Rais Yatim Sindir Siapa Ni?

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim mempersoalkan tindakan terpilih dalam kes pendakwaan mahkamah membabitkan pemimpin politik dengan penjawat awam.

Dalam satu hantaran di Twitter, bekas menteri Kabinet itu membangkitkan situasi apabila penjawat awam didakwa di mahkamah atas kesalahan jenayah, khidmatnya digantung hingga kes selesai.

Bagaimanapun, katanya, ahli politik yang berdepan berpuluh pertuduhan di mahkamah masih boleh dilantik menjadi anggota pentadbiran.

"Bila seseorang penjawat awam didakwa di mahkamah atas satu-satu kesalahan jenayah, khidmatnya digantung hingga kesnya selesai, tetapi bila seseorang ahli politik berdepan berpuluh pertuduhan di mahkamah, dia boleh pulak dilantik sebagai anggota pentadbiran. Adilkah? " katanya.


Dalam ciapan ringkas itu, Rais yang pernah menganggotai UMNO dan BERSATU, tidak menyatakan siapa yang dimaksudkannya atau memberi penjelasan lanjut berhubung perkara terbabit.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan menarik beratus komen warganet yang menyokong kenyataan berkenaan.

Dalam hantaran berikutnya, beliau turut memuat naik karikatur Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melaungkan kempen 'No Anwar, No DAP' dan menulis: "Rakyat masih ingat igauan ini".

Ia dipercayai merujuk pelantikan Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam Kabinet diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun UMNO sebelumnya menetapkan pendirian tidak bekerjasama dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan dan DAP yang berada dalam PH.

Selain diberi kepercayaan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid juga memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam Kabinet baharu yang turut disertai lima lagi pemimpin UMNO.

Mereka adalah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Azalina Othman Said; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan juga Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - BH

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post