SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin terpaksa menubuhkan kerajaan perpaduan di Sabah dianggotai semua parti sebagai jalan damai kemelut politik negeri itu, berbanding memilih gabungan politik Parti Warisan (Warisan) - Barisan Nasional (BN) atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir berpandangan, penubuhan kerajaan perpaduan itu merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan pergolakan politik di Sabah ketika ini.
Justeru katanya, Anwar wajar memulakan langkah ke arah itu dengan membangkitkan perkara berkenaan ketika pertemuan bersama ketua parti politik Sabah, malam ini.
Antara pemimpin politik Sabah dijangka bertemu Anwar termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Jalan penyelesaian terbaik perlu dicadangkan Perdana Menteri dengan wakil parti politik nanti adalah penubuhan kerajaan perpaduan iaitu dengan semua parti politik bergabung membentuk sebuah kerajaan negeri baharu tanpa pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
"Anwar juga perlu mengemukakan formula sesuai dan mengikut nisbah kuota jumlah kerusi DUN dimenangi setiap parti politik bagi mengagihkan jawatan penting dalam kerajaan perpaduan berkenaan termasuk siapa sepatutnya menjadi Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kabinet," kata Jeniri kepada Sinar Premium, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Ahad, yang yakin ada formula bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik di Sabah ketika ini.
Tanpa menjelaskan secara lanjut, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata formula itu antaranya memperincikan kehendak atau 'wishlist' yang dikemukakan pihak terbabit, namun pastinya ia akan dipertimbangkan secara rasional.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menjelaskan, formula penyelesaian itu akan dibawa dalam pertemuannya dengan Anwar dan Hajiji dalam masa terdekat.
Mengulas lanjut Jeniri menegaskan, krisis politik melanda Sabah berpunca daripada rasa tidak puas hati dan kecewa pemimpin BN dan UMNO terutama Bung Moktar biarpun parti dipimpinnya memenangi kerusi yang lebih besar berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pada 2020 lalu.
Oleh itu, Jeniri berpandangan penubuhan kerajaan perpaduan adalah jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai kemelut politik sehingga PRN akan datang apabila tempoh DUN Sabah matang, penghujung tahun 2025.
Dengan tertubuhnya kerajaan perpaduan, Jeniri yakin bukan hanya kestabilan politik dapat dibentuk, bahkan membolehkan kerajaan negeri memberikan fokus kepada perkara lebih besar iaitu menangani masalah ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan pembangunan serta usaha menuntut hak Sabah seperti terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Justeru itu, saya berpandangan soal politiking dan perbalahan politik perlu dihentikan segera sehingga mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri baharu dalam PRN akan datang.
"Untuk mengadakan satu lagi PRN dalam masa terdekat adalah sesuatu tidak wajar dan menyusahkan rakyat kerana mereka sudah banyak bergelut dengan pelbagai masalah ketidaktentuan politik dan pertukaran kerajaan negeri.
"Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa pemimpin politik Sabah hanya mementingkan kuasa, diri sendiri berbanding masalah dan kebajikan rakyat secara keseluruhannya," katanya.
Jeniri menambah, sekiranya kehadiran Anwar di Sabah malam ini tidak memihak kepada kehendak Bung Moktar dan Mohd Shafie, BN diyakini tidak akan menarik diri daripada kerajaan campuran di peringkat Persekutuan.
"Saya tidak fikir BN akan berbuat demikian kerana krisis politik Sabah dan kerajaan campuran di Putrajaya adalah dua entiti berbeza dan negeri berkenaan mempunyai autonomi politik tersendiri.
"Jadi saya tidak fikir apa berlaku di Sabah akan memberi impak kepada Putrajaya kerana BN dan UMNO khususnya Ahmad Zahid sedar berapa besar implikasi jika beliau tidak berada dalam kerajaan pimpinan Anwar dan tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Tambahan pula, Jeniri menegaskan rakyat tidak mahu melihat satu lagi kerajaan Persekutuan tumbang gara-gara perebutan kuasa dan pergolakan politik dalaman.
"Saya percaya kerajaan campuran sedia ada di Putrajaya akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika semua pihak akur dengan perjanjian dipersetujui bersama sebelum ini," katanya - SH
Sabah Bergolak: Apa Pilihan Yang Anwar Ada?
