Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Kena Macam Dia Ni Laa...

Pepatah Melayu ada berbunyi 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.' tetapi dalam hal ini bukan kata yang terlajak tetapi 'kata-kata yang terlebih terlajak' hingga menjadi herdik..

Gara-gara terlajak kata (mungkin sebab dia rasa di dah besar sangat dan perlu dihormati oleh lain-lain kekitangan Kerajaan) beliau hanya memegang Jawatan Ketua Pengarah itu lebih kurang 10 bulan sahaja..

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung dakwaan seorang pegawai tinggi kerajaan telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Imigresen (Imigresen) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dalam satu insiden pada 3 Ogos lalu.

Rentetan itu, Mohd Zuki pada 7 Ogos lalu mengumumkan penubuhan satu Jawatankuasa Siasatan, yang dipengerusi Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bagi menyiasat dakwaan insiden membabitkan seorang pegawai tinggi kerajaan dan pegawai Imigresen di KLIA itu.

Ia selepas Kabinet pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu Perdana Menteri mengarahkan KSN menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat isu membabitkan Mohd Shafiq yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen (Imigresen).

Ismail Sabri dilaporkan berkata perkara itu dibincangkan Kabinet supaya siasatan dilaksanakan jawatankuasa khas yang ahlinya ditentukan KSN.

"Kabinet setuju meminta KSN melihat perkara ini dan menubuhkan jawatankuasa di peringkat dalaman bagi menyiasat perkara ini.

"Kita kena berlaku adil kepada semua pihak... yang mengadu dan diadukan itu, jadi kita serahkan jawatankuasa itu yang ditentukan KSN nanti," katanya.

Mohd Shafiq, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Meiji, Jepun.

Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri pada 1 Disember 1992.

Mohd Shafiq yang sebelum ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan menggantikan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang bersara wajib pada 16 Januari lalu.

Dan hari ini media melaporkan..

PUTRAJAYA: Perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ditamatkan berkuat kuasa semalam.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata penamatan itu selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].

Beliau berkata Mohd Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [AKTA 227] yang membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya.

"Keputusan ini diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara.

"Saya bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq bin Abdullah atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam.

"Saya menyeru kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan demi negara yang kita cintai," katanya dalam kenyataan hari ini.



Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post