Perikatan Nasional (PN) muncul di tangga kedua dalam meraih undi Melayu berikutan kemerosotan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN), menurut tinjauan pra pilihan raya Merdeka Center.
Tinjauan yang dijalankan dari 19 hingga 28 Oktober lalu terhadap 1,209 pengundi berusia 18 tahun ke atas, mendapati BN menerima sokongan Melayu sebanyak 32%, diikuti PN (20%), Pakatan Harapan (PH) (13%), sementara Gerakan Tanah Air (GTA) dan gabungan lain sebanyak 2%.
Sebanyak 29% responden berkata mereka tidak mempunyai kecenderungan atau tidak pasti, manakala 4% tidak memberikan maklum balas.
Merdeka Center berkata, penemuan itu menunjukkan wujud penurunan dalam kecenderungan yang jelas dalam kalangan pengundi Melayu terhadap BN dan peningkatan kecil terhadap PH.
"Namun pada masa sama, masih terdapat sebanyak 29% pengundi Melayu yang menyatakan mereka tidak mempunyai kecenderungan atau masih belum membuat keputusan," katanya.
"Ada kemungkinan sebahagian daripada pengundi yang belum membuat keputusan ini mengundi parti kerajaan, namun pengalaman lalu memberitahu kita bahawa majoriti daripada mereka ini berkemungkinan akan mengundi mana-mana parti lawan, sama ada PN atau PH."
Dalam kalangan pengundi India, 32% menunjukkan mereka akan memberi sokongan kepada BN, sementara 1% lagi menyatakan sokongan kepada PN, dan 51% lagi menyatakan sokongan kepada PH.
Sementara 6% lagi tidak pasti dan 2% berkata mereka tidak mempunyai kecenderungan untuk menyokong mana-mana parti manakala 8% lagi tidak memberikan maklum balas.
Dalam kalangan pengundi Cina pula, tinjauan mendapati sokongan kepada BN adalah sebanyak 5%, PN (1%), PH (47%) dan GTA (1%).
Sebanyak 23% lagi mengatakan mereka tidak pasti dan 18% berkata mereka tiada kecenderungan dan 3% lagi enggan memberi maklum balas.
Merentasi beberapa kumpulan umur, pengundi dalam kumpulan usia 18 hingga 20 tahun menunjukkan 28% daripada responden menyokong BN, PN (24%) dan PH (30%).
Sebanyak 10% lagi berkata mereka tidak mempunyai kecenderungan menyokong mana-mana parti.
Bagi kumpulan umur 21 hingga 40 tahun, tinjauan menunjukkan BN mendapat sokongan sebanyak 21%, PN (14%) dan PH (26%).
Bagi kumpulan pengundi berusia melebihi 40 tahun menyatakan sokongan kepada BN sebanyak 27%, PN (10%) dan PH (24%).
Bagi kedua-dua kumpulan umur ini, 16% berkata mereka tidak mempunyai kecenderungan untuk menyokong mana-mana parti politik.
Dalam pada itu, majoriti pengundi iaitu sebanyak 72%, berkata negara berada di landasan yang salah manakala 20% lagi berkata Malaysia masih berada di landasan yang betul.
Beberapa kebimbangan turut dibangkitkan termasuk keadaan ekonomi, ketidaktentuan politik akibat pilihan raya yang akan dijalankan, dan isu lain seperti rasuah dan kaum.
Sebanyak 74% responden berkata ekonomi adalah masalah terbesar negara ketika ini manakala kebimbangan lain yang turut dibangkitkan termasuk inflasi (31%), ketidakstabilan politik (13%), rasuah (12%) dan pertumbuhan ekonomi (12%).
Kadar penerimaan terhadap kerajaan persekutuan pula adalah sebanyak 31% di mana 60% menunjukkan ketidakpuasan hati, manakala penerimaan terhadap perdana menteri sementara adalah sebanyak 42%.
Dari segi faktor pilihan dalam mengundi, 31% berkata mereka menumpukan calon tempatan diikuti parti (21%) dan kepimpinan persekutuan (13%).
