Pada Rabu, Shahidan dalam klip video di laman Facebooknya berkata PN mempunyai strategi untuk menawan Negeri Sembilan dan Selangor selain mempunyai keyakinan ia boleh ‘menawan’ Pulau Pinang.
Sebelum ini Presiden Gerakan Dominic Lau dalam temu bual dengan media berkata partinya - kini sebahagian daripada PN - percaya masanya sudah tiba untuk parti itu menjatuhkan DAP dan mengambil alih semula negeri itu.
Lau berkata walaupun parti itu gagal memenangi sebarang kerusi pada 2018 dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, namun ia mempunyai “konsep, strategi dan bakat” untuk memerintah Pulau Pinang semula.
Gerakan mentadbir Pulau Pinang selama 39 tahun antara 1969 dan 2008. Sejak itu negeri itu berada di tangan PH setelah menjadi kubu kuat DAP.
Memberi maklum balas kepada Lau, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ll P Ramasamy berkata harapan presiden Gerakan untuk kembali berpolitik di Pulau Pinang adalah lebih daripada halusinasi.
Dan Lim Guan Eng pula menyifatkan keyakinan Shahidan Kassim itu hanyalah angan-angan..
GEORGETOWN: Tindakan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan keyakinan bahawa Perikatan Nasional (PN) dapat 'menggoncang' Pulau Pinang hanya disifatkan sebagai angan-angan.Pengerusi DAP, Lim Guan Eng secara berseloroh turut membayangkan kenyataan bekas Menteri Besar Perlis itu umpama peribahasa 'biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya'."Biarkan si labu dengan... biarlah biar...kalau dia nak (goncang Pulau Pinang) biarlah dia dengan dia punya anggan-angan dia," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang di sini.Semalam, Shahidan menerusi hantaran berbentuk klip video di laman Facebook beliau berkata PN mempunyai strategi tertentu untuk menawan Negeri Sembilan dan Selangor, selain yakin dapat 'menggoncangkan' Pulau Pinang.Dalam pada itu, Guan Eng berkata, DAP belum membuat sebarang perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung pembahagian kerusi dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Beliau turut berpendapat, perkara itu tidak akan didedahkan buat masa ini meskipun perbincangan mengenainya dilakukan kelak."Kalau adapun perbincangan (pembahagian kerusi) kita tidak akan dedahkan. Saya rasa tunggulah kita akan umumkan," katanya ringkas.Isnin lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tiada halangan untuk pimpinan peringkat negeri mengadakan perbincangan berhubung pembahagian kerusi antara PH dan BN.Perdana Menteri yang juga Presiden PKR itu turut menjelaskan setakat ini belum ada perbincangan rasmi berhubung perkara itu sebagai persiapan PRN akan datang - BH
DAP mungkin tak tergugat.. tapi lain-lain parti yang bersama DAP membentuk Kerajaan Negeri mungkin tergugat..
Singapura ini ibarat mendapat sebiji kek, dia akan makan kesemuanya, dia tidak akan kongsi untuk manfaat bersama.
ReplyDeleteApa yang Singapura tidak tahu tentang kita, terutama soal pertahanan dan keselamatan, yang menjadi ancaman kepada mereka. Lebih-lebih parti ultra kiasu ini terlalu baik dengan mereka sebab daripada sejarah parti yang sama ....Profeosr Chandran selalu berkata, Singapura ini ibarat sebiji kek, kalau boleh dia mahu makan semua kek itu, dia tidak mahu kongsi meskipun ia adalah sebuah pulau Melayu. Sepatutnya ultra kiasu mesti rasa amat terhutang budi kepada Melayu kerana telah melepaskan sebuah pulau yang bukan milik bangsanya. Namun, semua itu tidak berlaku.
Inilah amat bahaya ultra kiasu. Ultra kiasu ini tidak pernah percaya kepada Melayu, berbanding dengan Melayu percayakan bukan Melayu.
Sebab itulah, Melayu terlalu sukar untuk memegang jawatan tinggi strategik di Singapura, seperti polis, tentera, imgresen, kastam dan sebagainya............Amanah hidup DAP.......
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!