DAP Ada Bala Tentera Melayu Bawa Agenda Cauvinisme - Hadi

KUALA LUMPUR – DAP yang didakwa membawa agenda cauvinisme dan murtad sudah tidak perlu bersuara, kerana mereka telah berjaya mengadakan bala tentera Melayu yang tidak bermaruah agama dan bangsa dalam kalangan parti itu sendiri.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perjuangan menegakkan agenda tersebut turut disertai PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersamanya, sekaligus melantangkan suara bagi pihak DAP.

Menurut beliau, kini, mereka pula berjaya menarik daripada kalangan UMNO yang menyerah kalah demi kepentingan diri tertentu sahaja.

“Sehinggakan, UMNO telah meninggalkan asas perjuangan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara, serta melanggar resolusi Perhimpunan Agung mereka yang menolak untuk bekerjasama dengan DAP dan angkatannya.

“Kami percaya terdapat sebahagian besar pemimpin UMNO tidak reda dengan langkah songsang oleh segelintir pemimpin mereka, bahkan ada yang secara terbuka melakukan protes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu menambah, kenyataan yang sebenar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah DAP dan parti-parti sekutunya hanya memperoleh kemenangan dengan mengerahkan pengundi bukan Islam yang diugut dengan Islamofobia, dari seluruh pelosok tanah air sehingga luar negara.

Beliau memberitahu, akhirnya, peratusan golongan bukan Islam yang keluar mengundi mencecah jumlah 98 peratus, namun mereka hanya memperoleh beberapa peratus yang kecil daripada undi orang Melayu Islam termasuk sebahagian yang berijazah.

“Manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan 60 peratus pengundi Melayu Islam, bersama sokongan sebahagian besar pemimpin dan akar umbi UMNO yang masih setia kepada agama dan bangsanya.

“Termasuklah sokongan parti bukan Melayu yang tidak fanatik perkauman seperti Gerakan, MCA, MIC, termasuk Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP), dan lain-lain. Akan tetapi, PN tidak dilayan secara sopan,” jelasnya.

Abdul Hadi berkata, PN telah melaksanakan pendekatan kerjasama mengikut adab demokrasi dan undang-undang dengan mencapai kerusi yang boleh bertahan untuk mendapat kuasa politik yang sebenar secara demokrasi.

Malangnya, kata beliau, ia dipintas dengan dilakukan pembentukan kerajaan secara luar tabii daripada amalan demokrasi yang sebenar dengan tipu daya dan putar belit yang sudah diketahui umum.

“DAP dan rakan-rakannya terus melatah tidak mampu mengawal perasaan kebenciannya terhadap Islam, Melayu dan bumiputera, apabila membawa isu mengenai bahaya gelombang hijau,” katanya.

Abdul Hadi berkata, perkara itu sekaligus mendedahkan warna kemerahan anti-Islam yang ada dalam diri mereka bersama parti-parti lain, laksana gerabak kereta api di belakangnya yang sebenarnya membawa bahaya kepada negara dan rakyat, termasuk rakyat bukan Islam dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Apabila hendak dilakukan protes terhadap amalan yang salah mengikut adab dan akhlak demokrasi sebenar yang adil dan telus, tiba-tiba mereka berhujah dengan mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh penjajah pada zaman dahulu dengan menonjolkan isu melawan raja bukannya melawan penjajah,” jelasnya. – MalaysiaGazette

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Orang Islam Melayu sokong DAP BUKAN kerana DAP itu terbaik TETAPI kerana Orang Islam Melayu "meluat" dengan kelakuan pemimpin tertinggi PAS yang menunggang Agama serta meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan Agama.

    ReplyDelete
  2. Jauhi lah perkara ini dari berlaku di Malaysia... Harap jangan berlaku di bomi Malaysia udah ler yeoppp oooii..

    Malu Malaysia nnti mana nak letak muko wooiii... simpang 44 malaikat yeoppp ooiii..

    Hospital huru-hara, pesakit tiba dengan peluru meriam tersekat dalam dubur

    Peluru meriam itu berukuran panjang hampir 20 sentimeter. – Twitter / @acommonlawyer

    https://mykmu.net/2022/12/22/hospital-huru-hara-pesakit-tiba-dengan-peluru-meriam-tersekat-dalam-dubur/

    PARIS – Sebilangan pesakit sebuah hospital di Perancis dipindahkan Sabtu lalu selepas seorang warga emas tiba dengan sebutir peluru meriam dari era Perang Dunia Pertama yang tersekat dalam duburnya, lapor akhbar New York Post semalam.

    Saja skali lagi nak ulangg ...

    Jangan dibuat peluru meriam melekat kat jubooo... jangan cuba nak try test yeopp ooii ..!!

    Silap ari bulan meletop bersepai jubo yeopp oooii.!!

    Malu Malaysia nnti mana nak letak muko wooiii... simpang 44 malaikat yeoppp ooiii..

    kikikiki..

    ReplyDelete
  3. Hj bawang akan meroyan lagi lepas baca ini. PAS dan sekutu rasisnya tak akan mampu menang majoriti pada pru2 akan datang. Majoriti non Muslim Sabah dan Sarawak akan reject PN setelah menonton tik tok Abahcow ceramah tentang kristianisasi. Non Muslim semenanjung tetap terus akan reject PN. Undi melayu kepada PN akan berkurang kerana telah maksimum pada PRU15. Jadi keseluruhannya PN tak akan mampu melebihi 112. Bersedialah untuk jadi pembangkang untuk tempoh yg lama!

    ReplyDelete
  4. Bahaya api perkauman dari Hadi Awang ni, harap polis ambil tindakan tegas pada Kepala Pas ni ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post