Dalam sidang akhbar di Bagan Serai pada 14 November 2022, dengan angkuhnya Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini berhubung ucapannya dalam satu video ucapannya di Tebuk Panchor yang mendakwa Anwar mempunyai agenda songsang jika menjadi Perdana Menteri.
Razman juga dilaporkan berkata, beliau yakin tidak memfitnah Anwar kerana itu adalah berdasarkan kenyataan-kenyataan pimpinan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan.
“Ini sebenarnya adalah kenyataan yang diselindungkan daripada pengetahuan rakyat dan saya yakin saya tidak memfitnah.
“Nilai saman RM5 juta yang dituntut itu amat kecil nilainya berbanding dengan akidah ummah,” katanya dalam sidang akhbar tersebut.
RM5Juta ialah nilai saman Anwar terhadap Razman berhubung video ucapannya di Tebuk Panchor itu..
Saman itu difailkan pada 5 Dis berhubung dakwaan Razman bahawa Anwar berkata dalam ucapan kempennya beliau akan mempromosikan agenda LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis dan menyokong agenda komunis, jika menjadi perdana menteri.
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping itu, Anwar menuntut ganti rugi RM5 juta dan injunksi untuk menghalang Razman daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah terhadapnya.
Menurut pernyataan tuntutan, dakwaan Razman membayangkan bahawa Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ahli Parlimen, juga seorang penipu, pengkhianat, munafik dan bukan orang Islam yang baik.
Tiba-tiba hari ini.. dia tak mau perjuang akidah ummah tu pulak..
“Nilai saman RM5 juta yang dituntut itu amat kecil nilainya berbanding dengan akidah ummah,”.. Kah.. Kah.. Kah.. tunggang selagi boleh wahai lebai..
TAIPING: Ketua PAS Perak Razman Zakaria memohon maaf kepada Anwar Ibrahim hari ini kerana mendakwa Anwar membenarkan amalan LGBT, dalam ceramah pada kempen pilihan raya tahun lepas.Permohonan maafnya dibuat di Mahkamah Tinggi di sini sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar terhadapnya.Peguam Anwar, SN Nair berkata, anak guamnya bersetuju dengan penyelesaian itu sebagai tanda muhibah dan membiarkan perkara itu selesai “demi kepentingan semua pihak”.“Apabila seorang individu menyesal (atas perbuatannya) dan memohon maaf dengan suci hati, seorang pemimpin yang baik budinya akan menerima permohonan maaf itu dan menarik balik saman,” kata Nair sambil menambah ,penyelesaian itu telah menyangkal tuduhan terhadap Anwar - FMT
Jawatan tinggi dalam parti Islam tapi tak ada rasa takut melakukan fitnah.
ReplyDeleteSemoga di akhir zaman nie manusia bertopengkan kopiah dan serban semakin kurang melakukan fitnah demi secubit kuasa dunia.
Aku rasa Islam naik semula sebelum kiamat nanti bukan kerana geng Islam pelampau mcm orang Pas.
ReplyDeleteTapi Islam berjaya diatas kebijaksanaan dan menjadi contoh kpd kafir
Harap semua pengundi muda Melayu yg terpengaruh dengan fitnah pemimpin PN sedar bahawa mereka telah kena SCAM. PN yg kamu beri undi pada PRU15 lepas telah MENIPU kamu bulat2. FITNAH mereka terdapat merata2 di media sosial terutama di Tik Tok. Sekarang bila kena saman baru cepat2 minta maaf kerana takut kena bayar saman berjuta. Kes di mahkamah memang tak boleh tipu. Jika Razman meminta maaf bermakna dia mengaku SALAH memfitnah DSAI. Harap pengundi muda penyokong PN jangan tercebur lagi dengan fitnah.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!