Berhubung kriteria calon, ciri utama yang diingini pengundi adalah "seseorang yang mempunyai idea yang baik untuk negara" (27%), "bersih dan boleh dipercayai" (24%) dan "mampu membawa pembangunan di kawasan yang ditandingi“ (13%).
Pengundi muda lebih menekankan ciri "bersih dan boleh dipercayai" (34%) dan kurang menumpukan ciri keupayaan calon untuk "membawa pembangunan" (4%).
"Pada pendapat kami, kewujudan tiga gabungan utama dengan sokongan akar umbi yang besar serta ketidakpastian mengenai kadar peratusan keluar mengundi menyukarkan untuk menganggarkan keputusan dari segi bilangan kerusi Parlimen," kata Merdeka Center.
“Ketika ini, dengan tahap sokongan pengundi Melayu yang lebih rendah daripada jangkaan terhadap BN, ada kemungkinan untuk menganggap tidak ada satu gabungan yang akan meraih sokongan yang cukup besar untuk membentuk kerajaan satu parti atau satu gabungan.
"Sebaliknya, terdapat kemungkinan kuat bahawa sekurang-kurangnya tiga atau lebih parti/gabungan yang bekerjasama diperlukan bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah."
Demografi kaum dalam tinjauan tersebut ialah Melayu (52%), Cina (29%), India (7%), Bumiputera Islam (6%) dan Bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak (6%).
Responden dipilih secara rawak daripada keseluruhan 222 kawasan Parlimen ~ MalaysiaNow
Sokongan Melayu Terhadap PN Lebih Baik Dari PH?
byAnak Sungai Derhaka
-
8
Kemajuan negara akan terbantut selagi ada politik cara Mahathir.
ReplyDeleteBarisan Nasional memerintah dibawah mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pecut membangun dan mendahului persaingan serantau.
Negara2 jiran sudah pecut kehadapan didalam pembangunan negara mereka.
Malaysia bukan lagi pesaing mereka kerana pelabur asing ‘by-pass’ Malaysia dan memilih negara jiran.
Malaysia mulakan keratapi laju HSR terlebih dulu, tapi rakyat Indoneisa siap lebih awal, sebab gangguan kerajaan Pakatan Harapan dan Mahathir.
Peruntukan untuk rakyat diambil secara berperingkat.
Elaun2 , peruntukan , semua dibatalkan dan dihentikan atau dikurangkan , pencen hampir dihapuskan.
Bantuan dkurangkan , dan kakitangan awam Melayu dipecat seramai berpuluh ribu orang.
Peruntukan untuk rakyat diambil secara berperingkat.
Elaun2 , peruntukan , semua dibatalkan dan dihentikan atau dikurangkan , pencen hampir dihapuskan.
Bantuan dkurangkan , dan kakitangan awam Melayu dipecat seramai berpuluh ribu orang.
Anwar Ibrahim mencuci najis peninggalan Mahathir dengan membuat janji PH 2.0 namun masih ada ‘tapi’ dan ‘bagaimana pun” pada janji manifesto itu.
Tak guna ada pemimpin popular di dunia barat jika pemimpin dikuatiri jadi tali barut pihak barat, Yahudi mossad dan agen asing..tak popolar tapi baik memimpin negara sudah mencukupi..!!
Nak melihat atok serta para pengkhianat terkubur selepas pru15.
ReplyDeleteTak sabar tengok camner rupa muka Tun dan boboi melingkup PRU 15 ni... mesti di maki hamun sumpah seranah Melayu keluar dari mulut Tun...
ReplyDeleteBersih, x da rasuah......tapi x cerdik perintah. Jalan rosak, parit x cukup, Banjir besar tiap2 tahun mcm x da otak nak kurangkan, air minum kotor....tapi duit federal DAPAT. X guna langsung utk negara.
ReplyDeleteCakap x serupa bikin. Asyik cari gaduh sama orang.
Hari2 isu kecam maksiat. Sana sini ... nak tegak Islam... semangat Mat Kilau.
Nak kembali ke zaman kegemilangan Islam... tapi bersama2 penyamun perasuah perintah negara.
Hari2 berita... harga barang naik... barang x ada..... siapa naik turun pangkat.... siapa ada perjanjian ....sesama ahli kabinet dapur bergaduh...
