Shamsul Iskandar, ‘Pembunuh Senyap’ Atau "Dibunuh Senyap-senyap'?

BAGAN DATUK: Calon Pakatan Ha­rapan (PH) bagi kerusi Par­limen Bagan Datuk, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin yakin mampu melakukan ke­jutan menumbangkan Pre­siden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, Shamsul Iskandar digelar giant killer kerana menumpaskan Tun Mohd. Ali Rustam yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri Melaka, di Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU14.

Menurutnya, beliau tidak ber­kempen seperti Ahmad Za­hid yang mengadakan per­temuan dengan jentera kempen atau program besar-besaran sebaliknya bertemu terus de­ngan pengundi.

“Saya sifatkan sambutan yang saya terima di sini amat memeranjatkan terutama di kubu atau kawasan yang dianggap kuat Ahmad Zahid. Saya sudah pergi hampir 80 peratus kawasan Melayu, Cina dan India di sini.

“Sambutan pengundi Cina dan India amat baik serta Melayu begitu baik. Cuma yang tak buka pintu dalam 10 hingga 15 rumah sahaja.

“Rakyat di sini sedia mendengar, bertanya khabar dan berkenalan dengan saya dan itu sudah cukup baik bagi saya.

“Pendekatan saya tak macam Ahmad Zahid yang bertemu jentera, program be­sar-besaran menjemput orang datang, saya lebih suka pendekatan personal, pendekatan lebih bersifat peribadi saya ke rumah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Shamsul Iskandar berkata, menjelang hari mengundi Sab­­tu ini, sambutan dan so­­ko­ngan yang diterima da­ri­pada pengundi cukup mem­be­rangsangkan.

“Insya-Allah mampu menang, jika rakyat Bagan Datuk memberi peluang untuk diri mereka mencipta sejarah pada PRU15 kali ini,” katanya.

Ahmad Zahid yang me­nyandang kerusi Parlimen itu selama lima penggal dicabar oleh Shamsul Iskandar, Dr. Muhammad Faiz Na’aman daripada Perikatan Nasional (PN) dan bekas Ahli Parlimen Sungai Benut, Tawfik Ismail, 71, yang bertanding sebagai calon Bebas. – UTUSAN

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Untuk Yeop dan Yong khas tinggal di Tambun Perak PRU 15 ni jangan tumpoo bebeno yeop kali nihh

    Oreng Cino dapat tanah 999 tahun, mengkomer dapat haper..!? Sajer tanya yeop ooii jangan nak menglabun ajee yerr..!!

    Pikior lebih sket yeop n yong sume jangan tumpoo bebeno kali ni..!!

    Pada mengkomer di Perak sanun fkta 999 tahun begini pilih calon bukan parti. Mengkomer Melayu mesti bijak memilih.

    Ng Khor Meng dari DAP mahu Hak Milik Kekal 999 tahun untuk Kamping Baru Cina di Perak. Ape mike suma ingat Brother Anwar Bin Ibrahim diam bisu bile menolon mike sume.? Renti kan lahhh mengkomer sume..!!


    Sajer nak Pesan pesan sket pada pengundi Melayu Parlimen Tambun khasnya "Undi lah Calon Bukan Parti.."

    Minggu lepas Lim Kit Siang laungkan Ketuanan Malaysia bukan Ketuanan Melayu.. Brother Anwar Bin Ibrahim menglabun aje lansung tak reply aperyg Tokong tu cakap.. Bole pulak Anwar kate supaya Orang Melayu Buka Minda..!! Yeop n Yong sklian Ape maksudnya tu Anwor kate guphe tu.!?

    Brother Anwor terus bisu dan diam mcm orang bodoh pasal Ketuanan Melayu..!! Atee pada pengundi Melayu Parlimen Tambun sila tolak calon PH Brother Anwar Bin Ibrahim ini..!!

    Permintaan melampau DAP yang mahukan Kampung Baru Cina diluluskan Hak Milik Kekal 999 tahun adalah sesuatu yang bercanggah sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kanun Tanah Negara.

    http://www.ibnuhasyim.com/2018/08/isu-hak-milik-tanah-999-tahun-bukti-dap.html?m=1

    Jadi, tidak kiralah dari mana mengkomer punye ideologi politik, mike suma hendaklah memberikan sokongan penuh kepada bekas Menteri Besar Perak untuk beliau kekal tegas dalam perkara ini dan tidak membiarkan beliau dari terus dibuli oleh DAP dan barua nya Brother Anwar Bin Ibrahim.

    Mike sebagai orang Melayu disarankan dan mempunyai harapan yang tinggi janji kekal melawan hak pemberian hak milik kekal kepada kampung baru Cina (kaum Cina sahaja) seharusnya bermula akhir tahun lalu sempena Tahun Baru Cina dan satu keputusan wajar perlu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semasa PH berkuasa dulu..!!

    "DAP cukup yakin menteri besar Perak ini (Faizal Azumu MB Perak ketika itu) tidak akan mengecewakan rakyat negeri Perak dan menyanjung tinggi komitmen yang ditunjukkan,” – Nga Kor Ming ketika menyampaikan ucapan dasar pada Konvensyen DAP Perak di Hotel Ritz Garden semasa PH berkuasa di Perak.

    Untuk rekod semasa era pemerintahan barua DAP iaitu Mantan Menteri Besar, Nizar Jamaluddin, sebanyak 114 Kampung Baru telah diluluskan...!!!

    Dalam isu ini walaupun pada masa itu MB Perak Faizal Azumu telahpun menolak permohonan, namun DAP tetap degil untuk menuntut hak milik tanah kekal ini.

    So pada memgkomer pengundi Melayu di Perak khasnya Parlimen Tambun undilah calon Melayu dari PN dan bukan calon BN yang belum diuji olah Ng Khor Meng maka calon iaitu Faizal Azumu terbukti telah menentang pemberian 999 tahun pada Kampung Baru Cina ini di Perak Darul Ridzuan semasa PH berkuasa dulu..!!

    Pada yeop n yong mengkome sume jangan undi Brother Anwar Bin Ibrahim dan terang terang barua terbaru DAP@ PAP LeeKwanYew.!!

    Pada mengkomer pengundi Melayu tak kira ideologi komer komer semue maka dari fakta dan bukti penerangan di atas maka Melayu mesti bijak memilih pemimpin. Undi lah Calon Bukan Parti..!! Undi lah calon Faizal Azumu walau pun mengkomer dalam PKR dan PH skali ponn..!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post