Jangan Nak Cuba Scam, Hamzah!

MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini membidas Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin kerana memetik laporan berita Itali yang tidak disahkan di Dewan Rakyat semalam.

Ia berikutan kenyataan Hamzah yang merujuk laporan berita bertajuk “perdana menteri homoseksual pertama Malaysia” daripada laman web berita Itali yang agak tidak dikenali Agenzia Nova.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mempersoalkan kredibiliti portal berita itu yang tidak berada dalam senarai saluran berita Reuters di Itali.

“Tahu tak? Agenzia Nova langsung tak ada dalam senarai ini!

“Agenzia Nova (dari Itali) yang Hamzah Zainuddin petik ni website apa? Ada kredibiliti ke? katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi berkata Hamzah sepatutnya menggunakan saluran berita yang lebih berwibawa dengan tahap yang sama seperti Bernama, BBC atau New York Times.

“Rupanya website entah apa-apa! Nama wartawan yang tulis ‘artikel’ pun tak ada.

“Jangan nak cuba scam, Hamzah!” katanya.

Semalam, Hamzah menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah agensi berita asing kerana menyiarkan laporan berita menuduh beliau sebagai perdana menteri homoseksual pertama dalam sebuah negara Islam.

Ahli Parlimen Larut itu berkata laporan sedemikian menghina perdana menteri dan menggesa tindakan diambil untuk membuktikan tuduhan itu salah.

Namun, sebelum Hamzah selesaikan hujahnya, kekecohan berlaku apabila ahli Parlimen memintanya untuk berhenti membaca perkara berkenaan homoseksual.

Hamzah meminta ahli Parlimen untuk membenarkan beliau menghabiskan hujahnya.

Beliau kemudian menegaskan perdana menteri harus mengambil tindakan terhadap mereka yang memfitnahnya.

“Jangan hanya jadi hero kampung. Beliau tidak seharusnya hanya mengambil tindakan terhadap mereka di dalam negara tetapi harus mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita asing itu,” katanya sekali lagi.

Pada 2015, Anwar dipenjarakan selama lima tahun selepas dituduh meliwat, pertuduhan yang disifatkannya sebagai percubaan bermotif politik oleh perdana menteri ketika itu Najib Razak untuk menamatkan kerjayanya.

Pada 2018, Anwar menerima pengampunan penuh daripada Agong dan dibebaskan dari penjara.

Liwat adalah haram di Malaysia, di mana kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun - The Malaysian Insight

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Qazaf ni untuk sapo....!?

    Anwar Ibrahim hari ini menganggap Hamzah Zanudin belum mendapat tarbiah daripada rakan pembangkang apabila membangkitkan isu homoseksual semasa berbahas semalam.

    Untuk rekod sebelum ini Abdul Hadi pernah menulis buku berkenaan hukuman yang perlu dikenakan ke atas seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina atau liwat.

    Soal nya skg

    Liwat sesamo jantan ato liwat jantan samo betino ni..!?

    Qazaf Cina Doll kira camano pulak..!?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post