Telur Import Dijual Lebih Mahal Dari Telur Tempatan.. Kenapa?

KUALA LUMPUR: Telur ayam yang diimport daripada India untuk memenuhi keperluan pengguna negara ini, dijual pada harga 50 sen sebiji, lebih mahal daripada telur Gred A, walaupun saiznya lebih kecil daripada Gred C tempatan.

Ketika ini, telur Gred C tempatan dijual pada harga 41 sen sebiji, manakala Gred A pula adalah 45 sen sebiji.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin, mengakui harga telur import itu lebih mahal, namun ia masih mendapat permintaan daripada pengguna.

"Walaupun saiz telur import itu lebih kecil daripada Gred C, manakala harganya lebih mahal daripada Gred A, namun sekurang-kurangnya kita ada bekalan itu terutamanya ia adalah sumber protein yang paling murah boleh didapati.

"Kebanyakan makanan di negara ini memerlukan telur, disebabkan itu ia tetap ada pembeli walaupun harganya sebegitu," katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan akan mengimport sekurang-kurangnya dua hingga 10 juta biji telur sehari untuk menampung keperluan dan permintaan pasaran tempatan selain bagi tujuan mengawal harganya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, import telur itu sudah bermula sejak 15 Disember lalu dengan permulaan kemasukan sebanyak 100,000 biji telur.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai telur ayam import yang diterima oleh pasar raya Mydin, Ameer berkata, ketika ini bekalan yang diperoleh mereka hanya cukup untuk dijual menerusi cawangan Subang Jaya.

"Telur ayam import itu sudah diterima dan setakat ini dianggarkan jumlah itu cukup untuk menampung bekalan antara dua hingga tiga hari di cawangan Subang Jaya.

"Minggu depan akan masuk lagi bekalannya dan akan diagihkan kepada semua cawangan Mydin di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Ameer berharap selepas telur ayam kembali stabil, kerajaan membiarkan ia dijual pada harga pasaran, tidak meletakkannya di bawah harga kawalan.

Katanya, kerajaan tidak perlu takut dengan kenaikan harga telur ayam kerana mengikut perkiraan ia hanya akan meningkat sekitar lima hingga tujuh sen sahaja.

Malah katanya, tindakan itu juga dapat mengelakkan pembekal 'main harga' dengan mengenakan caj tambahan kepada perkara lain.

"Kalau bekalan telur ayam pada pembekal tempatan ini sudah mencukupi, kita tidak perlu lagi import dari luar. Kita mahukan situasi menang-menang. Diharapkan selepas perayaan Krismas ini kerajaan tidak buat harga kawalan kepada telur.

"Setiap kali adanya kawalan harga sudah tentu terdapat 'underground economy' di sebaliknya. Mungkin kerajaan kini tidak tahu, walaupun ada harga kawalan ia akan disekalikan dengan 'underground economy'.

"Ini bermakna harga barangan itu dijual lebih mahal, kalau harga kawalan menetapkan sebiji telur itu dijual dengan harga 45 sen sebiji, tetapi peniaga ini tidak akan mendapat bekalan dengan harga berkenaan," katanya.

Ameer mendedahkan, hanya mereka yang sanggup bayar lebih sahaja akan menerima bekalan daripada pembekal.

"Walaupun dalam invois harga telur ayam ini akan kekal sama, namun pembekal bertindak 'main harga' dengan mengenakan caj tambahan pada pengangkutan atau caj pengendalian.

"Ini tidak betul, ia babitkan harga yang mahal namun dengan cara yang tidak telus, disebabkan kerajaan nak semua dibuat secara telus jadi kita cadangkan untuk tidak membuat harga kawalan selepas perayaan Krismas ini," katanya - BH

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Rafizi Formula guna formula cikai hingat kan canggih bebeno formula nyer.. Haramjadah punya formula..!!

    Formula Rafizi 'klu harga ayomm naik jangan makan ayommm..!! puiiii..!!

    Kerajaan perlukan bantuan pengguna untuk tekan penjual. Guna kuasa beli untuk tekan harga agar lebih rendah. Makanya, boleh lah kurang beli ayam buat masa ini. Agar kurangkan harga dimanipulasi.

    Protein alternatif lain yang boleh dibeli ialah sekian2 dengan harga sekian2 di tempat sekian2. Team saya akan edarkan maklumat segera di website.

    Jika sebelum ini yang dikatakan kalau ayam mahal, jangan makan ayam. Bagi nak jaga air muka yang dah terbarai Rafizi Formula bagi congo air pula..Tapi kenyataan Rafizi adalah kalau satu kedai mahal, cari kedai lain yang murah.

    Rafizi juga berulang kali ulang tentang minuman tak beralkohol sebagai contoh. Tak hado pulok selamo ni air minuman jadi isu.. yg jadi isu makanan keperluan bukan air alkohol atau air soda mau pun toguk air paip...

    Ramai pun dah mula sedar, tiada magical formula. Alih2 kuasa pengguna juga.

    Kalau itu formula yang Rafizi Formula katakan kalau harga ayom naik jangan makan ayommm.. sama juga dah menteri lama punya cara...

    Yang Rafizi Formula bukan mintak kerajaan tekan kartel ayoom tapi mintak pengguna jangan makan ayommm.. hang tangkap, tarik lesen kartel ada jugak helok nyerr... kikiki.. bodo punya formula..

    kikikiki... Ko pi lah tekan kartel ayommm tuhh ini ya patut kerajaan Rafizi Formula kena buat weeiii..!! Yang ko suruh orang jangan makan ayomm ko dah kenapooo..!?

    #bergegarformularupanyaformulataik

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post