Zahid 'Kencing', Dia Akan Jadi PM, Bukan Ismail Sabri Dakwa Tun M

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) berkata, ia susulan janji Ahmad Zahid untuk mencalonkan Naib Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri selepas 19 November ini akan hanya tinggal janji.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara itu boleh dilihat apabila individu yang lebih menyokong Ismail Sabri tidak dicalonkan pada pilihan raya umum kali ini.

“Kasihan Ismail Sabri. Dijanji akan terus jadi Perdana Menteri apabila BN menang dan dia pun bubar Parlimen. (Tetapi) sekarang kroni-kroninya tidak dipilih sebagai calon. (Maka) dia (Ismail Sabri) jadi lemah.

“Ramai percaya janji Zahid Hamidi bahawa Ismail Sabri akan jadi Perdana Menteri akan hanya tinggal janji. Yang akan jadi Perdana Menteri akhirnya ialah Zahid Hamidi,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, individu yang didakwa menyokong Ismail Sabri dan tidak dicalonkan pada PRU15 antaranya penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, penyandang Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan penyandang Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam satu sidang akhbar di Parlimen Bagan Datuk kelmarin mengulangi pendiriannya bahawa Ismail Sabri kekal menjadi Perdana Menteri sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan selepas 19 November ini. – UTUSAN

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post