Johari Abdul Speaker Dewan Rakyat Yang Baru

JOHARI Abdul dipilih menjadi speaker dalam urusan pertama persidangan Parlimen ke-15 pagi ini selepas meraih 147 undi di Dewan Rakyat.

Bekas ADUN Gurun itu mengatasi bekas menteri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang mendapat 74 undi.

Johari seterusnya mempengerusi persidangan bagi urusan mengangkat sumpah jawatan para ahli dewan baharu yang dimulai Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Persidangan dijadualkan berlangsung dua hari termasuk undi percaya untuk menentukan keabsahan pelantikan Anwar sebagai perdana menteri.

Undi percaya itu bagi membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk memimpin kerajaan memandangkan tiada parti menang mudah dalam PRU15.

Anwar menjangka untuk meraih sokongan majoriti dua pertiga dengan sekurang-kurangnya 148 dari 222 wakil rakyat.

PH mengetuai kerajaan perpaduan dengan 81 kerusi bersama BN (30 kerusi), GPS (23), GRS (enam), Warisan (tiga), dua wakil Bebas dan masing-masing satu dari PBM, KDM dan Muda.

Anwar dalam pengumuman 5 Disember lalu juga berkata, persidangan pertama dewan akan meluluskan belanjawan kecil bagi membayar gaji kakitangan kerajaan untuk bulan Januari.

Persidangan dewan juga akan memilih timbalan speaker.

Di pihak kerajaan, dua nama dicalonkan – Alice Lau (DAP-Lanang) dan Ramli Md Nor (BN- Cameron Highlands) manakala PN mencalonkan bekas timbalan menteri Mas Ermieyati Samsudin - The Malaysian Insight

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post