Dari MP PKR Kepada Ahmad Shabery...

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen, Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim terus menggunakan puisi sebagai platform mengkritik serta menyindir politik tanah air termasuk Kerajaan Perpaduan.

Terbaharu menerusi puisi bertajuk 'Demi Daulah Ini', Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor itu dipercayai menyindir kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam, yang mengulas tindakannya sering menegur Kerajaan Perpaduan secara puitis dan tersirat.

Hassan menerusi puisi terbaharu itu menyindir kenyataan Ahmad Shabery yang menyifatkan 'kritikan' beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) terhadap Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai virus.

Menerusi rangkap pertama puisi Hassan, '...atas nama kestabilan jangan digoncang perahu ini jangan, jangan, nanti karam semua' Hassan dipercayai, menyindir kenyataan Ahmad Shabery yang menyatakan tindakan mengkritik Kerajaan Perpaduan secara berterusan akan memberi kesan kepada kestabilan kerajaan.

Semalam, Ahmad Shabery dilaporkan mengingatkan perbuatan mengkritik rakan dalam kerajaan secara terbuka adalah 'virus' yang belum ada vaksinnya sehingga kini.

Beliau dilaporkan berkata, ia boleh memendekkan jangka hayat kerajaan seperti dihadapi PH selama 22 bulan sebelum ini.

Ahmad Shabery sebelum ini dilaporkan menunjukkan rasa simpati terhadap dilema dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kritikan terbuka Hassan membabitkan kes mahkamah dihadapi Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Beliau menyifatkan kerajaan ketika ini dibina menggunakan jambatan sementara daripada besi dan berdepan risiko runtuh.

Bagaimanapun, Hassan yang juga pemimpin veteran PKR dilihat terus melontarkan sindiran tajamnya terhadap Ahmad Shabery dalam puisi itu, kononnya atas nama kestabilan maka semua pihak perlu berdiam diri sekali gus menerima hakikat bahawa kini PH dan BN bekerjasama tanpa mempedulikan tadbir urus yang baik serta integriti pemimpin.

Menerusi puisi itu, Hassan secara sinis turut menyentuh sikap 'talam dua muka' segelintir pemimpin yang sanggup memekakkan telinga walaupun tahu kesalahan berlaku demi mempertahankan jawatan yang baharu diperoleh.

Demi Daulah Ini

Atas nama kestabilan
Jangan digoncang perahu ini

Jangan, jangan
Nanti karam semua
Ingat ya,
Jambatan kamu
Bukan Jambatan konkrit
Ingat itu
Lalu, diam semua kamu
Sebaiknya
Jangan lagi
Jangan lagi bicara hal-hal rasuah

Jangan, jangan
Jangan diungkit-ungkit
Ketirisan itu
Kebocoran ini
Jangan
Jangan disebut lagi
Kes itu
Kes ini
Perkataan-perkataan kluster dan Mahkamah
Semua itu, sensitif waktu kini
Membisulah kamu sebaiknya Saudara

Jangan
Jangan bising-bising lagi
Nanti karam perahu ini
Nanti tercabut skrew-skrew
Jambatan bailey ini
Ini petua dariku Saudara
Membisu itu baik di kala ini
Ya, membisu itu Pilihan terbaik kini

Jangan
Jangan kamu terlalu idealis Saudara
Pragmatislah sedikit
Opoligislah sedikit
Kita kan terpaksa segalanya
Hidup lemas dalam dilemma ini?
Ya, terimalah hakikat Saudara
Timbulnya kamu
Tenggelamnya aku
Kan kita kembar siam?

Jangan
Jangan digoncang perahu ini
Nanti kita semua karam
Lemas dan tenggelam
Option kita Saudara
Hanya Satu atau Dua saja
Pekakkan telingamu
Buat-buat tidak dengar
Mereka memunggah harta Negara

Jangan,
Jangan Saudara
Jangan buka matamu
Buat-buat buta Saudara
Pura-puralah tak kelihatan
Mereka melarikan kekayaan ke Virgin Island
Nah, ini saja Pilihan yang ada
Untuk Selamat bernyawa
Ayuh, matikan segera nuranimu
Kita korbankan segalanya
Demi kestabilan Daulah Ini

Hassan Abdul Karim
Jumaat 20 Januari 2023
Pasir Gudang

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Apa jasa Taufik Ayman pada negara..!? Kenapa susah sangat negara nak tangkap Taufik Ayman.? Mana Jho Low sampai skg lesap..

    Bila nak tangkap rampas harta Zety.

    Hakim Nazlan telah dipanggil oleh SPRM baru-baru ini untuk kenyataannya direkodkan," kata Bossku dalam afidavitnya, sebelum meneruskan untuk apa yang dikatakan hakim itu kepada pegawai rakaman SPRM.

