KUALA TERENGGANU : Presiden Pas, Tan Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Pakatan Harapan (PH) yang memimpin kerajaan campuran sekarang bukan kerajaan Madani mengikut acuan pemerintahan Islam terdahulu.
Beliau berkata, kerajaan campuran sekarang didominasi oleh Ahli Parlimen bukan Islam iaitu seramai 50 orang bukan Muslim manakala hanya 31 orang Muslim sahaja.
Menurutnya, mereka tidak menjadikan Melayu Muslim berintegriti untuk mendominasi penduduk negara ini sebagai majoriti berkonsepkan asas seperti disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad.
Selain itu, tambahnya, kerajaan campuran itu dinamakan sebagai kerajaan perpaduan walaupun penubuhannya menipu rakyat dan seluruh dunia.
“Meletakkan jenama ‘kerajaan perpaduan’ adalah menyalahi istilah ilmu politik iaitu kerajaan yang tiada pembangkang atau pembangkangnya terlalu kecil laksana nyamuk.
“Selain itu, kerajaan campuran ini bercampur aduk pula dengan pelbagai ideologi seperti kalangan liberal, puak ekstrem berhaluan kiri mahupun kanan serta kalangan oportunis.
“Malah mereka disertai oleh kalangan yang dipertikai integritinya seperti bekas banduan, kluster mahkamah, kronisme, dan nepotisme yang menjadi gejala dalam kerajaannya.
“Betapa mereka adalah paling jauh daripada ciri-ciri madani yang mampu mencipta kemajuan yang positif dan jauh daripada konsep al-din yang wajib menjadi panduan,” katanya dalam Bicara Minda Presiden yang dimuat naik dalam Facebook rasminya, hari ini.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, mereka melantik kepimpinan negara dalam kalangan mereka yang hanya menang tipis dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu dengan sokongan bukan Muslim, bukannya sokongan kaum Muslim yang mendominasi penduduk negara.
Malah menurutnya, calon pemimpin PH berpindah-randah tempat bertanding sehingga terpaksa bergantung kepada sokongan bukan Islam yang tidak mendominasi keseluruhan penduduk.
Abdul Hadi menjelaskan, mengambil alih kerajaan bukan sekadar mengambil tempat bagi merebut jawatan dengan keistimewaannya, namun kewajipan yang sepatutnya ialah menunaikan amanah Allah SWT bagi melakukan tashih (pembetulan) terhadap kerosakan yang berlaku, bukannya berebut jawatan dan mengekalkan kerosakan atau menambah keburukannya.
Menurutnya, pada masa yang sama, bukan pula berlaku zalim terhadap mana-mana pihak yang tidak menyokong mereka dengan menyekat peruntukan yang diwajibkan kepada negeri-negeri dan ahli-ahli Parlimen, termasuk menyusahkan pegawai-pegawai kerajaan yang dikira tidak menyokong mereka.
“Tindakan demikian adalah sungguh tidak bertamadun, tidak bermoral agama dan tidak berkonsepkan demokrasi yang sebenar, malah menjadikan cara yang salah bagi mengekalkan kuasanya,” ujarnya. – UTUSAN
Sekat Peruntukan: Tindakan Tak Bertamadun - Haji Hadi
byAnak Sungai Derhaka
-
4
Yang makang gaji buta pun tak bertamadung.
ReplyDeleteYang bersekongkol menyalahgunakang wang peruntukang untuk kantung peribadi juga tidak bertamadung.
Rasuah adalah sedekah juga tidak bertamadung.
Spot on kawang. Dia ingat dia sorang je yang bertamadungggg!!!
DeleteGila meroyan teruk lobai ni. Lagi dia dok meroyan lagi ramai non Muslim termasuk dari Sabah dan Sarawak akan reject dia. Bertambah kecil peluang puak2 rasis ni nak jadi kerajaan dan untuk lobai ni makan gaji buta. Kesian
ReplyDeleteJika ada tanda, walau sekecil mana, lebai Mereng berusaha untuk rampas kuasa, aku harap pihak berkuasa akan tangkap dan sumbat dia ke dalam penjara
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!