BANGI – Sehingga bulan Januari tahun ini dilaporkan 25 peratus daripada sejumlah penternak ayam di negeri ini terpaksa gulung tikar.
Ia berikutan beberapa masalah melibatkan kos yang tidak mampu lagi ditampung oleh penternak berkenaan.
Sehubungan itu, Penasihat Kehormat Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor, Datuk Ishak Mat Arif menggesa, kerajaan campur tangan dengan menyediakan subsidi sebagai insiatif mengawal kenaikan harga ayam.
“Kami menggesa subsidi diberikan memandangkan ia menjadi keperluan kepada kami penternak selain dapat mengelak lebih ramai penternak gulung tikar dan tidak sanggup menanggung kerugian.
“Inilah masanya kerajaan bantu kami semula mainkan peranan memberi subsidi kepada penternak agar harga ayam kekal dan tidak membebankan pengguna,” katanya.
Katanya lagi, penternak kini sering berdepan masalah berikutan pulangan jualan di bawah modal, menanggung kos penternakan tinggi dan membebankan, tetapi tiada pilihan kerana harga siling ditetapkan pihak berwajib
Katanya, harga dedak kini juga sudah meningkat sehingga 30 peratus sekali gus mempengaruhi perjalanan perniagaan.
Justeru, beliau berpandangan, kerajaan perlu mencari mekanisme baharu untuk penyelesaian isu harga ayam secara jangka panjang.
“Kita tidak boleh lagi bergantung kepada makanan ayam dari luar negara selamanya, sebaliknya perlu ada strategi dalam menyelesaikan masalah ini.
“Kerajaan perlu mencari kaedah lain mendapatkan bekalan sendiri dengan penanaman jagung, untuk pengeluaran jagung berkualiti bagi menjimatkan kos yang akhirnya dapat memberikan harga rendah kepada pengguna.
“Saya tidak setuju dengan cara import kerana ia cuma penyelesaian jangka pendek yang akan menyebabkan penternak gulung tikar dan lama-kelamaan penternak semakin kurang dan akhirnya kita kekurangan makanan untuk rakyat,” katanya - Ismaweb.net
Kos Meningkat, 25 Peratus Penternak Ayam Selangor Gulung Tikar
byAnak Sungai Derhaka
-
2
Dulu masa kerajaan pn bn knp tak berkokok.. Krn mmg dah tahu kerajaan dulu kerajaan tebuk atap. Ini berkokok krn yakin kerajaan pm10 DSAi cakna rakyat
ReplyDeleteJadi bg peluang kt kerajaan pm10 buat kerja. Jangan duk fitnah n ganggu gugat dgn cara tak betul. Masa pru16 lawanlah balik..
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!