    Bossku berkata beliau juga "difahamkan" apa jawapan Nazlan apabila ditanya oleh pegawai SPRM mengenai perkara yang berkaitan dengan pinjaman Maybank.

    Tak perlu untuk menghuraikan bagaimana dia mempunyai pengetahuan yang kononnya tentang cara hakim bertindak balas.

    Sebelum ini, Bossku berkata beliau sekitar 9 Mei semasa tempoh Hari Raya "menemui sampul surat tanpa nama /annoymus " yang mengandungi dokumen Maybank lepas dalam tempoh 2010 hingga 2012 yang dihantar ke rumahnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur.

    “Bossku yakin dan tahu averment ini adalah benar dan bossku mencabar sama ada SPRM atau pendakwa raya untuk menafikan perkara ini dalam rekod dan melalui sebarang afidavit sebagai jawapan,” kata Najib.

    Sambil kes ini direka untuk membenarkan fitnah Pakatan Harapan dan Tun Mahathir terhadap Bossku. Sekiranya kes Zeti Akhtar Aziz juga masih belum dibuka , dimana ia pasti dapat merungkai siapa dibelakang Zeti dan mungkin boleh meruntuhkan seluruh Pakatan Harapan jika didapati mereka tahu berkenaan wang RM700 juta di Singapura tetapi ‘bersubahat’ menutupinya.

    Tidak dapat dibayangkan akhirnya Tun Mahathir Bobboi hilang deposit PRU 15 angkara karma fitnah jijik mereka.

    Phadan Mukhaa kau anak beranak...!!

    Apa jasa Taufik Ayman pada negara mungkin Tun Mahathir Mohamad boleh jawab bagi pihak Taufik Ayman dan keluarganya..

    #RakyatAymantakkisahyer

    ReplyDelete
  2. Salute to Hassan Karim, the only MP with principle, integrity and fearlessness. The rest are only ‘cari makan’.

    ReplyDelete
  3. Pulau Pulau akan dapat kan khidmat Nasihat Singapura pembangunan kerajaan perumahan tempatan.

    Rakyat sedanb perhatikan dan mengawasi apa yang Brother Anwar Bin Ibrahim akan lakukan terhadap negeri kelahiran nya sendiri di Pulau Pinang..

    Berani kah Brother, Otai otai, Rafizi dan PKR membantah rancangan DAP. Inilah bahana bila barua Lee Kwan Yew@DAP dijadikan kawan. Pelik pemimpin Melayu Timbalan Presiden UMNo seperti Tok Mat Hasan lebih rela sanggup berkawan dengan DAP dari Pakatan Nasional...!!

    18 Januari lalu, Kor Ming mengumumkan kerajaan PH-BN akan menerima bantuan pakar HDB dari Singapura iuntuk berkongsi pengalaman mereka dalam pembangunan perumahan di negara republik itu dengan KPKT.

    Kerajaan Singapura bersetuju untuk meminjamkan pakar mereka bagi berkongsi pengalaman dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kata Nga Kor Ming... pergi mampos dengan barua barua Lee Kwan Yew ni..

    Link bawah ni haahh..

    http://kachipemas.blogspot.com/2023/01/nga-kor-ming-umum-berita-baik-pakar.html?m=1

    Menteri DAP KPKT secara terang dan terancang menjemput HDB Singapura masuk. Apa akan jadi dengan Tanah Rizab Melayu di Tanah Melayu?”

    Polisi perumahan di Singapura tidak membenarkan mana-mana kaum mendominasi satu kawasan.

    “Kampung Melayu diambil tanahnya oleh kerajaan di bawah HDB dan diberikan tender kepada pemaju-pemaju swasta. Kemudian apabila terbinanya flat atau kondominium, tidak dibenarkan satu kaum apatah lagi orang Melayu untuk mendominasi satu kawasan.

    Agenda DAP adalah membina terowong atau jambatan ke tiga dengan menghala dari George Town terus ke Seberang Perai Utara di mana terletaknya kawasan Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugur.

    Beliau menjelaskan bahawa perkampungan Melayu di dua kawasan Parlimen itu bakal diranapkan, namun agak susah kerana kedua-duanya kini dikuasai Perikatan Nasional (PN).

    Sekiranya keadaan sekarang berterusan untuk 10 hingga 20 tahun lagi, Kampung Warisan Melayu di pinggir Pulau Pinang akan menjadi seperti di Geylang Serai (di Singapura).

