KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) memberi amaran rakyat akan bertindak balas terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri atas perlakuan “mencipta” pelbagai tuduhan ke atas gabungan itu.
Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, gabungan itu akan “tarah” (menang) di semua enam negeri itu.
Katanya, tuduhan dibuat Anwar kononnya berlaku penyelewengan dana semasa beliau menjadi perdana menteri hanya ciptaan dibuat demi menghasut rakyat membenci PN.
“Sekarang ini kalau boleh dihitamkan muka saya dan semua (pemimpin PN) ini, kata (kita ini) perompak dan lanun supaya rakyat tak sokong kita.
“Tapi saya percaya gelombang PN yang sudah pun kita lihat (pada) PRU lalu akan terus melanda negara ini (dan) enam buah negeri ini akan tarah. ‘There will be backlash’ (akan ada tindak balas). Saya nak bagi amaran,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan titah Agong.
Muhyiddin turut mendakwa pentadbiran kerajaan hari ini “berniat jahat” dan membuat tuduhan kononnya berlaku pelbagai penyelewengan semasa beliau menjadi perdana menteri.
“Saya perhatikan kepimpinan kerajaan hari ini cenderung untuk mengambil tindakan-tindakan berbentuk, dengan izin ‘witch-hunting’ atau mencari kesalahan kerajaan dahulu yang sebenarnya tidak wujud.
“Melemparkan tuduhan yang bukan-bukan, kononnya saya seleweng RM600 bilion. Ini sapa (siapa) sebut…perdana menteri,” katanya.
“Kata, lepas itu tukar RM530 bilion, lepas itu turun nilainya kepada RM92.5 bilion. Kemudiannya turun lagi kepada RM45 billion selepas itu RM300 juta. Apa ini? PM Tambun cakap ini”.
Muhyiddin berkata, beliau sehingga kini belum lagi bercadang mengambil tindakan terhadap Anwar.
“Saya belum lagi nak ambil tindakan undang-undang kesian kepada perdana menteri baharu, bagi dia peluang dulu,” katanya selain bersumpah tidak pernah mengambil sebarang dana pakej bantuan pernah diumumkan ketika menerajui pentadbiran.
“Kalau apa-apa hal biarlah berasas jangan salah guna kuasa, YB Tambun dulu pun pernah dijatuhi hukuman salah guna kuasa, saya bukan nak mengata itu rekod sejarahnya, kita tak buat begitu saya orang politik,” katanya.
Beliau juga mengulangi dan menolak tuduhan kononnya memberikan anak menantunya projek ketika menjadi perdana menteri, sambil menyifatkan ia pembohongan.
Muhyiddin juga memberi ingatkan kepada Anwar supaya tidak menekan beliau dan PN kerana kedudukan jawatan sebagai perdana menteri bukan suatu yang kekal.
“Sekarang, dengan izin Allah Tambun kembali ke tampuk kuasa sebagai perdana menteri. Sesungguhnya, Allah itu Maha Kuasa. Dialah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia mahu, dan Dialah yang menarik kekuasaan daripada sesiapa yang Dia mahu,” katanya - FMT
Muhyiddin Dah Marah Ke Ni?
byAnak Sungai Derhaka
-
5
Gelombang yg dibuat oleh sembab n the gang adalah gelombang menakut2kan org melayu agar menyokong mereka.Tambahan lagi dgn adanya penyertaan pas yg kononnya suci.
ReplyDeleteMalang dikatakan beratus juta rm wang dalam akaun parti datang dpd penyelewengan dan hasil hoihoiyahoi selama menjadi kerajaan gagalkrasi.
Kempen menakutkan org2 melayu semuanya demi kelangsungan kekuasaan politik mereka demi menutup skandal2 kewangan mereka yg lebih teruk dan dahsyat berbanding 1mdb.
Syarikat anak dapat kontrak lebih rm1b. Mana ada anak pm selain pm 4 dan 7 yg seirama dgn pm yidin.
Mujur pn gagal menjadi kerajaanselpas pru15. Kalau tidak rakyat tidak akan tahu penyelewengan mereka.
