.!?
ReplyDeleteDah buat fitnah jijik bole curi duit lagi.. dasar haramjadah. Dasar era Tun berkuasa di Malaysia semua dah macam celaka sial haramjadah..!!
Serbuan itu lebih kepada ‘smoking gun’ iaitu sekadar mengaitkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pesalah dalam kes 1MDB.
Mahkamah batalkan lucuthak barangan itu sebab bukan barang curi. Tidak kisah lah berapa juta jumlah wang yang dicuri yang pasti bukan duit curi.
Kalau masih curiga skeptikel duit curi dari 1 MDN buat lah laporan polis.. tak perlu buat andaian fitnah jijik...!!
Sedangkan mahkamah telah memutuskan harta yang dirampas itu tidak diperoleh berkaitan dengan perlakuan kesalahan predikat (aktiviti haram) atau menggunakan dana penyelewengan 1MDB
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa RM46 juta milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disimpan di sebuah unit di Pavilion Residences di sini, wang itu dicuri semasa serbuan dilakukan.
Muhammad Shafee berkata, kecurian harta berkenaan dikesan selepas pihak polis hanya menemui RM114 juta daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM160 juta seperti yang dimaklumkan Najib.
Najib dan isterinya Rosmah adalah pihak ketiga yang ingin menuntut barang kemas serta jam tangan dalam permohonan pelucuthakan pendakwaan terhadap Obyu Holdings, yang dimiliki ahli perniagaan, Tan Sri Bustari Yusof.
Dah lah buat fitnah jijik mencuri wang lagi..dasar sial celaka haramjadah..! Ini semua berlaku era Tun Mahathir berkuasa..!!
Dasar era Tun berkuasa di Malaysia semua dah macam celaka..!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!