Langkah St Regis Pulakdah!!.. Betoika Dakwaan Zahid Ni?

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mendedahkan mengenai kewujudan 'Langkah St Regis' diatur beberapa ahli parlimen parti itu bersama pemimpin PN.

Kata Ahmad Zahid ia bukan saja untuk menggagalkan pembentukan kerajaan perpaduan malah cuba untuk menyingkirkan ahli parlimen Bagan Datuk terbabit sebagai pengerusi BN.

Menurut pemimpin Umno yang enggan namanya didedahkan, Ahmad Zahid pada sesi taklimat presiden yang berlangsung petang tadi turut mendedahkan 10 nama ahli parlimen mereka yang menyerahkan akuan bersumpah (SD) bagi mengangkat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-10.

Menurutnya, ketika kemelut politik melanda dan mesyuarat BN diadakan, hanya 26 ahli parlimen yang hadir, manakala baki empat lagi - yang memberikan sokongan kepada Muhyiddin - tidak datang dengan memberi alasan kesihatan.

"Presiden memaklumkan pada masa Dewan Tertinggi (BN) bersidang telah ada perancangan dibuat untuk menyingkirkan beliau (Ahmad Zahid) selaku pengerusi BN.

"Jika langkah itu berjaya, Muhyiddin telah sedia menanti di Hotel St Regis (di Kuala Lumpur) untuk mendapatkan sokongan BN," katanya.

Bagaimanapun kata sumber terbabit rancangan sulit itu terbongkar apabila Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, tiba-tiba dihubungi seorang pemimpin kanan PAS-PN.

Dalam perbualan itu, katanya, pemimpin PAS-PN itu bertanya mengapa ahli-ahli parlimen BN belum sampai ke hotel berkenaan.

"Katanya Muhyiddin sudah sedia menanti di Hotel St Regis," katanya selepas taklimat presiden di Pusat Dagangan Dunia (WTC), petang tadi.

Dalam pada itu, pemimpin Umno terbabit turut memaklumkan Ahmad Zahid berdepan cabaran hebat termasuk daripada pemimpin parti komponen ketika membuat keputusan untuk bersama membentuk kerajaan perpaduan.

Selain itu katanya, pada taklimat presiden itu juga Ahmad Zahid memaklumkan yang BN akan bertanding menggunakan logo parti dalam enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

"Biro politik dan Majlis Kerja Tertinggi Umno dah buat keputusan, BN tetap akan menyertai PRN di keenam-enam negeri dengan lambang BN.

"Namun penyertaan BN mestilah bersama rakan politik strategik parti-parti dalam kerajaan perpaduan," katanya - Malaysiakini

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post