Dahsyat kan....
ReplyDeleteMai aku nak sekolahkan sikit malaun2 PN ni tentang perbezaan diantara kritikan dan fitnah. Depa tak faham2 atau buat tak faham. Kita ambil contoh kes Razman. Jika apa yg dituduh Razman terhadap dsai suatu kritikan semata2, sudah tentu dsai tak akan saman Razman dan pasti Razman tak perlu menghina dirinya sendiri dengan meminta maaf kepada dsai secara terbuka. Tetapi oleh kerana tuduhan Razman terhadap dsai adalah fitnah dan tak mampu dibuktikan di mahkamah, maka Razman pun sedar bahawa jika dia tak minta maaf dia akan diarah oleh mahkamah utk bayar saman berjuta2 kpd dsai. Itu yang Razman tak sanggup hadapi. Itulah jenis tuduhan yang sering dilemparkan oleh pemimpin PN terhadap PH hampir semua merupakan fitnah dan
jika dibawa ke mahkamah pasti akan kalah. Begitu juga tuduhan muhyiddin bahawa dsai mendapat bayaran berjuta sbg penasihat Selangor pasti akan diputuskan sbg satu fitnah oleh mahkamah. Tak percaya tunggu keputusannya.
Oleh itu hentikan menfitnah. Allah amat benci perbuatan menfitnah. Carilah kaedah lain untuk mempengaruhi pengundi kamu. Matlamat tak menghalalkan cara. We know that u are desperate but have some self respect!
Menang selfie kalah undi. thinkinh out of the box, pendekatan bijak humble dan kool dan chill..!!
ReplyDeleteSah KJ jadi DJ Hot FM... hitd 10 juta pendengar...Boboi bila lagi..
kikiki
Strategi terbaik dekatkan pengundi dan rakyat bersama pemimpin masa depan. Sah KJ jadi DJ Hot FM
Suasana ceria dan berbeza dirasai di konti radio Hot FM apabila buat pertama kalinya, suara bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkumandang sebagai penyampai bersama Johan dan AG dalam segmen Bekpes Hot dari jam 6 hingga 10 pagi, hari ini
Khairy mengesahkan dirinya bakal menyertai Hot FM dalam temuramah melalui telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal dan Farah Fauzana.
Bayangkan jika boboi jadi DJ radio... boleh melingkup stesen radio. Boboi boleh fofular jadi DJ radio kat stesen radio Pulau Batu Putih yang apak dia baru serahkan pada anak Lee Kwan Yew sebagai barua paling renta berjaya menjadi barua dan dibaruakan oleh Lee Kwan Yew dan DAP...
Hope KJ jadi DJ ini cara pemimpin bersuara terus dengan rakyat..humble, kelakar dan tak acah acah power islamik, no more ice breaking bukan jenis acah acah power control berlagak pandai, acah acah power berlagak pandai formula.
Lagi control acah acah power pandai dan islamik lagi nampak kebangangan pemimpin itu.. lupakan pemimpin yang acah acah power dlm segala bagai ni... kalau nak nnpk real lagi KJ rapatkan diri dengan muzik muzik artis Indonesia.
Sttategi memdekatkan diri dan rapatkan hubungan dng bangsa serumpun bukan nya bangsa adu domba batu api seperti Singapura. Lupakan Singapura pedulikan Singapura. Tahniah KJ..you re the best
akhirnya jadi barua pemimpin asing spt jadi barua LeeKwanYew@DAP
Tahniah KJ... next MB Sgor and next PM
#DJPulauBatuPutihUtkLegasiKerala
Boboi menghantui atok sejak terkubur slps pru15.
DeleteRasanya atok perlu buang ego dan redha dgn takdir.
Ada ketika apa yg kita rancang akan berjaya.
Kali ini perancangannya tidak diizinkan Tuhan.
Doa rakyat agar legasi tamak mereka terkubur terus.....
Yiddin kata dia tak ambil satu sen pun. Aku percaya. Dia sakau beratus juta kot.....
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!