    “Di Penang sebelah pulau, SPS (Seberang Perai Selatan) dan SPT (Seberang Perai Tengah) sudah ranap. Majoriti orang Melayu sudah lari dan kini jadi minoriti

    Ini lah masa kempen secara besar besaran dan menasihatkan anak muda Melayu Pulau Pinang supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang, sekiranya DAP terus memerintah.

    Jangan harap pada Brother Anwar Bin Ibrahim PKR PAN PejWang UMNo untuk membantu menyedarkan tindakan anjing Lee Kan Yew@DAP.

    Mereka semua adalah barua barua terbaru Lee Kwan Yew@DAP setelah barua lama mereka iaitu barua paling renta sudah tidak berharga ladi dan sudah dibakul sampahkan apabila Pulau Batu Putih diserahkan pada anak Lee Kwan Yew..!!

    “Penyelamatnya adalah ‘gelombang tsunami hijau’ dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

    “Gelombang hijau harus menjadi realiti dan menumbangkan kerajaan DAP Pulau Pinang.

    Rakyat sedang memerhati apa tindakan reaksi dari Brother Anwar Bin Ibrahim terhadap rancangan DAP ini...!!

    ReplyDelete
  4. Perodi MP Hassan Karim Otai PKR

    Demi Daulah Ini Kau dah Kenapa Samdol..!?

    Atas nama kestabilan
    Jangan digoncang perahu ini oopss jangan goncang katil CinaDoll itu lagi

    Jangan, jangan
    Nanti karam semua ... karam keghairahan
    Ingat ya,
    Jambatan kamu jambatan kami
    Bukan Jambatan konkrit Jambatan LGBT

    Ingat itu.. haah silap Saya Ulangggg..
    Lalu, diam semua kamu macam kayu daa
    Sebaiknya
    Jangan lagi
    Jangan lagi bicara hal-hal geli geli rasuah ..

    Jangan, jangan
    Jangan diungkit-ungkit geli geli rakyat
    Ketirisan itu
    Kebocoran ini walaun akan terkinja lagi
    Jangan
    Jangan disebut lagi
    Kes itu, Kes ini
    Perkataan-perkataan kluster dan Mahkamah
    Semua itu, sensitif waktu kini.. kena sebut Formula.. formula.. formula..300x

    Membisulah kamu sebaiknya Saudara Rapiji

    Jangan
    Jangan bising-bising lagi.. Oops salah quote Saya Ulangg..

    Nanti karam perahu ini
    Nanti tercabut skrew-skrew lutut Cinadoll
    Jambatan bailey ini bukan baju Brioni
    Ini petua dariku Saudara
    Membisu itu baik di kala ini
    Ya, membisu itu Pilihan terbaik kini

    Jangan
    Jangan kamu terlalu idealis Saudara kok gitu
    Pragmatislah sedikit
    Opoligislah sedikit.. Demi barua LeeKwanYew@DAP

    Kita kan terpaksa segalanya
    Hidup lemas dalam dilemma ini?

    Ya, terimalah hakikat Saudara Kluster
    Timbulnya kamu
    Tenggelamnya aku
    Kan kita kembar LGBT?

    Jangan
    Jangan digoncang perahu ini .. kondo itu

    Nanti kita semua karam
    Lemas dan tenggelam

    Option kita Saudara guna password..
    Hanya Satu atau Dua saja
    Pekakkan telingamu
    Buat-buat tidak dengar
    Mereka memunggah harta Negara

    Jangan,
    Jangan Saudara
    Jangan buka matamu sambil 'Can I Fuck u'

    Buat-buat buta Saudara
    Pura-puralah tak kelihatan
    Mereka melarikan kekayaan ke Virgin Island

    Nah, ini saja Pilihan yang ada
    Untuk Selamat bernyawa
    Ayuh, matikan segera nuranimu
    Kita korbankan segalanya
    Demi kestabilan Daulah Minoriti ini

    Jumaat 20 Januari 2023
    Pasir Gudang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafizi berkata dia berharap Tuan Ibrahim meneruskan tindakan saman itu kerana dia memang "mahu ke mahkamah" kerana ada bukti yang kukuh mengenai perkara itu.

      Berkenaan gesaan Tuan Ibrahim agar dia membuat laporan di SPRM, Rafizi berkata dia telah membuat laporan kepada suruhanjaya itu banyak kali sebelum ini namun tanpa sebarang kesan.

      Namun dia berkata jika PH menang dan menjadi kerajaan persekutuan nanti, dia akan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

      "Walaupun Tuan Ibrahim sebelum ini mencabar saya untuk membuat laporan SPRM, saya berharap dia bersabar kerana sudah tentu laporan SPRM akan dibuat sekiranya PH membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat," katanya lagi.....kah kah kah rafizi.....

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post