Ada berita positif utk rakyat?
Pemimpin naik keta bru gaji buta rakyat merana
Pilih p end = pilih b end
Tolak p end dan b end. Sbb mereka akan bergabung semula lps pru bentuk kerejaan. Rakyat akan terus tertekan
Pilih majoriti PH pru nanti
Ini Besar punya celaka fitnah jijik Tun Mahathir.
ReplyDeletePeguam Negara baru dilantik selepas PRU15. Semua anjing anjing Tun dalam pejabat AG, PDRM, SPRM, Gabenor BNM LHDN perlu ditukar selepas PRU 15. Jho Low
Zeti Aziz, Nazlan Ghazali Nik Fesal dan Nor Yakob masih bebas kehulu kehilir .
Turut menerima dana dari Ultra Kirana Sendirian Berhad (UKSB) ada lah Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin , Hishamuddin Hussin , Khairy Jamaluddin dan juga Shafie Apdal, namun yang diseret untuk menjawap hanya Zahid Hamidi.
Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir terlalu jelas sangat kuat berpolitik sehingga kes mahkamah dijadikan alat untuk mengenakan musuh politik.
Saksi ke 39 kes 1 MDB bekas Bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank, Cheah Tek Kuang, 74 tahun bertemu Najib di kediamannya di Kenny Hill, Bukit Tunku di sini bagi menyerahkan dokumen pembukaan akaun AmBank di Cawangan Raja Chulan.
Begitu banyak muncul bukti2 baru serta maklumat2 baru terdedah , maka semakin banyak persoalan telah timbul berkenaan banyak kes2 yang telah dan sedang berlansung
“Beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa akan ada kemasukan wang daripada Arab Saudi. Wang yang besar dalam matawang USD iaitu berjumlah AS$100 juta.
“Mahkamah diberitahu tujuan apa wang tersebut diterima oleh beliau, namun beliau sendiri menyatakan bahawa wang itu adalah sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi untuk ;aktiviti islamik’ kepadanya
Selepas pertemuan itu pada Tan Sri Zeti, Cheah Tek Kuang menyerahkan kesemua urusan pengoperasian kepada Pengurus Perhubungan Ambank Joanna Yu dan Bahagian Operasi yang diketuai oleh Ross Foden.
Saksi pendakwaan kes Joanna Yu mengaku bahawa Jho Low yang arahkan dia untuk sembunyikan.
Kemenangan pada Joanna Yu, Jho Loh, Zety, Taufik,Nik Faisal dan beratus pegawai kaum Cina bersekongkol di bank AmBank berjaya memalsukan dokuman dan tandatangan dengan habuan jutaan ringgit. Kemenangan pada Maha Fitnah jijik bila Najib jadi mangsa fitnah jijik kelian.
Melalui tulisan Tommy Thomas pula terdapat banyak campurtangan dan salah guna kuasa berkemungkinan telah terjadi melibatkan pemimpn kerajaan PH terutama nya Tun Mahathir.
Tetapi Zety dan Taufik Ayman begitu sangat sangat istimewa di mata agensi kerajaan seperti SPRM PDRM dan AG. Tak tertangkap oleh pihak berkuasa betapa kebalnya suami Zety si Taufik dan anak beranak Zety hubung kait mereka dalam kes 1 MDB ini.
Apakah kerana terbabit Tun Mahathir , maka pihak AG mahu ia tidak didedahkan siasatan terhadap Tommy?
Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas Pejabat AG tidak boleh didedahkan?
Apakah kerana terbabit Tun Mahathir , maka ada pihak mahu ia tidak didedahkan?
Selagi anjing anjing Tun Mahathir berkuasa di jabatan strategik negara banyak kes tidak berjalan dengan adil.
#inibesarpunyacelakasialfitnahjijik
UNDI PN SAMA MACAM UNDI BN , CALON DIBUANG BN , PN PAS AMBIL , CTH: SHAHIDAN KASSIM , CALON DIBUANG PAS , KHAIRUDDIN TAKIRI DIBUANG DARI PAS, DIAMBIL OLEH BN DI KUALA NERUS...RUGI UNDI...SOKONG PN SAMA MACAM UNDI BN..
