Itu @anwarinrahim Bukan @anwaribrahim ..

SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan ciapan yang tular di Twitter menggunakan akaun 'Anwar Ibrahim' yang memuat naik kenyataan mengenai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) adalah palsu.

Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, JPM menegaskan, akaun laman sosial itu bukan kepunyaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"JPM ingin merujuk kepada posting yang tular di media sosial khususnya di Twitter bertajuk 'Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) akan dibincangkan di peringkat kementerian dan usul ini akan diluluskan oleh Kerajaan Perpaduan selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

"Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu. Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," katanya.

JPM pada masa sama turut berkongsi beberapa akaun media sosial rasmi yang digunakan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai rujukan kepada orang ramai supaya tidak tertipu dengan maklumat yang tidak betul.

Beberapa hari lalu, Dong Zong memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional susulan perkara sama turut dibangkitkan ketika PH memerintah negara sebelum ini.

Bagaimanapun tindakan itu mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu - Sinar Harian

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post