BUTTERWORTH: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara bergurau memaklumkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi orang pertama yang 'demam' sekiranya beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun mendoakan kesihatan Dr Mahathir yang mengingati pemimpin itu pernah menjadi sekutu PH.
"Beliau (Dr Mahathir) menjadi orang pertama yang akan 'demam' kalau saya mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri pada 20 November nanti.
"Bagaimanapun, saya tetap mendoakan beliau sentiasa sihat," katanya secara berseloroh ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini, malam tadi.
Dalam pada itu Anwar berkata, selama ini beliau sudah banyak bersabar dengan bekas Perdana Menteri itu namun Dr Mahathir dilihat terus mencampuri urusannya.
"Paling terbaru beliau (Dr Mahathir) tidak menyokong PH kerana kata kita bekerjasama dengan Zahid (Presiden UMNO).
"Bila saya berbincang dengan Zahid? Bila saya cakap begitu (pakatan antara PH dan UMNO)? Jika ada mana buktinya?
"Saya telah banyak bersabar dengan beliau (Dr Mahathir) tetapi sekarang beliau mengatakan bahawa beliau tidak menyokong PH kerana kita bekerjasama dengan Zahid," katanya.
Dalam pada itu, Anwar di hadapan ribuan penyokongnya menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengadakan sebarang pakatan atau rundingan bersama calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding untuk kerusi Parlimen Bagan Datuk itu.
Tegasnya, dakwaan yang dilemparkan kepadanya adalah berbentuk fitnah semata-mata.
"Yang start ( mula ) kata kita runding dengan Zahid dengan UMNO ni, Muhyiddin dengan Ustaz Hadi yang Ustaz Hadi dengan serban dan jubah fitnah orang.
"Sepatutnya Ustaz Hadi menjaga adab dan akhlak selaras dengan imejnya sebagai seorang ulama yang beliau tidak sepatutnya berkelakuan seumpama itu," katanya lapor BH
'Tun M Demam 20 November Ini Jika Saya Jadi PM' - Anwar
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Keyakinan DSAI terserlah utk memenangi PRU-15 ini. Namun diharapkan agar beliau tidak 'over confident'. Ambillah iktibar drp Pak Lah yg hilang 4 negeri apabila buat snap election dahulu akibat 'over confident'. Ingatlah juga bahawa Najib yg bukan setakat mencatat rekod menjadi presiden BN pertama yg hilang kerajaan tapi penyudahnya check-in ke kajang juga kerana 'over confident'. Wallahu'aklam.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!