DeleteNegara Malaysia dinasihatkan supaya mengurangkan penggunaan US Dolar dalam tukaran asing dan perkhidmatan.
ReplyDeleteJika Malaysia mengunakan acuan politik Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim Malaysia akan mundur dan jadi hamba pada Federal Reserved IMF dan World Bank.
Sekali lagi Federal Reserved terpaksa menaikkan faedah rejim tukaran wang bagi melindungi nilai US Dolar minggu ini.
Rizab Persekutuan Amerika menaikkan kadar faedah di sana sebanyak 0.75% lagi diambilkira di dalam menaikkan kadar faedah bagi menurunkan inflasi kepada 2% seperti yang disasarkan.
Berapa cepat kenaikan faedah perlu dibuat bagi menurunkan inflasi?;
Berapa tinggi kadar faedah yang diperlukan? Dia ada memberi gambaran bahawa kadar 4.5% seperti yang dijangka pada bulan September lalu mungkin tidak cukup tinggi;
Kenaikan kadar faedah ini akan menjadikan nilai Dollar Amerika semakin teguh dan akan memberi kesan ke atas kadar tukaran asing dengan negara lain.
Ini adalah kerana dengan kenaikan faedah, pelabur di seluruh dunia akan membeli Dollar untuk melabur di dalam pasaran kewangan di sana.
Perang Ukraine Russia punca Federal Reserved naikkan faedah US Dollar. China Russia dan anggota BRICS sudah lama mengugurkan US Dollar dalam tukaran wang negara masing. BRICS sudah mengunakan matawang sendiri dan emas sebagai sandaran rejim tukaran matawang.
Dari dulu lagi diminta Malaysia sebagai negara ASEAN satu satu nya patut memilih memjadi anggota perikatan BRICS dan mengurangkan pergantungan pada US Dollar.
Masa itu hanya Najib sudah mengatur langkah mula mengunakan Asia Investmemt Infrastructure Bank (AIIB) berpusat di Shanghai China sebagai pinjaman tanpa menggunakan US Dollar sebagai rejim tukaran matawang.
Selagi cara politik Malaysia mengunakan acuan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim Malaysia akan mundur dan jadi hamba pada Federal Reserved IMF dan World Bank.
Moga-moga yang menang ialah orang yang benar-benar tulus, bersih, amanah dan menjaga kedudukan Islam dan orang Melayu.
ReplyDelete1. PH - di dalamnya ada DAP.
DAP ada agenda anti-Melayu anti-Islam.
Apakan tidak ? Tulisan Jawi pun ditentangnya.
Kalaulah PH menerajui kerajaan, bersiap-sedialah untuk DAP menjalankan racunnya.
PH adalah kuda tunggangan DAP semata. Jadi hati-hati.
2. BN-UMNO - di dalamnya ada RASUAH & nasionalisme Melayu.
Lebih banyak mengkayakan diri dan kroni.
Bertanggungjawab atas kemunduran dua negeri yang paling tinggi nisbah penduduk Melayunya yakni Kelantan dan Terengganu walaupun kedua-duanya ada minyak dan gas.
Banyak berdendam politik sehingga sanggup membiarkan Kelantan terus terbelakang.
Politik yang tidak matang dan hanya peduli diri sendiri.
Malaysia sepatutnya sudah lama membangun mengatasi Korea Selatan sebab penduduk lebih kecil, negara lebih besar, lebih banyak hasil bumi.
Tapi BN oh BN.
3. PN.
PAS takde masalah rasuah atau nasionalisme Melayu, dan tidak seperti DAP, PAS tidak pernah menimbulkan isu perkauman.
Tetapi PAS masih mencari-cari tempatnya di dalam arena politik.
Kekadang polisi-polisinya agak naif.
Namun dengan keberadaan ahli professional di dalam parti dan kerelaan PAS memberikan ruang kepada golongan ini untuk ke hadapan membuktikan PAS boleh dan mahu ke tempat yang lebih baik.
Semakin ramai professional agamis memasuki PAS insha Allah PAS akan tahu tempatnya dimana.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!