ARAU: Rentetan desas-desus penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beberapa bilik gerakan BN Parlimen Arau juga mulai ditutup, bermula semalam.
Tinjauan di beberapa bilik gerakan BN di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang yang terletak bawah Parlimen Arau, pagi ini, mendapati kebanyakan bilik gerakan itu ditutup bermula petang semalam ketika khabar angin Shahidan digugurkan daripada senarai calon.
Penutupan bilik gerakan berkenaan dilihat sebagai protes terhadap penolakan pencalonan Shahidan yang sudah menjadi Ahli Parlimen di kawasan berkenaan selama empat penggal bermula 1986, 1990, 2013 dan 2018.
Malah, beberapa petugas bilik gerakan BN di sekitar DUN Tambun Tulang juga dilihat mula menurunkan dan mencabut kembali bendera BN yang sudah dikibarkan hampir seminggu.
Bilik gerakan BN Parlimen Arau dilihat jentera politik yang paling awal bertugas untuk berkempen ketika Parlimen dan parti lain belum menggerakkan gerak kerja jentera mereka.
Cubaan untuk mendapatkan Pengerusi BN Negeri Perlis merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Azlan Man gagal kerana beliau dikatakan tidak berada di Perlis, selain tidak mahu komen terhadap apa yang sedang berlaku di Parlimen Arau.
Semalam, kemelut dalaman berkait pemilihan calon BN untuk bertanding kerusi Parlimen Arau pada PRU15 dilihat semakin memuncak selepas Shahidan memberi bayangan bahawa dirinya digugurkan daripada senarai itu apabila semua bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup, selain bendera parti itu juga diturunkan.
Malah sebelum itu beberapa suara akar umbi UMNO Bahagian Arau turut mendesak agar kepemimpinan tertinggi parti terus mengekalkan Shahidan sebagai calon Parlimen Arau pada PRU15.
Mereka memberi peringatan akan memastikan calon UMNO atau BN yang bertanding selepas ini tewas di kerusi berkenaan sekiranya nama Shahidan digugurkan pada kali ini.
Penutupan bilik gerakan parti berkenaan dan penurunan semula bendera BN yang sudah digantung sebaik Parlimen dibubarkan turut dilaporkan menerusi hantaran Facebook oleh Shahidan, malam tadi.
"Malam ini malam kesedihan teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera sudah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah," tulis beliau ~ BH
Waa!! Depa Tutup Bilik Gerakan Laa..
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Langau dan tungau yang duduk diam bila Bossku dipenjara sudah berambos dan tak dicalonkan PRU15.
ReplyDeleteLaporan dari sumber tertentu , ada kalangan sampah sarap ini bersekongkol dengn musuh untuk memastikan Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan.
Tungau, langau dan lalang ini kalangan pemimpin Umno yang gusar akan diheret ke Mahkamah, mengambil keputusan ‘melompat’ dan bersama di blok Mahathir.
Manakala pemimpin yang masih setia dengan perjuangan Umno mula menerima akibatnya. Dakwaan ‘politik’ mula dikenakan terhadap mereka dengan konsep – tuduh dahulu, bukti kemudian. Namun, tidak semua pemimpin Umno gentar dengan cara Mahathir.
Diramalkan ‘tungau, langau dan sampah sarap UMNO’ ini yang pro dan alat pihak parti lawan dolu akan dikeluarkan dari senarai yang akan menerima watikah perlantikan.
Menghulur tangan kepada ‘musuh politik’ atas alasan penyatuan didendangkan bagi ‘menghalalkan’ matlamat sesetengah pemimpin Umno.
Yang menjadi mangsa, Najib Razak, Zahid Hamidi, Shahrir Samad, Ahmad Maslan dan beberapa orang lagi pemimpin Umno yang bersemangat kental mempertahankan Umno.
Bermakna Presiden UMNO telah melaksana kan janji nya untuk membuat “house cleaning” atau “traitor clensing’.
Apapun , itu “prerogative” Presiden UMNO kerana selepas melaksana kan hak nya kemenangan atau kekalahan parti tetap juga dipertangungjawab kepada bahu nya.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!