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Enemy at the gate : Mencari barua baru..!!
ReplyDeleteLayak kah seorang bakal pemimpin baru Melayu bercakap dalam negara untra kiasu yang menindas kaum Melayu di situ....!!
Awas barua barua Lee Kwan Yew @ DAP dalam bikinan bercakap diplatform media Singapura.
Mana mana pemimpin muda yang sudah bercakap diplatform Singapura untuk menentukan kepimpinan Malaysia akan datang wajib dicurigai, wajib diawasi dan wajib dipantau di masa ini.
Beranikah KJ bercakap berkenaan nasib orang Melayu di Singapura itu sendiri semasa menerangkan hala tuju kepimpinan kaum Melayu (UMNO) di Malaysia semasa berbicara di platform media Singapura..!?Sejarah UMNO dan Lee Kwan Yew tidak pernah helok sepanjang zaman dulu kini dan selamanya.
Barua Lee Kwan Yew @ DAP yang sudah di bakul sampahkan ialah Tun Mahathir Mohmad dan Boboi. Taikun dan kroni kaum Cina belaan Tun yang sudah dibakul sampahkan ini mereka lebih berkiblat pada Lee Kwan Yew dan PAP@DAP.. Kita patut ujudkan beratus ratus taikun Melayu lepas ini.. Dalam diam Pulau Batu Putih barua itu beri kan pada anak Lee Kwan Yew..
Barua yang sedang dibela di tatang sedang menguasai Malysia iaitu Brother Anwar Bin Ibrahim didapati sedang terkapai kapai bergelut mengharapkan sokongan sekutu nya.
Bekas ahli parlimen Rembau itu bercakap pada forum anjuran Institut ISEAS-Yusof Ishak Singapura. Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke dari DAP adik pada Parti PAP@LeeKwanYew.
Kenapa media Singapura memilih Anthony Loke bukan menjemput Lim Kit Siang.. apa simboliknya agenda media kerajaan Singapura ini..!?
Sementara itu Khairy menganggap pemilihan Umno akan datang adalah sangat penting dan mungkin boleh membawa kepada pembaharuan kepada parti terbabit.
Mana mana pemimpin muda yang diharapkan untuk memjamin kelansungan kebaruaan Lee Kwan Yew @ DAP yang didapati berpotensi dibantu untuk jadi barua pada Lee Kwan Yew sepeti KJ sedang dalam radar pembikinan.
Harapkan Mat Sabu sekadar kulinari dan tak ada aura bercakap dalam Bahasa Inggeris lansung tidak boleh diharap lansung..
Mana mana pemimpin muda yang sudah bercakap dalam forum diplatform Singapura wajib dicurigai, wajib diawasi dan wajib dipantau di masa ini.
Beranikah KJ bercakap berkenaan nasib orang Melayu di Singapura itu sendiri ditanya semasa berbicara di platform media Singapura..!?
KJ jangan perasan bagus bila dijadi tamu jemputan media utama Singapura jika kaum Melayu di sana ditindas oleh Lee Kwan Yew@PAP..!!
Malah kononnya cukup bangga diberi penghormatan bercakap dan di wawancara dalam media di Singapura konon nya republik itu menyantuni bakal pemimpin Malaysia itu bukan suatu yang dibanggakan oleh umat Melayu di sini.
Mana mana bakal pemimpin yang didapati cenderung dan mesra Singapura wajib dicurigai dan diawasi sekarang..!! Kepada KJ jangan perasan bagus jika dijemput oleh media Singapura..ini suatu penghinaan pada UMNO dan kaum Melayu di Singapura maupun di Malaysia..
Lupakan Singapura, pedulikan Singapura yang menjadi duri dalam daging dan rapatkan hubungan dengan bangsa serumpun Indonesia yang lebih banyak sumber alam dan tenaga yang lebih bnyak...
Pemimpin yang cakap bergegar dengan acah acah power Melayu Islamik, acah acah power Islam sudah hampir lupus untuk di baruakan oleh Lee Kwan Yew@DAP jangan kita ulangi lagi.. cukup cukup lah...!!
#gotohellS'porkLeeKwanYew@PAP@DAP
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!