PUTRAJAYA: Penjawat awam sukar untuk mempertahan negara kerana satu dunia sudah mengetahui Malaysia tercemar dengan masalah kleptokrat sistemik (berleluasa).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata masalah kleptokrat sistemik bukan hanya membabitkan seorang individu, sebaliknya ramai pihak.
"Bukan satu orang. Dalam kempen politik suka sebut satu kleptorat. Tak betul. Kleptokrat tu lebih kepada sistem.
"Ramai terlibat. Ada disiasat dan belum. Ada didakwa dan belum. Didakwa tapi tak perlulah pimpinan politik uar-uarkan soal kebersihan, melainkan mereka dapat catat rekod atau prestasi baik," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, di Bangunan Perbendaharaan, di sini, hari ini.
Biarpun bersyukur dengan kepemimpinan di Kementerian Kewangan yang lebih tegas mematuhi peraturan sedia ada, Anwar berkata, masalah kleptokrat sudah menjadi budaya dan tradisi.
Justeru, beliau bertekad dan tidak mahu tolak ansur lagi.
"Saya tahu ini susah. Saya belajar umpamanya berdasarkan pengalaman lebih sukar untuk membetul dan memperbaiki.
"Perubahan itu lebih sukar daripada hanya mematuhi. Kalau kita hanya ikut sistem lama, kita pun kaya, keluarga pun kaya dan bantahan itu tidak kuat, kalau sistem itu semuanya sistemik.
"Masalah rasuah itu dianggap sistem yang diterima pakai. Kalau kita menolak, risiko besar, kerana kita berdepan mahakaya dan mahakuasa dengan gelaran tinggi. Datuk Seri, Tan Sri, Tun," katanya.
Beliau berkata, semua badan penguatkuasaan perlu mengambil tindakan segera sekiranya mendapati wujud perlanggaran pada pelbagai peringkat tanpa mengira kedudukan.
"Kita ambil tindakan terutama dari segi hukum berdasarkan fakta dan hukum," katanya.
Anwar berkata, amalan dan budaya lampau meluluskan projek tanpa menepati peraturan tidak boleh lagi diteruskan.
Beliau berkata, kini terserah kepada ketua pengarah, ketua bahagian, pimpinan kementerian untuk memastikan perkara itu tidak berlaku pada semua peringkat - BH
Satu Dunia Dah Tahu Malaysia Dicemar Masalah Kleptokrat - DSAI
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Anwar!!!!hang tunjuk satu jari kepada kleptokrat dan empat jari hang tunjuk diri hang sendiri. Hang masa dalam BN dulu sebenarnya raja kroni dan raja kleptokrat. Kalau tak mengaku...minta PM4/7 bagi keluar senarai yang dia tunjuk dulu...1987..1988. Penyamun jerit pada penyamun...sebenarnya hanglah penyamun tarbus!!!! Admin kalau hang betul dan bukan pembodek, publish lah komen ni
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!